Tag Archives: Puisi

Kau ini Bagaimana atau Aku Harus Bagaimana – Gua Mus

http://www.youtube.com/watch?v=-o0rqEsxpMI

Kau ini bagaimana? kau bilang aku merdeka, kau memilihkan untukku segalanya kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kafir aku harus bagaimana?

kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigai kau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai kau ini bagaimana?

kau suruh aku memegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku kau suruh aku toleran, aku toleran kau [...]

Hidup Bersama – A. Samad Said

http://www.youtube.com/watch?v=isxxwb-HMQ4

Suara dari Dinding Dewan 2003

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar; dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah, tenang dalam segala uji cabar dan debar. Kita mencari hanya yang tulen dan jati, sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh. Dalam gelora dan tofan tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan, yakin menyanggah musuh, [...]

Kita Ini Tetamu Senja – A. Samad Said

http://www.youtube.com/watch?v=wm_vKff_5e0

Utusan Zaman 13 November 1955

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya. Kita datang ini kosong tangan kosong dada bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan. Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan.

Bila kita [...]