SEO blog? Blogger tolong jangan belajar SEO
Blogger Malaysia tolong jangan belajar SEO ya? please. Saya nak ranking nombor 1 di enjin carian google. hehe. Bukanlah. Sebenarnya betul-betul nak minta tolong pada blogger jangan belajar SEO tapi kepada golongan tertentu. Bukan apa sebab ramai salah gunakan SEO ni untuk kepentingan diri sendiri. Sebelum tu bagi kepada sesiapa yang tak tahu apa itu SEO dan kelebihan penangan SEO. Mari belajar SEO sikit ya.
Apa itu Search engine optimization (SEO)?
Search engine optimization atau mudah singkatannya di sebut ialah SEO. Ini ialah proses untuk meningkatkan atau membaiki kewujudan laman web atau blog untuk dalam keputusan enjin carian secara semula jadi atau berbayar. Secara ringkasnya, semakin baik ranking blog atau website pada halaman carian contoh nombor 1 halaman 1 untuk sesetengah kata kunci apabila orang cari semakin banyak trafik kita boleh dapat.
Sumber wikipedia : Search Engine Optimization (SEO)
Nampak kelebihan kita boleh dapat? Bagi yang menjana pendapatan dari internet, SEO atau SEM ni amat penting bagi mereka. Semakin banyak pelawat kita boleh dapat semakin banyak kemungkinan untuk orang beli barangan kita. Kenapa?
- Biasanya orang cuma akan cari paling banyak pun sampai laman kedua.
- Kebiasaan orang juga cuma akan klik untuk 5 carian dia dapat. Kalau tak jumpa atau tak berminat, dia akan cari lagi guna keyword lain berkaitan.
- Kebiasaan juga orang lebih percaya pada yang mula-mula dia baca atau dia jumpa. Cerita seterusnya di baca macam khabar angin ja. Baca pun mungkin sikit-sikit.
- Bagi orang kecemasan, nak cepat dan ada kuasa membeli, dorang akan beli apa yang dia jumpa mula-mula.
Kenapa blogger jangan belajar SEO pula?
Saya rasa anda semua pun tahu sebabnya. Sebagai contoh yang mudah pernah ka anda nak mencari maklumat sangat penting dan kecemasan tapi sekali jumpa semua artikel tak berkualiti atau artikel tiada kaitan. Kebiasaanya semua ni buatan blogger. Jarang berlaku kat website. Apa perasaan anda waktu tu? nak marah? tak boleh juga. Terpaksa makan hati ja. Jadi di sini saya nak senaraikan golongan atau blog tak patut sangat belajar SEO.
Blog sex atau lucah
Paling penting, bagi blog lucah atau sex ni saya amat berharap sangat jangan belajar SEO. Kita dapat tengok penggunaan internet sekarang sangat meluas. Pengguna pula bukan saja golongan dewasa malah remaja dan budak-budak berinternet sekarang ni. Apa faedah blogger boleh dapat?. Contoh kalau kamu sebarkan satu video atau gambar lucah, dosa tu siapa nak tanggung. Kalau bertaubat pun, kalau video tu masih di tonton, hati takkan rasa tenang. Kalau orang download tu jadi perogol macam mana? Jadi patutkah blog sex atau lucah ni mendominasi di internet?
Blog penipu
Blog penipu saya maksudkan di sini blog bagi info lain dari tajuk. Ini selalu kita jumpa blog yang SEO bagi tajuk gempak sangat tapi sekali tengok tiada input atau info kita boleh dapat. Contoh kadang-kadang tajuk cakap “Rahsia buat duit RM100,000 sebulan tanpa modal terbongkar”. Waaahh, tajuk gempak kan? Sekali baca rupanya nak suruh sign-up akaun guna link referral dia macam churp-churp. Sakit hati juga kan. Bukan saja blogger Malaysia buat begini, blogger luar negara pun banyak begini.
