Promosi Celcom menipu sim broadband celcom skmm

Promosi Celcom menipu Part 3

Saya dah ceritakan 2 part promosi celcom menipu. Itu semua pengalaman saya. Kali ini saya akan ceritakan pengalaman orang lain pula tentang promosi celcom menipu. Saya harap, setiap post berkaitan promosi celcom menipu ni dapat di jadikan pengajarang bagi semua orang di Malaysia.

Kedua-dua part tentang promosi celcom tu lebih kepada promosi oleh ejen celcom di tepi jalan atau di gerai-gerai celcom. Tetapi kali ni saya akan ceritakan tentang penipuan yang berlaku di pusat celcom tu sendiri.

Saya berharap perkongsian kali ini tidak panjang. Sebab saya nak tamatkan juga perkongsian bersiri ni. Kalau masih panjang. Saya terpaksa buat part 4.

Anda mungkin berminat dengan pengalaman di tipu celcom yang lain :

Promosi celcom menipu? Walaupun di Pusat Celcom?

Iya, memang ada. Dalam perkongsian inilah saya akan ceritakan. Lelaki kacak Jomtomton ada berkata, sebaik-baiknya pergi ke kaunter celcom untuk mengelakkan penipuan. Dulu masa dorang cerita celcom beri simkad percuma, saya cakap jangan ambil. Tipu tu. Dorang cakap tak tu, sebab kat kaunter celcom. Saya pun percaya la. Kaunter celcom takkan nak tipu beri simkad percuma kan. Jadi ini lah yang berlaku dalam perkongsian ini.

Promosi Celcom menipu beri simkad percuma di Pusat Celcom – Pengalaman orang lain

Ini bukan berlaku pada seorang tapi dua orang sekali. Ini bukan berlaku di tepi jalan yang di promosi oleh ejen celcom tapi di kaunter celcom. Hebat, di kedai celcom pun ada penipuan ya. Ya, memang. Penipuan berlaku di mana-mana. Dari kita untuk elakkan nya.

Saya pun susah nak cerita sebab bukan saya yang kena tipu. Macam sebelum ni, memang pengalaman saya. Jadi, senang nak cerita. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tanya penulis jena. Dia dan kawannya yang kena tipu ni. Jadi saya terus kepada penipuan promosi celcom yang terserlah.

Penipuan promosi Celcom terserlah

Mereka berdua mendapat simkad promosi celcom di kaunter celcom. Kemudian, mereka tidak menggunakan langsung sim tersebut. Saya lihat sendiri sim tersebut masih melekat di kad celcom tu. Masih berplastik. Belum di buka.

Tapi apa yang berlaku, mereka berdua di telefon oleh pihak Celcom untuk membayar penggunaan mereka. Padahal mereka tidak menyentuh langsung sim tersebut. Kalau tak silap RM 100 dan ke atas.

Inikah di yang di sebut percuma?

Selain tu, saya juga pernah di tipu oleh awek jelita kat kaunter celcom waktu nak beli sim celcom SKMM tu. Tapi yang ni tak kisah betul pun. RM10 ja kan.

Konklusinya promosi celcom

Bagi saya, tak kisah nak promosi tapi jangan la menipu. Saya paling benci penipu. Saya bukannya benci sangat dengan celcom ni. Saya guna juga produk Celcom yang lain. Sim prepaid Celcom SKMM dan nombor telefon UOX. Jadi bagi saya, tak perlu nak menipu.

Kenapa semua orang rasa tertipu? Dorang semua bukannya tipu sepenuhnya. Sebenarnya, dorang cuma tak beritahu secara terperinci. Ejen celcom cuma cerita kebaikan saja. Kenapa dorang tak beritahu tentang sim postpaid tu? Yang perlu bayar bulan-bulan.

Kalau tak silap postpaid kena bayar, RM30 ka RM60, tak ingat. Kecuali la promosi ejen celcom pengalaman saya yang kedua tu, itu memang terang-terang tipu.

Promosi yang baik dan cadangan bagi pihak celcom dan ejen-ejennya

Pertama sekali, tolong la jangan paksa pengguna. Ini apa yang saya lihat sendiri. Sebelum nak buat perkongsian ni pun, saya kaji juga semua orang promosi macam mana. Perbandingannya, promosi dari celcom teruk sangat. Memaksa. Sebab nak tahan orang, ada yang pegang tangan.

Ada yang bawa orang ke tempat lain padahal, orang tu nampak terpaksa sangat. Bukan nak ikut. Sekali dah satu orang tahan, yang lain pun turut ikut. Memang orang tak boleh jalan dah. Terpaksa dengar.

Pengguna dah cakap tak mahu berkali-kali tapi tetap di paksa. Ini yang menyebabkan orang rasa tertipu. Kalau dorang buat cara baik, walaupun orang kena bayar, dorang tak rasa celcom ni penipu ka pemaksa.

Kalau di bandingkan telco lain atau promosi produk lain. Saya tak tengok pula begitu. Kebiasaanya, angkat tangan ja tak mahu, tak pun geleng kepala, dorang diam dah. Paksaan bukan jual beli dalam islam.

Yang kedua, janganlah menipu. Kalau tak menipu pun, terang semuanya kepada pengguna baik buruk produk tu ka. Apa yang perlu di bayar pun dah cukup. Tak perlu nak cakap semua percuma. Tapi akhirnya hampeh. Ada juga kos yang perlu di bayar.

Yang ketiga, sebaik-baiknya yang promosi tu pakailah baju yang bersesuaian. Kalau promosi celcom, pakai baju celcom. Bukannya nak kata penipuan yang berlaku pada pengguna tu oleh orang yang tak pakai baju celcom. Tak. Tapi dengan memakai baju begitu. Nampak identiti. Orang pun lebih yakin.

Apa yang saya lihat di sini, kebanyakan ejen-ejen tu lebih menyerang remaja dan orang muda. Tak tahu la kalau ada juga dorang serang orang tua atau yang nampak lebih matang. Ini dari penglihatan saya.

Kenapa dorang serang remaja atau orang muda ni? Sebab orang muda kurang pengalaman. Sebab orang muda suka dengar perkataan percuma tanpa usul periksa. Sebab orang muda lebih mudah di paksa.

Jadi apa yang perlu kita berhati-hati waktu promosi begini

Banyak yang perlu kita hati-hati sebenarnya. Ini bukan tentang promosi celcom saja. Tapi semua promosi atau apa saja yang berkaitan.

Oleh kerana post pun dah terlalu panjang. Point yang ini pun bukan saja untuk promosi celcom. Jadi saya akan buat post baru untuk langkah berhati-hati dengan promosi atau survey di mana-mana.

Jadi dengan itu, tamatnya perkongsian bersiri untuk promosi celcom menipu. Saya harap orang lain ambil pengajaran. Bagi pihak celcom yang baca ni, jangan marah. Bukan nak burukkan celcom. Tak. Lelaki kacak tak burukkan orang lain.

Kalau saya nak cerita lagi part 1 untuk promosi celcom bersiri ni. Ada lagi tu. Tapi saya tak nak juga burukkan sesiapa. Perkongsian ini sekadar pandangan, cadangan, pendapat dari pihak pengguna.

Ps : Saya minta maaf sangat kat rakan blogger sebab lambat balas komen dan tak jenguk-jenguk blog kamu semua. Internet saya lambat sangat sekarang ni. Sibuk lagi. Apa yang saya dapat buat sekarang pun, update post. Itu pun bertahun lama baru siap. Jadi, apa yang penting, saya balas. Yang kurang penting, Jena balas. Tak penting tu, saya balas kemudian kalau ingat.

10 thoughts on “Promosi Celcom menipu Part 3”

  1. bila baca part 1 until part 3……nak mengiyakan kebanyakan mereka yang promote celcom ni tak telus.ye la betul diaorg hanya cerita kebaikan je padahal lebih banyak keburukan.part 1 2 mmg naya je nak kena bayar bil pulak dah.haish….
    saya pun ada experience xbest dgn celcom,tp masih belum serik dgn celcom.sbb kebanyakan telco hampir sama je tak telus cuma celcom ni besar-besaran nampak ketidaktelusan mereka.kadang2 mmg kecik hati dengan celcom ni, tapi masih guna celcom…huhuu

    1. Minta maaf sangat-sangat lambat balas balas komen. Betul tu, sebenarnya bukan celcom saja. Banyak lagi. Tidak kira telco apa pun. Tak kira promosi apa pun. Kita kena berhati-hati dengan penipuan ni. Saya pun masih guna celcom juga. Ni broadband SKMM guna celcom juga. :)

    2. i got the same problem at KL sentral celcom postpaid..i was force one of the agent’ celcom. he said that this is only a promotion if you dont want it you can throw it we will not charged anything. we will activated once we got your permission after called you. he wants my ic number and my phone number that i currently use now for research. he keep push2 me i wanted to yell at him due to a lot of people walking around i keep calm and keep my anger. then when i was in university sitting for my examination my dad call from Kl and he told me that there was a bill from celcom cost 178 ringgit. then i realised about the postpaid that have been given to me. then after my examination end. one fine day i went with my friend go to celcome center at melaka and settle this. the worker said that like this “you should not trust anyone” my relpy like this %^#$#*&% how i want to know that celcom agent was a fake or not. then she gives me a termination form and terminate it.. i asked her 3 same confirmation is this termination will completely permanent terminate.. she said yes 3 times. after 1 month 6/12/2012 the second bill come out with rm 133 ringgit what a bull shit.. a lot of swear word come out. they minus 44.80 from the original.

      1. Thanks for sharing your experience. First of all, i agree with staff at celcom center “don’t trust anyone” but i understand your feeling. Like me for first time, who know that celcom agent fake not real right?.

        Solution for your problem, don’t jusk ask them for confirmation to terminate. Check it. Is it the number still available to call and message. Then, ask them report letter for future.

        Some celcom staff doesnt know the procedure, maybe you can try another celcom center. My experience, when i meet celcom center at Sabah only tell me to make report with police but when i meet celcom center at Negeri Sembilan, report to police one of the procedure to make report to celcom.

  2. Ni kes ejen jualan Celcom ni rasanya… sbb kalo staf Celcom sendiri, juga telco-telco lain, mereka ada etika kena jaga, silap haribulan, kena buang kerja plak. Kalo ejen ni, apa dia kira… silap2, ejen-ejen tu adalah part timer atau ejen atas ejen, lagi la…

    Saya pernah kena, beli simkad CelcomBlue rege RM30, walhal sepatutnya RM10 jer… :(

  3. hai.. mungkin sy belum baca artikel yang lain. sy pon lpe coz sy pnah search ttg hal ni time sy kene tipu. alhamdulillah dh report polis but blm ke celcom centre lg. kalau hal awak yg pernah kene tipu tu, awak settle kn mcm ne?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *