Category Archives: Tazkirah

Jujurlah dalam Mencintai

Kasih aku hanyalah untukmu Tiada lain dalam diriku Takkan berubah walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu Tak pernah goyah Tak pernah jemu Takkan terpadam dalam hatiku Ia milikmu.. percayalah

- Lara Lagi, Adira

Mampukah kita menyanyikan rangkap lagu ini kepada Allah dan RasulNya tanpa menipu diri sendiri? Mampukah kita menyanyikan rangkap lagu ini kepada Allah dan RasulNya melebihi yang lain-lain di dunia ini? Mampukah kita menyanyikan rangkap [...]

Adakah Pengakhiran Kita Husn Al-Khatimah atau Su’ul Khatimah?

Membaca kisah seorang anak lelaki tunggal mujahadah bertaubat setelah 23 tahun bergelumang dengan dadah amat menyedihkan dan membuatkan diri kita insaf daripada sikap sombong kepada mereka yang memerlukan doa dan sokongan bukannya ego dan buangan.

Di hujung usia penagih tegar, ibadah solat dan silaturrahim antara keluarga tekal dijaga. Dan demi mencegah diri keluar pada waktu malam berjumpa rakan penagih, dia mengikat kakinya [...]

5 Panduan Orang Awam untuk Menilai Pendakwah

1. Mengambil ilmu dari orang yang dipercayai peribadinya bermaksud bukan seorang yang dikenali sebagai pendusta, kaki temberang, kaki kelentong dan lain-lain. Kata Ibn Sirrin dan Malik bin Anas, ﺩﻳﻨﻜﻢ ﺗﺄﺧﺬﻭﻥ ﻋﻤﻦ ﻓﺎﻧﻈﺮﻭﺍ ﺩﻳﻦ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻫﺬﺍ Ilmu ini ialah agama, maka lihatlah dari mana kamu mengambil agama kamu.

2. Menyemak sumber ilmu yang disampaikan. Jika penceramah bercerita tentang sesuatu kisah maka semak apakah [...]

Manusia dan Nasihat Berpisah Tiada

"Dia nak nasihat orang, macamlah dia tu baik sangat," kata seseorang yang dinasihat.

Bersabarlah, usah dihina dan dicerca mereka ini.

"Islam telah mengajar kepada saya untuk menyalakan pelita dan tidak dengan asyik mengutuk kegelapan, dengan menjelaskan kebenaran dan bukan dengan asyik mencaci maki kebatilan."  [1]

Manusia dan nasihat saling memerlukan bagai isi dan kulit. Analoginya, kacang tanpa isi, [...]

Aktiviti Harian Berkualiti Muslim

Pernahkah kita menilai aktiviti harian berkualiti sebagai seorang muslim?

Adakah masa yang dilaburkan untuk meningkatkan saham akhirat?

Cukupkah hanya dengan solat 5 waktu sehari semalam menunaikan kewajipan seorang muslim?

Adakah aktiviti harian kita menggambarkan kita sebagai seorang muslim?

Nasihat daripada Dr. Aidh Abdullah Al-Qorni

Dr. Aidh Abdullah terkenal dengan bukunya "La Tahzan" atau "Jangan bersedih" memberi nasihat yang amat berguna [...]