Kalau nak guna teknik ni guna la teknik yang baik. Contoh buat keyword panas. “Buat sex dengan budak sekolah”. Sekali baca rupanya pengajaran berlaku sekarang ni, akhlak budak zaman sekarang yang rosak. Kecil-kecil dah rosak. Bagi sikit ayat quran dan tanda kiamat, manatau pembaca tu memang tengah cari keyword panas, jadi sebagai pengingat dosa dan kiamat.
*****
Banyak lagi jenis blog atau post tak sesuai di optimize SEO tapi itu semua pandangan saya sendiri. Saya cuma tekankan untuk dua jenis blog ni ja. Bukan sebab apa, supaya tidak merosakkan pengguna internet. Banyak kejadian rogol, zina dan sebagainya kebanyakan berpunca dari internet. Sebab lain supaya memudahkan pengguna internet mendapat maklumat yang betul dan betul-betul berguna bukan untuk kepentingan diri sendiri. Bagi sesiapa ada cadangan lain blog tidak sesuai optimize SEO boleh komen di bawah.
Sebenarnya post ni nak buat nasihat blogger jangan belajar SEO tapi dah alang-alang menyelam, biarlah minum air. Post ni juga post entry untuk contest saya ikut dari blogger Farhan Syah. Jadi kalau anda bukan blogger penipu atau blogger buat blog lucah, boleh belajar dengan blogger SEO Malaysia kita ni. Ingat niat dan cara tu penting.
Blogger SEO Farhan Syah
Farhan Syah ni seorang internet marketer, mahir dalam bidang SEO, blogging, dan website. Dia juga mahir membina laman web yang berpotensi tinggi sama ada untuk Adsense, Clickbank, bisnes, dan blog. Fokus utama dia bagi konsultansi perniagaan, pembinaan laman web, beserta khidmat seo untuk ahli perniagaan dan para professional. Dia ni orang kelantan dan mudah lagi, 22 tahun. Umur 21 tahun dia dah jana pendapatan online. Oleh kerana Farhan Syah nak review website, jadi saya bagi la komen sikit.
Kelajuan blog
Bagi saya blog dia kira laju sudah, internet saya lambat pun cepat ja load blog dia tapi masih boleh di pertingkatkan.
Design blog
Sebenarnya saya tiada hak nak tegur design blog tapi saya suka design blog dia, nampak profesional. Simple. Saya memang suka tema simple dan minimalist.
SEO blog
Saya rasa tak perlu la nak review ni, ilmu yang saya ada lagi cetek. Buat malu ja kalau komen.
*****
Jadi bagi yang dah kenal, boleh la berkenal-kenal dengan dia. Bagi perempuan yang berminat, tanya dulu dah berpunya ka belum. haha. Boleh tengok video berkenaan blognya. Kalau nak belajar SEO atau ingin buka perniagaan internet boleh la hubungi dia.
Video tutorial wordpress SEO basic dan mudah
Farhan Syah ada buat satu video untuk begineer yang ingin belajar SEO dengan mudah. Mengikut tutorialnya, tiga plugin asas wajib guna untuk optimize SEO ialah :
- WordPress SEO by Yoast
- W3 Total Cache
- SEO Internal Links
Dalam video ni hanya untuk plugin wordpress SEO, tak sabar tunggu video tutorial lain. Kebanyakan dalam video basic tapi ada terselit juga info lain. Contohnya saya pernah belajar programming. Satu tahu program lagi pendek lagi bagus. Standard tapi power (STP). Ingat blog saya dah minify manual, dah rasa laju, rupnya masih banyak line di guna di banding Matt Cutt. Saya ada bagi cara lajukan blog minify HTML, Javascript dan CSS tanpa plugin. Itu saja dari saya, boleh layan video ni. Tengok sampai habis ya. Banyak info boleh dapat.
Saya menyertai Pertandingan Pelancaran Blog Perniagaan Internet yang ditaja oleh www.blog.farhansyah.com. Anda juga boleh turut serta menyertai pertandingan ini dan berpeluang memenangi hadiah lumayan.

