
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca yang dikasihi. Di pertengahan minggu ini memberi tanda kepada kita semakin dimakan usia. Saya harap pembaca semuanya sihat-sihat belaka. Bagi yang sihat, ingatlah nikmatNya. Jangan disia-siakan. Mencegah itu lebih baik dari mengubatnya.
Pada kali ini, saya nak berkongsi pada anda semua tentang satu seminar sangat menarik. Seminar Ebook eXtended di jalankan oleh otai perniagaan internet di Malaysia iaitu Shuth atau nama sebenarnya Mohd Suhaimy.
Sambil mendengar lagu 60an dengan Jamal Abdillah, tiba-tiba smartphone Blackberry berklip-klip menandakan ada emel diterima. Emel tersebut pemberitahuan tentang seminar ebook eXtended ini. Saya sangat berminat nak pergi tapi apakan daya banyak halangan.
Tempat yang jauh dari tempat saya sekarang dan masa tidak sesuai dengan sibuk mencari rezeki pada waktu tersebut. Tapi saya kongsikan juga jika ada pembaca berminat menghadiri seminar Ebook kali kedua ini.
Siapa Shuth?
Bagi sesiapa tidak mengenali atau kurang mengenali Shuth. Beliau seorang usahawan internet pengasas forum terkenal khusus untuk usahawan perniagaan internet iaitu WangCyber.com. Saya selalu lepak di forum ini. Forum mengumpulkan komuniti usahawan dan perniagaan internet di Malaysia.
Di samping itu Shuth juga pengasas laman klikjer.com, laman menjual ebook dan perkhidmatan sempoihosting.com, hosting murah. Sekarang ini beliau banyak mengajar menjadi sifu kepada usahawan baru yang ingin menjejak kaki ke dunia perniagaan internet.
Temubual Shuth dan Fakta perniagaan Ebook di Respons TV1
Seminar Ebook eXtended
Seminar akan dijalankan pada 11 November 2012 iaitu pada hari Ahad bermula dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang di Sales Partners, Bandar Baru Bangi Selangor. Lokasi jauh dari tempat saya 4 jam perjalanan, esok paginya pula nak kerja. Yuran untuk seminar ebook ni pun tidaklah mahal sangat di banding ilmu yang akan diterima oleh sifu usahawan internet dengan bonus yang akan di terima.
Untuk mengetahui lebih lanjut atau ingin menghadiri seminar ini, boleh pergi ke Seminar Ebook eXtended. Harapan kepada anda semua, selepas menghadiri seminar ini, jangan berlengah terus mulakan langkah.
Ilmu tanpa amal itu sia-sia.
Oh ya, kat laman tu ada satu video lagi pembaca boleh tengok. Video seminar ebook pertama beliau, sangat menarik dan bermaklumat. Beliau menceritakan pengalaman dari mula sehingga beliau jejak kaki menjadi usahawan internet. Penyampaian beliau sangat menarik dan mencuit hati.
Dah banyak seminar-seminar sebegini yang tidak dapat dihadiri kerana faktor lokasi dan masa yang tidak bersesuaian. Semoga kepada sesiapa yang menghadiri seminar ini akan dapat memperolehi ilmu yang akan dapat memajukan diri dalam bidang yang dipelajari.
Betul tu bro, biasanya kalau bukan masalah kewangan, faktor lokasi dan masa yang tidak mengizinkan.
tak dapat nak serti juga….jauh beribu batu..huhu…
Boleh tu sis, beli tiket flight tapi bahaya pula untuk kandungan. Takpa lah, lain kali boleh juga. hehe
alangkah bagusnya saya dapat menyertainya.. baru juga mendaftar ahli affiliate untuk ebook jomniaga.com
Saya pun rasa nak sangat pergi tapi apakan daya jarak dan waktu yang tak sesuai. Jomniaga memang best.
Mas bro ikutan seminar ini juga ya ?? semoga lancar, jangan lupa share ilmu2nya ya..
Saya tak dapat ikut seminar ni, jarak dan waktu tidak mengizinkan. Apakan daya seminar ebook yang menarik tidak dapat diikuti.