Rahsia untuk jadi top Blogger Malaysia
Rahsia untuk jadi top blogger Malaysia ini bukan dari pengalaman tapi hanya dari pemerhatian saya semata-mata. Saya cuma blogger picisan yang kagum dengan top blogger yang ada sekarang. Ini cuma pemerhatian saya hanya untuk blog peribadi. Bukan apa, blog peribadi dan blog ada niche tertentu ni sangat berbeza. Blog ada niche tersendiri mungkin tentang gadget, kereta, jana pendapatan online, perniagaan internet, berita online, artikel, itu semua ada pelawat yang khusus. Tapi bagi blog peribadi, semua sangat berbeza. Ada tarikan yang tersendiri
Pernahkah anda berfikir macam mana dorang ni boleh top sedangkan tulis hal peribadi ja, bukan artis, bukan orang terkenal tapi boleh top dan di kenali ramai. Ada yang boleh jana pendapatan, ada yang dapat peminat tersendiri. Dorang semua pun bermula dari bawah, bermula dari kosong, bermula dari newbie juga. Ini pemerhatian saya.
Antara rahsia jadi top blogger Malaysia
Aura
Saya pernah terbaca juga ni di blog orang, tapi saya pun lupa di mana. Aura ni macam dulu Mawi naik, semua cakap sebab aura. Begitu la juga blogger. Pernah ka kita buka ja blog orang, rasa senang ja. Pernah baca post orang, rasa menarik ja, rasa macam nak tahu apa selanjutnya, rasa macam nak kenal lagi penulis lebih dalam. Itulah aura blog.
Kita boleh optimize blog macam-macam. Kita boleh buat ayat berfalsafah, berpuitis, berbunga-bunga. Tapi itu belum menentukan, pembaca akan tertarik. Bagi saya, ini semua bermula dari dalam diri. Dua tip mudah nak tingkatkan aura dalam diri.
- Paling penting, amal maaruf nahi mungkar. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan keluarga, jaga hubungan dengan semua orang. Kalau dalam diri itu hitam, walaupun dia cuba buat putih, takkan dapat. Aura tu takkan terasa.
- Kedua tips yang saya kadang-kadang buat, dan rasanya ramai orang tahu. Mandi basahkan dari kaki ke kepala, bukan dari kepala ke kaki. Tips ni saya tahu masa nama Mawi tu naik, ramai bagi cara bagi naik aura ni.
Identiti blog
Blog mempunyai identiti dan kelebihan sendiri ni kita boleh tengok macam blogger Benashaari. Blog Ben Ashaari ni tak optimize sangat SEO, tapi apa yang buat dia jadi top? Antara sebab dia ada identiti dan kelebihan dia tersendiri. Dia tak kedekut, dia lebih suka merapatkan hubungan antara blogger. Selalu buat segmen blogger.
Red Mummy pula ada identiti tersendiri, semua merah. Kekal dengan identiti. Selau buat segmen seram-seram. Beza identiti blog dengan dengan blog niche ya. Jadi cuba fikir, apa identiti blog anda mahu buat. Identiti blog ni memang susah mahu nak cari, kita kena ada rentak blogging dulu.
Kelainan
Sebenarnya hampir sama ja kelainan dengan identiti ni. Tapi saya buat sub lain. Bagi saya top blogger ni ada kelainan dan kelebihan masing-masing. Biasanya lebih mudah top blogger ada kelainan sendiri ni naik dari blogger biasa.
Kelainan yang saya maksudkan disini macam apa yang ada pada blog tu, jarang ada pada blog lain. Mungkin cerita tentang diri di luar negara. Kalau cakap cerita di Malaysia, semua sama kan. Atau mungkin kelainan blog anda, cepat dapat info baru.
Usaha tanpa jemu
Dan yang paling penting, inilah dia usaha tanpa jemu. Semua top blogger sekarang bermula dari bawah juga. Bukan tiba-tiba buat blog, terus terkenal. Kecuali selebriti, yang memang terkenal di luar. Satu ja saya boleh kata, kalau nak cepat berjaya, buat impian yang besar-besar tapi jangan jadikan angan-angan saja.
Makin besar impian, makin besar perancangan, makin cepat la naik. Tapi keburukan buat impian besar-besar ni, takut impian yang di bina tak kesampaian, jadi putus asa dan berhenti tengah jalan. Inilah peranan usaha tanpa jemu.
Penampilan
Penampilan ni bagi saya penting juga. Terutama perempuan. Kita boleh tengok ramai blogger terkenal ni memang ada rupa. Biasanya cantik-cantik la kalau perempuan. Cuba bayangkan kalau muka tak lawa, bukan nak mempersenda ciptaan tuhan. Tapi hakikatnya, majoroti muka dan penampilan tu salah satu faktor untuk dapat lebih ramai kenalan. Majoriti ya, bukan semua. Sebab ada juga top blogger yang rendah diri dan tak tunjuk muka, macam blog denaihati. Semua orang tak tahu macam mana rupa beliau, dah terkenal baru tersebar. Biasanya kalau top blogger terkenal bukan kerana rupa, boleh rujuk balik bahagian aura.
Internet sentiasa ada dan laju
Ini cuma pendapat saya sendiri. Sebenarnya internet lambat dan jarang-jarang ada bukan penghalang. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tapi kena ingat, domain dan hosting, boleh buka blog platform percuma. Tiada laptop boleh pergi cyber cafe. Tiada internet boleh pergi tempat wifi percuma atau cyber cafe. Tapi kalau internet yang ada tu jarang-jarang ada, dan lambat lagi, macam mana kita nak blogwalking? macam mana kita mahu luaskan kenalkan blog dengan blogger lain? Terutama bagi newbie macam saya lagi perlu internet ni. Kalau blog dah maintain naik, tiada masalah internet jarang ada pun. Yang penting masih ada internet.
Masa
Masa memang memainkan peranan untuk jadi top blogger terutama blogger newbie. Sebab masa mula-mula blogging banyak benda kena buat, nak kenalkan blog sambil jaga blog sendiri selalu update balas komen. Perlu banyak masa juga. Ingat beza blog yang dah maintain dengan blog baru nak naik.
Contoh macam kita buka satu perniagaan pun, pada mulanya memang banyak kerja kena buat. Buat lesen, promosi sana-sini, cari rentak perniagaan, tengok kesukaan pelanggan, tapi bila dah maintain. Boleh la rehat-rehat sekejap. Kalau nak lebih, buat lebih lagi. Kalau dah penat, ada modal sudah, boleh bayar gaji pekerja lebih ramai.
*****
Bagi saya itu saja lah rahsia yang mudah untuk jadi top blogger Malaysia dalam blog peribadi. SEO bukan penentu semata-mata untuk jadi top blogger. Sebenarnya saya nak cerita tentang kesalahan yang blogger selalu buat bagi blogger baru sekali dalam post ni. Ini dari pengalaman saya sendiri. Tapi nampaknya dah 900 lebih patah perkataan, lain kali saya kongsikan ya.
Pemerhatian saya mungkin betul, mungkin salah, mungkin lebih, mungkin kurang. Kalau salah, tolong perbetulkan, kalau kurang, tolong tambah. Kalau betul, sila sebar. Kalau lebih, anggap la ilmu baru dan aplikasikan.