Money - Review jana pendapatan melalui Adf.ly

Review jana pendapatan melalui adf.ly

Saya nak buat review jana pendapatan melalui adf.ly ni untuk berkongsi kebaikan keburukan program ni. Tidak di nafikan ramai juga yang dapat jana setiap bulan, dan ada juga yang tak dapat apa-apa. Untuk yang tidak dapat apa-apa tu, boleh baca 10 cara jana pendapatan melalui adf.ly.

Review jana pendapatan melalui adf.ly

Sebelum ni masa saya baru aktif balik blogging, siapa sedar saya buat skrip page entry? Masa tu saya tengah buat kajian tentang tools adf.ly yang lain. Jadi sini saya review kebaikan keburukan program url shortener adf.ly ni. Ini review dan pendapat saya sendiri. Mungkin ada yang setuju ada tak tak setuju.

Kebaikan

  1. Pastinya sebab program ni legit bukan scam. Adf.ly bayar serta merta di akaun paypal pada awal bulan.
  2. Program yang mudah. Hanya perlu pendekkan url. Share. Sambil pendekkan url, boleh dapat duit. Sesuai di twitter yang hanya menyediakan 140 aksara untuk tweet.
  3. Banyak cara lain boleh di buat selain pendekkan url. Antara tools yang ada, skrip page entry, full page script, boleh integrate dengan google analytic, API, dan referral.Review tools adfly
  4. Komisen referral yang tinggi. 20% dari income referral kita boleh dapat. Bukan ambil income referral. Tapi komisen. Boleh daftar guna link referral saya bagi yang ingin jana pendapatan melalui adf.ly
  5. Payout rates paling tinggi antara paid url shortener yang lain.

Keburukan

  1. Paling utama kenapa saya tak terlalu aktif program ni sebab Malaysia. Payout rate bagi negara Malaysia rendah di bandingkan US dan UK. Bagi saya, tapi bagi sesiapa yang buat blog/website english, atau ramai kawan english. Sangat sesuai. Tapi saya, blog pembaca Malaysia, follower twitter Malaysia. Pendapatan lambat masyuk.
  2. Rugi masa. Sebab cash-out $5.00 bersamaan RM15.55. Saya tak suka skrip page entry sebab annoying. Bagi download percuma, internet lambat. Jadi ada dua pilihan ja saya buat, referral dan twitterfeed. Referral berapa ramai sangat la nak ikut belum kira ramai yang dah buat akaun, kalau ikut pun, belum pasti aktif sangat. Twitterfeed, kebanyakan follower orang Malaysia juga.
  3. Contact support lambat. Saya lama sudah buat akaun adf.ly ni, masa tu pakai emel lama. Sekarang ni emel tu dah di penuhi spam. Tambah lagi emel yahoo ni banyak masalah sikit. Jadi saya minta tukar emel, seminggu baru di balas. Lambat.

Keputusan saya

Bagi saya adf.ly ni kalau kena gaya memang masyuk. Dari review saya, rating saya boleh bagi untuk orang Malaysia jana pendapatan melalui adf.ly. 2/5.

Review klik adfly

Cuba tengok perbandingan klik saya dapat antara negara Indonesia, United states dan Brunei. Untuk 4 klik yang sama, United States dapat 6 kali ganda income.

Kalau orang Malaysia nak jana pendapatan melalui adf.ly juga tapi tetap menggunakan bahasa melayu dan guna cara yang baik, saya sarankan cari follower twitter, pembaca blog, singapura. Payout rate untuk singapura antara yang tertinggi juga. Boleh tengok payout rate di 10 cara jana pendapatan melalui adf.ly. Harap review jana pendapatan melalui adf.ly ni dapat membantu.


[1] Photo credit : Money by 401(K) 2012 via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution-ShareAlike 2.0 Generic (CC BY-SA 2.0)

11 thoughts on “Review jana pendapatan melalui adf.ly”

  1. terbaik review ni bro :)
    setuju sangat pasal page entry script, memang annoying sangat-sangat. Saya tak pakai dah page entry script. Pakai full page script je. Itupun pakai banner ads, yang per view nya jauh lebih kecil dari interstetial. Pakai interstetial cuma untuk berkongsi ebook sahaja.

      1. pop-up/pop-under tu lain. itu biasa yang bila kita klik dia keluar kalau buka window lain atau buka tab lain. page entry ni macam kalau ada kita masuk blog tu, dia akan load script tu. Annoying sebab kadang-kadang orang tengah baca, tengah skrol ada pula tiba2 blog kita relod balik

    1. Pendapatan saya dari adf.ly ni pun kurang masyuk juga. bukan apa, kebanyakan cara nak yang cepat dan boleh dapat tinggi cara tak baik. Bagi download movie drama percuma la biasanya. Tapi orang kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>