Top ten web hosting terbaik Malaysia

ServerFreak vs Saleiz – Web Hosting Terbaik Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca. Bagaimana cuti anda semua? Seronok bersama orang tersayang? Cuti saya kali ni kurang seronok sebab blog naziman.com tiba-tba ada masalah. Siapa yang melawat blog ini kelmaren dalam lingkungan jam 8 kot hingga la jam 3, anda semua akan melihat kekosongan seperti perut tak berisi. Tapi terima kasih banyak pada Saleiz dan ServerFreak kerana telah membantu blog ini. Ini dua web hosting terbaik di Malaysia.

Punca masalah

Punca masalah tidak dikenalpasti. Rasanya sebab plugin yang saya cuba-cuba. Plugin tu plugin luar bukan plugin dari wordpress. Jadi mungkin itu lah ada masalah security. Tapi yang peliknya, plugin-plugin tu cuba juga di subdomain blog ni. Tiada masalah pula. Jadi punca sebenar tak di kenalpasti. Mungkin konflik dengan plugin lain kot.

ServerFreak vs Saleiz

Kalau dulu, ada masalah apa, cari sendiri, cuba buat sendiri sebab support hosting sangat teruk. Tapi kali ni, oleh kerana saya sendiri pun tak tahu apa punca, terus tanya sokongan hosting ServerFreak. Sokongan hosting ServerFreak memang terbaik. Memang tak dapat di sangkal lagi.

Serverfreak Rock

Tapi kenapa tiba-tiba ada Saleiz pula? Masa tu tengah tunggu jawapan dari ServerFreak, lebih kurang sejam juga. Bertubi-tubi di email. Saya tahu dorang dalam progress cari masalah tapi hati tak sabar sudah. Sebab tak tahu bila mula berlaku masalah tu, sedar berlaku pun dekat jam 11. Jadi memang nak cepat.

Jadi saya hubungi bro Eizil dari Eizil Network. Saleiz Web Hosting ni bawah Eizil Network juga. Oleh kerana perbandingan dengan ServerFreak dari Webhosting jadi dibandingkan dengan web hosting juga dari Eizil Network. Walaupun bantuan personal dari bro Eizil saja.

Ok, lepas bro Eizil di hubungi, dua-dua senyap tiada jawapan dari ServerFreak dan Saleiz. Masa tu mula dah fikir nak godek sendiri tapi takut jadi makin lebih teruk.

Lebih kurang sejam lebih, dalam masa yang serentak, bro Eizil balas email, ServerFreak pun balas dengan punca. Oleh kerana ServerFreak dah balas dengan punca sekali, ingat nak minta maaf ganggu bro Eizil. Dah tengah malam, lagipun tahu masalah begini bukannya percuma seperti khidmat Anda tanya Eizil Jawab. Walaupun bro Eizil kata mahu tolong tapi tetap rasa tak sedap hati juga.

Tapi kenapa teruskan minta pertolongan bro Eizil dari Saleiz hosting? Ada dua sebab ja :

  1. Sebab paling utama, saya jadi gelabah bila pihak ServerFreak kata dorang dah buang semua plugin. Kalau deactivate boleh terima lagi kot tapi kalau buang, banyak masalah lain tu. Nak cari plugin tu balik lagi, nak setup plugin tu lagi. Kalau data tu disimpan dalam database, takpa juga. Kalau tiada, terpaksa buat balik dari awal setup plugin.
  2. Sebab kedua, dorang suruh saya sendiri betulkan masalah tu. Walaupun dorang dah jumpa puncanya sekali beritahu apa perlu buat, tapi sebab takut lain pula jadinya.

Web Hosting Terbaik Malaysia – ServerFreak Atau Saleiz?

Di sinilah nampak mana lebih baik. Bukan juga mahu rendahkan siapa-siapa, bukan juga nak puji siapa-siapa. Tapi inilah yang saya rasa dari hasil keputusan.

Selepas itu semua, saya minta ServerFreak yang betulkan sebab takut nak kacau. Tapi dalam masa yang sama juga, apa email yang patut, diforwardkan pada bro Eizil. Sebab bro Eizil takut kerja bercanggah. Takut ServerFreak guna method lain, Saleiz guna method lain. Jadi bro Eizil kata, tunggu ServerFreak la dulu, kalau dorang tak buat apa-apa sudah tapi blog masih tak boleh access, baru bagitahu balik.

Masa yang sama juga ServerFreak kata dorang dah boleh access tapi kena tunggu esok selepas selesai proses propagasi DNS. Kalau masa tu bro Eizil tiada, anda rasa apa akan dibuat? Terpaksa tunggu saja la sebab tak tahu punca sebenar, dorang pun kata dah ok, kena tunggu.

Di sinilah kerja bro Eizil dari Eizil Network bermula sebab ServerFreak tak buat apa sudah kan. Nak tahu berapa lama siap? Nak tahu berapa beza masa kerja antara ServerFreak dengan Saleiz? Bukan dari mula hubungi tapi kira dari dorang mula buat kerja sehingga ada hasil.

ServerFreak saya hubungi lebih kurang 10:30 malam. Kira dorang mula buat kerja, periksa masalah dan sebagainya, pukul 11:00 malam. Habis dorang kata dah siap, tunggu selesai progres propagasi DNS, 1:20 pagi. Paginya lebih kurang 7:30 pagi dorang email lagi kata blog dah boleh access sepenuhnya.

Eizil Network saya hubungi lebih kurang 11:50 malam. Tunggu balasan, tunggu ServerFreak tak ganggu apa-apa. Bro Eizil mula buat kerja lebih kurang jam 1:30 pagi dan siap semua sehingga blog boleh access, 2:15 pagi.

ServerFreak – 11:00 > 1:20 > 7:30

Saleiz : 1:30 > 2:15

ServerFreak dua jam setengah tapi kena tunggu lagi pagi. Saleiz tak sampai sejam, terus boleh access. Jadi cuma nak tanya pendapat pembaca sendiri, mana lebih baik? Mesti Saleiz kan?

Saleiz Webhosting

Jadi sekarang macam mana? Itu bro Eizil sendiri buat kerja, ServerFreak banyak staff balas email tu. Mungkin pembaca kata sebab dah forwardkan email punca dan apa perlu buat dengan bro Eizil tapi hakikatnya semua tu bro Eizil dah buat. Sememangnya tiada kaitan. Walaupun di buat pun, tetap blog belum boleh access.

Pengajaran dari Pengalaman

Untuk perbandingan tu, diserahkan kepada pembaca servis web hosting lebih baik. Jadi apa pengajaran dari pengalaman ini?

  • Kalau nak cuba-cuba plugin atau buat uji kaji, buat di blog lain atau buat satu blog untuk experiment saja. Bagi hosting yang menyediakan unlimited subdomain, gunakan sebaiknya. Ini supaya tak mengganggu perjalanan blog utama.
  • Semakin bersemangat nak belajar tentang cPanel, wordpress, hosting, PHP, dan pelbagai lagi lebih mendalam. Selama ni belajar dari tutorial di internet. Belajar dari trial and error. Belajar dari mencuba. Belajar dari pengalaman. Tapi bila tak tahu, tanya hosting, hilang semangat blogging. Kelebihan paling penting kalau pandai ni, ada masalah boleh buat sendiri, tak perlu berharap dengan orang lain.

*****

Itu saja, saya harap pengajaran dari pengalaman ni boleh dijadikan pengajaran untuk semua. Jawapan ServerFreak atau Saleiz dari Eizil Network mana lebih baik, saya serahkan kepada pembaca. Tapi jawapan saya, dari segi support, kedua-duanya terbaik. Berbezanya hasil kerja saja. Kalau nak tahu lebih banyak produk dan perkhidmatan dari Eizil network, boleh tengok entri produk dan perkhidmatan yang diingin dari Eizil Network.

Top ten web hosting terbaik Malaysia

Untuk pegetahuan pembaca semua, saya sekarang dah kurang melawat jenguk-jenguk blog rakan-rakan. Sibuk dengan urusan lain. Tambahan pula, internet menyekat kebebasan memberi lebih masa untuk blogwalking.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

28 thoughts on “ServerFreak vs Saleiz – Web Hosting Terbaik Malaysia”

  1. hoho..payah nak komen. apapun..janji setel masalah. dah kira ok dahh. aku guna Netkl dan Hostgator selama ni..kerja diorang siap cepat gak. So far, takde masalah sangat. Sebab tu dua hosting ni aku masih setia guna sampai ke hari ini. Mahal, tapi aku puas hati.

  2. blog saya juga mengalami masalah semalam, bila akses, kosong, memang terkejut mana semua latest update dan artikel2 lama, lepas tu email serverfreak suruh reset balik. nasib baiklah semuanya ok. depa cakap ada masalah server.

      1. iya, cepat-cepat email mereka lepas kejadian tu.. saya pun heran tak buat apa2 tiba-tiba hilang semua.. harap2 tak terjadi macam tu lagi.. bro ada email balik ke, call terus mereka, pasti mereka akan bantu

        1. Saya dah email dorang, dorang bantu juga. Memang terbaik dorang bantu. Tapi masalahnya penyelesaian dorang buat tu lambat. huhu. Eh, boleh call ServerFreak ka? apa nombor telefon dorang?

  3. pernah ada juga masalah sikit dulu tapi selesai skjp saja,thanks atas perkongsian ini, boleh pertimbangkan Saleiz ni masa akan dtg

  4. salam, saya sedang berdepan isu yang belum setel lagi. tak perlu bagitau nama hosting kot. tak boleh nak buat posting sebab bila klik kat ruang untuk posting tak boleh nak taip words. hosting selalu beri alasan plugin kacau. sekali ok setel tapi kali ni dah disable most plugin tapi masih sama. seeloknya nak reformat hosting atau restore back up? last2 hosting suruh saya setel sendiri…

    1. Waalaikumsalam. Mengikut dari masalah awak sekarang, saya rasa ini masalah plugin juga. Oleh kerana awak boleh masuk dashboard admin wordpress, cuba disable semua plugin dulu. Kemudian, activate satu-satu. Selepas update satu plugin, cuba tengok masalah dah selesai atau belum. Kalau dah jumpa plugin yang mendatangkan masalah, pergi cpanel. delete folder plugin yang datangkan masalah tu.

      Kalau awak dah cuba tapi masalah masih berlaku, saya cadangkan awak cuba hubungi bro Eizil di http://www.eizil.com/projek/anda-tanya-eizil-jawab/ atau pun http://www.eizil.com/hubungi-saya/ untuk bertanya soalan seperti ini. Beliau pasti dapat membantu. Sebab masalah teknikal seperti ini, saya belum cukup ilmu nak ajar. hehe

  5. Segan pula rasanya bila dibandingkan dengan syarikat besar seperti ServerFreak tu, Saleiz ni sekadar syarikat kecil, jika dibandingkan dengan kapasiti, rasanya ServerFreak memang jauh melebihi Saleiz Webhosting, apapun semua perkhidmatan pasti ada kelebihan dan kekurangannya, bergantung kepada keperluan pengguna.

    1. Jangan berasa segan bro. Setiap syarikat yang besar pun bermula dengan yang kecil. RM1000 pun bermula dari 1 sen. Siapa sangka selepas ni, Saleiz pun akan jadi salah satu syarikat hosting terkemuka dunia. Apapun, ciptaan manusia memang ada kelebihan ada kekurangan. Tiada yang sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *