SKMM Celcom mobile broadband

Broadband SKMM celcom sim prepaid (pengalaman pengguna)

Sim prepaid broadband SKMM celcom ni, sedar tak sedar saya dah guna lebih sebulan. Saya beli sim ni tanggal 31 Januari 2012. Saya mula gunakan dan aktifkan sim ni pada 11 atau 12 Februari 2012. Ini di sebabkan ketiadaan broadband dan saya malas nak gunakan telefon saya sebagai broadband.

Jadi sebelum ni saya ada kongsikan command Sim prepaid broadband SKMM celcom, kali ni saya akan kongsikan pengalaman saya gunakannya.

Pengalaman saya gunakan sim prepaid broadband SKMM celcom

Pengalaman pertama saya – Pembelian

Saya terasa tertipu. Sebab kenapa? Waktu saya beli sim broadband SKMM celcom ni, orang celcom tu kata untuk bulan pertama ni perlu bayar RM35 untuk internet, sim dan pendaftaran. Tapi untuk bulan kedua, hanya perlu bayar RM15. Jadi pengiraannya di sini, RM10 bulan pertama tu untuk pendaftaran dan internet bulan kedua.

Sekali masuk bulan kedua, saya top-up. Tak boleh sebab tak cukup kredit. Kan senang kalau orang tu cakap. RM10 untuk mendaftar. RM25 untuk internet. Bulan kedua dan seterusnya kekal RM25 untuk bulanan. Nasib baik RM10, kalau RM100?

Pengalaman kedua saya – Kelajuan

Kelajuan internet saya susah nak cakap sebab di tempat saya susah nak dapat line HSDPA atau line 3G bagi broadband SKMM celcom. Kadang-kadang tu dapat la, tapi line HSDPA. Jadi selama saya gunakan sim ni, kelajuan dia (line HSDPA), boleh tahan. Laju juga. Nak cakap laju betul tu tak juga.

Kalau di suruh beri rating 1 hingga 10 untuk kelajuan. Saya bagi lima la. Untuk line HSDPA. Line 3G tak pernah rasa lagi. Manatau sekali rasa line 3G saya bagi rating 10. Hahaha.

Pengalaman ketiga saya – Penggunaan

Walaupun saya bagi rating lima pun, anda mesti tahu juga penggunaan sim prepaid broadband SKMM celcom. Untuk apa saya gunakan dan sebagainya. Selama saya gunakan sim ni, saya internet saya maintain kelajuannya. Saya tak buka youtube. Ada buka pun, upload video cara lajukan laptop menggunakan pendrive sebagai RAM hari tu.

Saya juga tak mendownload bagi fail yang besar dari 50MB. Kekerapan saya mendownload juga amat kurang. Saya hanya mendownload apabila betul-betul perlu. Contoh software perlu di update atau nota kuliah.


Statistik di atas tidak semestinya tepat. Broadband ni bertukar-tukar milik. Statistik tu juga tak tahu la dari bila punya.

Pengalaman keempat saya – Akhir bulan

Kelajuan bagi akhir bulan pertama tetap sama seperti awal bulan saya gunakan. Kadang-kadang di akhir bulan lebih laju dari awal bulan. Di akhir bula ni la juga saya banyak download apa yang perlu. Hehe. Mesti bijak gunakan data di berikan juga.

Tapi kelajuan bulan pertama dan seterusnya bagi sim prepaid broadband SKMM celcom ni saya tak pasti sama atau tidak. Sebab dari pengetahuan saya, bulan pertama unlimited data. Mungkin.

Pengalaman kelima saya – Kelajuan mendownload

Saya tak dapat nak pastikan kelajuan mendownload sebab saya tak tengok pun kelajuan waktu mendownload. Lagipun kelajuan broadband ni tak tetap. Kadang-kadang hijau (GPRS), kadang-kadang biru muda (HSDPA).

Apa yang saya pasti, untuk fail bersaiz 2MB dan seterusnya, lambat mendownload di bandingkan saya mendownload di rumah gunakan streamyx.

Saya bercadang nak gunakan internet mingguan atau harian kalau penggunaan internet saya selalu melebihi quota. Kalau tak pun, saya akan cuba cari sim prepaid telco lain yang lebih murah dan laju yang line 3G ada di tempat saya. Nanti tak pasal-pasal rugi satu bulan internet lambat.

Saya rasa itu saja pengalaman saya gunakan sim prepaid broadband SKMM celcom ni selama satu bulan lebih ni. Kalau ada yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya atau lebih mudah komen saja. Nanti tengok la emel, ada juga tu di balas. (blog ni gunakan plugin reply me supaya setiap penulis komen akan mendapat balasan komen melalui emel).

Itu saja, harap perkongsian ni dapat membantu bagi yang tertanya-tanya tentang Sim prepaid broadband SKMM celcom ni. Kalau nak tahu lebih lanjut dan lagi mendalam, boleh la tilik-tilik di website celcom broadband.


[1] Photo credit : bgl celcom design by Bugal_adi zen.zain via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic

22 thoughts on “Broadband SKMM celcom sim prepaid (pengalaman pengguna)”

    1. nak cakap tak bagus tu, saya tak berni nak kata..saya belum kaji lagi skmm digi, sim plan prepaid yang lain..tapi bagi saya, selama 1 bulan lebih guna ni..boleh la cukup2 makan..hehe

  1. Salam pembaca..

    saya guna SKMM Celcom ni takda lah lama, start tahun 2011 lagi, ape yg nak dikongsikan sepanjang 8 bulan ni,
    1. Coverage
    Bergantung kepada line celcom, setakat ni saya takda masalah walupun kat kampung, hulu selangor.. kawasan felda, masih ada bergantung kepada kekuatan modem yang digunakan,
    2. Kelajuan
    kalau line tu ada HSDPA,laju gak kadang2 sampai 1Mbps. bila ada line 3G lagi best, klik je, dah keluar.. bila UTMS, lembap sikit la…
    3. Download
    setakat nie, paling banyak gune pun kurang 2g dalam 1 bulan, kelajuan tak berubah, Kenyataan limit 800mb kat belakang Pek tu tak tau nak komen apa…
    4. Upload
    Selagi line cantik, ada hal…
    5. Pengguna
    Untuk light user ok la, setakat nak layan facebook, search info, maklumat atau update program takda masalah, jika nak download film atau main game online tu, sy syorkan, tak payah la..

    1. thanks..tak di nafikan memang skmm celcom ni ok juga..bagi pengguna macam saya ni ok..jarang download, main game, tengok video online ni..tapi kalau di rumah, download juga..hehe..UTMS?pertama kali dengar tu..line kat sini ada hsdpa, 3g dengan GPRS ja..

  2. Broadband ni bagus jugak time memerlukan.. tapi saya tak guna SKMM, saya guna no biasa sahaja. Langgan pun abis kuat seminggu je.. Untuk guna bila ada kerja luar..
    Saya prefer Celcom sebab liputan meluas, ceruk2 kg pun masih lagi boleh dapat.

    1. kg kawan saya ada line gprs ja..haha..tapi memang betul juga tu, antara celcom dengan telco lain,saya rasa celcom lagi liputan luas. saya ni pun, kat sini ja guna broadband..kalau kat rumah, guna streamyx..

      1. eh iya ka? saya tak tahu la pula. dulu saya beli murah ja. RM 30 tak silap, lupa dah. cadangan saya, kalau awak nak beli sim ni awak kena tahu penggunaan awak. kalau awak seorang yang light user online, itu boleh. kalau tak jangan la. biarpun tak buka video youtube, download dan sebagainya. dan lagi satu, anda harus la seorang yang penyabar macam saya. hahahaha

        1. Hai Naziman..mana dapat rm30 tu..sya tgk skrg mereka jual mahal sgt la..smpai rm80-rm100..terlebih mahal..nk try tu mcm rasa tk berbaloi..lebih2 lagi sya dgr mcm2 tentang simpack ni skrg..ramai jga yg mcm menyesal beli..dah la mahal lepas tu dah guna..mcm2 problem pla timbul..tp tk tahu la sbb sya tk try lagi..ingat nk try sendiri..tp mahal sgt…uhuh..skrg sya guna instanet je..kira ok jga ni..

          1. saya beli kat perlis. sekarang ni memang mahal. saya beli tu pun waktu masih baru lagi. tengah hot lagi. kalau marcella nak berinternet nak broadband, saya sarankan jangan guna broadband celcom skmm ni kalau bukan light user. saya ni pun sebab nak jimat. terpaksa sabar. huhu

  3. Saya mula pakai Pek SKMM Celcom Broadband ni pada awal Januari 2012. Pada masa itu, harga dari dealer adalah RM60. Kelajuannya pula mencecah 1.75Mbps pada bulan tersebut. Tidak pasti dengan jumlah kuota yang diberikan pada masa itu, kerana kapasiti download saya pada Januari itu sudah mencecah lebih daripada 8Gb.

    Bagaimanapun, keadaan amat berbeza untuk February, dimana kelajuan purata saya hanyalah sekitar 512kbps. Download adalah hampir mustahil, begitu juga dengan menonton Youtube. Video langsung tak keluar. Cuma page load sahaja yang pantas.

    Bulan Mac dan April adalah paling celaka. Load page perlahan. Speed pada 128kbps. Download dan Youtube langsung tak pernah dapat.

    Cuma dalam bulan Mei ni sahaja kelajuan kembali normal pada 512kbps dan boleh menonton Youtube. Itupun, kadar bayarannya sudah berubah dari RM25 untuk 30 hari sudah meningkat kepada RM50 untuk 30 hari. Saya tidak pasti dengan kuota yang diberikan untuk setiap bulan, kerana pada bulan Mei ini kapasiti penggunaan bandwidth saya adalah 2.06Gb. Tak tahu bila masanya akan quota bandwidth saya ni akan exceed.

    Jikalau bayarannya masih lagi RM50 untuk 30 hari, saya rasa lebih baik saya bertukar ke uMobile. RM68 sebulan, bandwidth 5Gb dan kelajuan 1.5Mbps.

    1. awal januari harga RM60? mahal juga. saya beli pun RM30 ja di pusat celcom. Memang kelajuan broadband celcom SKMM ni tak menentu. Bulan lepas, saya baru guna tiga hari dah lembap internet. padahal tak buka video tak download apa-apa. Awal bulan pakai tu memang laju sebab unlimited. Saya pun ada cadang-cadang nak tukar broadband juga tapi sayang la dengan broadband celcom skmm ni sebab murah. Saya pun takda duit nak bayar setiap bulan lebih RM 50. Nak beli topup untuk plan bis Blackberry lagi. Tapi bulan ni internet tetap maintain. Mungkin sebab saya jarang guna. Saya harap kelajuan broadband celcom skmm sekarang berkekalan.

  4. .,dlu pna nmpk kdai jual rm25.. tp x ambik endah,. skng ader nmpk yg jual rm75 1unit… erm,. nk plaak bli,.
    korng beli kt na?? kt celcom center ader jual x?

    1. Sekarang memang mahal, dulu saya beli pun dekat celcom center. Sekarang ni tak tahu kat mana lagi ada. Tapi saya sarankan baik beli broadband yang quota lebih banyak. Tak puas ni.

  5. skng harga dealer jual jumpe rm75….

    ader try tnya kt celcom center,. xde,. dorg ckp da abis., xthu bila akn kluar lagi., tnya kat kedai2 biasa.. dorg ckp sim pek bb ni ada jual tem promosi2 tertentu sperti mna TM streamyx jgk.. Tm ada bt promosi 1malaysia rm68/month utk 1mbps bgi purata pndptan isi rumah 1500 ke bawah….

    oww ya,. sy xpna try lagi., tp rasa2nya boleh di kongsi kowt.,

    sy slalu guna pakej broadband mingguan celcom rm18..
    gne hp je… gune hp s.e j108i ., simkad celcom 128bit..
    sy ambik pakej 1minggu… tmpt sy tuh ada dpt line HSDPA.
    sepanjang hari pertama hingga la hari yang terakhir..
    xpna dpt line slow wlaupun buka browser, n aplikasi internet lain bnyak2 trmasuk youtube.. 1cukup 1 komputer,. sy sharing dgn laptop member.. shingga la hari terakhir… had penggunaan muatturun yg sy guna utk 1minggu tuh sahaja da smpai 4GB++++……

    kira susah la jgk nak sms n call kalo sim n hp da guna sbagai broadband modem… so sy beli la 1modem broadband celcom 7.2mbps n 1 simkad celcom 32bit..
    mcm biasa ambik pakej rm18/sminggu..
    ceh.. hampa.. hari pertama-kedua masih ok dgn kelajuan…
    tetapi msuk hari ke3 hingga hari terakhir.. semua hampeh
    dlm1minggu tuh rasanya kuota yg sy dpt guna lbih kurang1gB je..
    nk tngk youtube xde mood plak nk tnggu loading,. nk download line mcm siput + failed download…. nk sharing dgn member lagi lah slow….

    sy xthu dimana silapnya.. samaada disebabkan sy mnggunakan simkad kadar bit rendah ,. ada try g celcom center nk upgrade smkad 32bit tuh ke 128 bit.. tp skng mcm xde stok sim 128bit..yg ada bnyak hanya 64bit.. so sy xde la upgrade,.
    or mybe jgk pnggunaan modem brdband yg mnyebabkn line mnjadi limited..
    sy xde cuba gna hp jd modem + simkad 32bit… sbb,. kt setting hp xde kluar pilihan nk pilih line 3G only jika guna sim 32bit. yg ada hanya gsm dan gsm n 3G.. sim 64bit boleh pilih 3G only..
    ,.utk dpt line 3G sahaja., kena lah set kan 3G only.. :D ..

    saya sarankan korang cbe try gne hp korang jadi modem broadband jika nak dptkan kuota unlimited dgn kelajuan yg maintain… kalo sim korang 32bit., g celcom center upgrade ke 64-128 bit., ckp jee sim hilang… bayar rm5 je pown,. ;)
    sy suggest korng beli hp sony ericsson j108 cedar utk jadi modem… xpyah cari yg baru,. beli je 2nd..rm110 bleh dpt..
    Sony Ericsson Cedar J108i
    GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 – 48 kbps
    EDGE Class 10, 236.8 kbps
    Speed HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 2 Mbps
    WLAN No
    Bluetooth Yes, v2.1 with A2DP
    USB Yes, microUSB v2.0

    kelajuan download pun dah macam modem huawei.. 7.2mbps..
    kalo kedai xbagi micro usb., kne la kuar budget rm7 beli usb kabel.. kalo xmampu da.. on jer bluetooth kt hp,. connect hp gne bluetooth.. pastikan hp mngecas yer kalo gna blutooth,. tkot nnti tngah korng syok2 download file 5GB ,. download jd error dsbbkan hp shuttdown loooooobatttry,. :p

    selamat mencuba ;)

    korang cuba la yerk…

  6. Hai saya nak tanya,
    macam mana nak hentikan langganan Internet broadband Celcom??
    Saya guna rm 25 selama sebulan dan tak sampai satu hari dah slow..
    sehinggalah hari ini ..
    saya pun dah mulai bosan -.-‘ macam mana nak hentikan langganan? ada tak caranya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *