ServerFreak Webhosting

Rumah baru Rupa baru, Hosting ServerFreak Tema Smally

Sesiapa selalu lawat blog naziman.com pasti sedar akan perubahan yang banyak berlaku. Banyak perubahan yang berlaku pada blog ni. Sekarang ni rumah baru, rupa baru, cat baru, bulan baru. Apa yang di maksudkan, kira baru beberapa hari lepas selesai perpindahan dari hosting lama ke ServerFreak. Bukan saja hosting, malah domain pun di pindah sekali ServerFreak webhosting. Itu yang jadi lama proses propagasi.

ServerFreak Webhosting

Rumah Baru Hosting ServerFreak

Memang banyak masalah berlaku dalam proses perpindahan dan setelah selesai proses tersebut. Antara salah satu sebab pilih Serverfreak sebab adanya service cloudflare tapi akhirnya servis tersebut tak dapat di gunakan sebab kalau nak guna servis cloudflare, blog naziman.com terpaksa guna subdomain www.naziman.com. Jadi akhirnya guna cara biasa, tukar custom nameserver. Inipun, staff ServerFreak buatkan, padahal boleh buat sendiri tapi dorang tolong juga. Terbaik. Kalau kurang faham kegunaan Cloudflare dengan sekuriti, boleh tengok gambar di bawah.

Cloudflare Blog

Support hosting Serverfreak memang terbaik, di layan kaw-kaw. Rasa kami macam berchatting ja melalui emel. Paling cepat tempoh support hosting balas emel, 1 minit. Paling lama pula, dalam 3 hingga 4 jam, itupun dorang akan balas dengan jawapan memuaskan selepas masalah di selesaikan.

Kalau nak banding dengan hosting lama, terpaksa tunggu hingga 2 3 hari. Kalau di tanya hal penting tu bikin geram, macam-macam lagi. Malas nak burukkan. Dah berlalu. Yang penting support hosting ServerFreak memang terbaik, tanya soalan bodoh pun, dorang jawab cepat.

Tapi jangan guna support umum. Pernah cuba hubungi dorang guna support umum tu sebelum bercadang pindah ke ServerFreak, nak tanya-tanya memang dorang akan jawab dengan jawapan memuaskan tapi biasanya lambat satu hari. Rasanya jadual dorang dalam jam 9 pagi hingga 12 tengah hari ja kot untuk support umum.

Terlalu banyak memuaskan hati dengan ServerFreak ni. Nanti kalau cerita satu-satu, jadi panjang pula entri ni.  Bukan nak review ServerFreak. Sekarang dalam proses buat satu post perbandingan webhosting di Malaysia murah dan terbaik. Untuk ServerFreak, kalau nak tahu lebih lanjut atau nak berpindah dari hosting lama, boleh pergi ServerFreak Apa yang mampu review Serverfreak buat masa sekarang, hosting ServerFreak terbaik dan murah di banding dengan perkhidmatan, servis dan support yang diberikan.

Rupa baru Tema Smally

Jangan terpedaya dengan tema sekarang ni, silap-silap tak sampai sebulan bertukar lagi. haha. Tapi wajah baru blog kali ni memang memuaskan hati di banding tema lama. Tulisan besar, jelas terang lagi bersuluh, macam-macam lagi.

Tema Smally ni responsive dan minimal. Sememang tema minimal ni saya suka. Apatah lagi tema responsive tapi tema responsive macam biasa ada baik buruk. Takpa la yang penting, guna blackberry smartphone saya laju ja buka, tiada masalah, ok la tu. hehe

Macam di kata tadi, silap-silap tema ni akan bertukar lagi ada banyak sebab, malas nak terangkan satu-satu. Tapi serba sedikitnya, tema ni kurang mesra SEO, menu tak dropdown, threaded komen cuma 2 level, ada beberapa lagi la masalah di nampak.

Apa bagusnya tema ni, buatkan terpaksa guna alignment dalam post. Nasib baik post baru 80 lebih. Jadi tak jenuh sangat nak tukar alignment semua post. Sebelum ni jarang guna alignment sebab nampak dah ok kan. Sekarang ni, cuma tema alignment justify. Nampak lebih kemas kan? Kiri kanan selari.

Yang penting, kalau tak jumpa tema baru lebih baik, blog naziman.com takkan berubah wajah. Tema Smally ni pun terjumpa dari bro Shraqs.  Yang penting biarlah tema lebih baik bukan makin mundur.

Hari ini mesti lebih baik dari kelmarin, hari esok mesti lebih baik dari hari ini.

Bulan baru Aktiviti Baru Penambahan Baru

Siapa sedar di sidebar blog ada Top Referrer Oktober? Itulah penambahan blog buat masa sekarang. Saya akan buat satu entri khusus untuk sidebar blog naziman.com. Secara ringkasnya, contest kecil-kecilan tanpa ada hadiah lumayan. Cuma nak tambahkan kekosongan di sidebar. Contest pemberi pendapat terbanyak dan terbaik, dengan contest top referrer. Ada terfikir nak buat contest lajukan blog untuk blogger Malaysia tapi rasanya takkan dapat tunaikan contest tu dengan kekangan masa sekarang ni.

Aktiviti lainnya, akan buat satu entri segmen santai sehari atau dua hari dalam seminggu. Segmen santai ni cuma perkongsian santai motivasi, lawak dan sebagainya. Segmen ni bukannya untuk pembaca saja tapi untuk diri sendiri juga, untuk berehat menenangkan fikiran, motivasikan diri jadi lebih baik, di samping dapat memberikan bahan bacaan sehari dalam seminggu kalau betul-betul sibuk.

Penambahan baru ini cuma di sebalik tabir. Akan di buat macam TheVerge.com ada version history. hahaha. Tiada apa saja nak buat kira log diari blog naziman.com. Blog ni selalu di godek-godek, jadi bagus juga rasanya kalau ada version history. Selain tu, akan di tambah laman lain berkaitan di blog naziman.com. Ini semua dalam perancangan, kalau rajin ada masa akan di buat, kalau tak bagus fokus untuk buat entri.

*****

Jadi apa yang saya mampu kata, ini lah dia perubahan naziman.com. Baru aktif balik blogging ni, macam-macam perubahan di buat. Permalink pun di ubah. Sekarang ni trafik pun naik turun tapi itu semua lumrah.

Setiap perubahan memang susah dan perlukan pengorbanan tapi kalau perubahan tu ke arah yang lebih baik, jangan risau nikmatnya akan dapat lebih baik dari sebelumnya.

26 thoughts on “Rumah baru Rupa baru, Hosting ServerFreak Tema Smally”

  1. Apa kabar mas bro, lama ni akunya tidak mampir di blog ini. Hmmmm.. ternyata ada yang baru ni dengan tampilan blognya.. Jadi makin keren dan mudah diakses
    Kedepannya makin sukses ..

  2. saya pula baru masuk ke Naziman.com ni, nampak kemas. Luas sungguh! Theme yang digunakan juga responsif. Lagu loading, macam pakai CDN.

    1. Eh guna serverfreak juga? selamat berjiran ya. Rumah nombor berapa ya? nak lawat ni. hahaha

      Respon serverfreak memang terbaik. Tak dapat nak sangkal lagi.

      1. Syaa pakai yang default twenty twelve je.. Rasa dah responsive dan semestinya minimal.. Nak pakai yang berbayar tak mampu lagi. Hehe

        Bro pakai comment reply apa? Boleh ajar yang macam tu tak?

    1. owh itu. hahaha. Masuk orang kedua sudah ni tanya tentang comment reply. Takpa, saya ada terfikir nak buat satu entri berkaitan plugin wordpress terbaik di guna dalam blog ni juga.

      Untuk plugin comment reply notification tu saya guna plugin ReplyMe, antara plugin noti reply yang terbaik saya pernah jumpa.

      1. Owh… ReplyMe.. Saya ada jumpa plugin ni lepas puas mencari. Tapi tak sempat lagi nak cuba… Saya guna plugin reply notification. Tapi macam kurang menarik je. Takpa, nak pindah ke replyMe pulak. hehe.. Terima kasih bro.

  3. memang nampak perubahan blog ni..saya guna serverfreak untuk blog lagi satu…yg blog bardboo masih lagi gunakan hosting lama…jom guna thesis, komepm puas hati..hehe..

    1. Itulah bro, semua pun baru, terima perubahan kan. hehe.

      Saya sedar juga masalah author section. Mulanya ingatkan sebab related post tu. Ingat kan juga ikut masa sebab kadang-kadang ok kadang-kadang tak. Tapi sekarang dah ok rasanya. Sebab saya dah pindahkan kod tu bawah post bukan footer post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *