Promosi Celcom menipu Part 2

Saya ada kongsikan tentang promosi celcom yang banyak menipu sebelum ni. Menipu bukan ciri-ciri lelaki kacak ya kawan-kawan. Kali ni saya akan sambung promosi celcom pengalaman kedua saya.

Promosi celcom menipu pengalaman kedua saya ni di kira baru juga berlaku pada saya. Jadi kes ni memang masih segar di ingatan. Kali ni, anda akan lihat cara ejen celcom promosi produk dorang.

Anda mungkin berminat dengan pengalaman di tipu celcom yang lain :

Celcom beri simkad percuma lagi? – Pengalaman kedua

Waktu ni saya tengah jalan-jalan. Seperti biasa. Eh bukan biasa, saya lihat hanya ejen celcom ja promosi begini. Saya di tahan oleh mereka, tahan bukan sebarang tahan. Tahan memang tak boleh jalan terus. Celcom beri simkad percuma. Macam biasa. Ayat biasa.

“Sim ni percuma ja dik, bukan nak suruh bayar ka apa. Kami cuma nak adik try cuba ja sim ni. Kalau adik tak suka, adik boleh subscribe plan ni. Sim ni yang selalu di iklankan di TV tu. Sim ni bla bla bla (dorang cerita kelebihan sim tersebut).”

Saya pun malas nak dengar promosi dorang ni. Tapi takpa la dengar ja. Oleh kerana saya nampak betul tak berminat. Seorang lelaki lain ejen celcom juga ke tempat saya. Cerita lebih panjang lebar. Akhirnya dorang cakap.

“Tak susah pun dik. Adik cuma perlu tulis nama dan beri nombor telefon adik dengan kami. Senang ja kan?. Lepas tu adik boleh call murah. Nak call awek pun murah.”

Malas dah nak layan. Saya pun iya kan saja. Tapi masa nak urus sim tu apa yang berlaku?

Promosi Celcom tunjuk belang penipuan

Tanpa periksa dah sebagainya. Saya terus di suruh tandatangan dua borang yang sama. Dalam satu borang ada tiga tempat nak di tandangan. Jadi enam tandatangan saya perlu bagi dorang.

Nombor saya juga dorang minta. Saya bagi nombor celcom saya. Nama ibu juga dorang minta.

Lepas tu, baru dorang minta salinan IC. Saya cakap tak nak. Tapi dorang kata perlu juga. Sini dorang kata lagi.

“Jangan risau dik, kami tak tipu. Kalau kami tipu, dah lami kami semua kena pukul oleh orang-orang kat sini.”

Sebelum dorang dapat minta salinan IC baru dorang nak periksa IC saya boleh ka tidak ambil sim tu. Akhirnya saya selamat sebab promosi celcom menipu pengalaman saya yang pertama buat nama saya di senarai hitamkan oleh celcom.

Ejen celcom tipu simkad percuma?

Bukan la, pengalaman kedua ni cuma di tipu waktu dorang promosi ja. Belum bagi simkad percuma lagi. Mula-mula dorang cuma kata dorang cuma perlukan nama dan nombor telefon. Tapi waktu berurusan. Nama tak minta langsung pun. Saya pun tidak di periksa dahulu boleh terima ka tidak sim tu.

Apa yang dorang buat terus minta tandatangan. Dorang minta salinan IC. Sedangkan, waktu mula-mula promosi, tiada langsung cakap nak itu semua. Padahal kita dah tanya perlu ka tidak.

Kenapa saya tak beri salinan IC dengan mudahnya? Ada lagi teruk ka dari kes saya ni? Macam mana pula dengan rakan yang meminta saya kongsikan tentang penipuan celcom ni? Ikuti perkongsian promosi celcom menipu part 3.

Anda mungkin berminat dengan pengalaman di tipu celcom yang lain :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv