Promosi Celcom menipu Part 1
Perkongsian ini bukannya nak marah atau salahkan sesiapa. Ini cuma peringatan dan pemberitahuan bagi promosi celcom banyak menipu dan semakin kurang kacak. Saya pun mula-mula tak nak juga kongsikan tentang promosi celcom banyak menipu ni. Tapi kerana permintaan dari beberapa pengguna yang dah terkena berharap saya dapat kongsikan hal ini. Lelaki kacak mesti bantu kan.
Sebelum tu, saya nak minta maaf juga bagi komen-komen pertanyaan dan permintaan pertolongan yang saya lambat nak tolong dan balas. Beberapa hari ini, saya sangat sibuk dan jarang sangat online. Internet pula makin lambat. Jadi, apa boleh buat. Lelaki kacak kena banyak bersabar. Saya pun tak hairan juga kalau Sim Prepaid Broadband Celcom SKMM saya makin kurang laju, dah nak tamat sebulan kan.
Kenapa promosi celcom banyak menipu?
Jadi kali ni saya nak terus straight to the point. Nanti terlebih panjang pula perkongsian promosi celcom banyak menipu ni.
Saya sebenarnya dah dua kali tertipu dengan promosi celcom ni. Kali kedua tu saya dah tahu tapi saja nak tengok cara celcom promosi ni. Kali pertama tu yang teruk tu.
Celcom beri simkad percuma? – Pengalaman pertama
Kali pertama saya di tipu ni waktu saya di Penang. Hal ni pun lama dah. Tapi impak dia masih berlaku. Peristiwa waktu tu pun saya lupa-lupa ingat. Masa tu, saya dengan dua orang lagi kawan saya. Seorang lagi tu, ambil juga sim tu. Seorang lagi tak.
Waktu tu, biasa lah belum berapa nak kacak lagi. Jadi, orang celcom ni promosi dengan berkata simkad percuma. Tiada bayaran. Hanya perlu isi borang.
Walaupun waktu tu tak cukup kacak lagi tapi saya tahu bukan semua benda dalam dunia ni percuma. Jadi, saya tanya sikit dengan celcom tentang simkad percuma ni.
Sim tu tiada nombor. Jadi, apa yang perlu buat untuk gunakan sim tu dan dapatkan nombor untuk sim tu. Kita cuma perlu beli nombor baru yang bukan dari syarikat celcom. Contohnya sim Digi, hotlink ka, Tunetalk atau mana-mana nombor selain Celcom.
Lepas tu, beritahu nombor yang kita beli tu dengan dorang. Kemudian, dorang akan teruskan dengan proses dorang. Kemudian kita boleh guna sim tu percuma tanpa had.
Oleh kerana saya ada dua nombor dah waktu tu. Jadi nombor celcom yang baru dapat tu, saya kurang guna. Saya guna pun waktu nak kacau-kacau awek jelita. Hehe. Takpun telefon orang bila penting dan tiada kredit.
Promosi Celcom mula tunjuk belang penipuan
Hampir satu bulan guna, saya selalu dapat mesej perlu bayar bil. Oleh kerana orang celcom tu kata, nombor ni percuma dan tiada bayaran penggunaan. Jadi, saya abaikan. Waktu tu, saya dah guna dalam RM 60 tak silap. Lupa ingat dah. Itupun tak ingat RM 60 termasuk caj atau tak.
Yang penting, selepas dah selalu dapat mesej tu. Saya tak guna lagi untuk bulan kedua. Saya biarkan nombor tu terbengkalai begitu saja. Selepas dah beberapa bulan. Baru saya matikan plan nombor tu selepas di nasihat kan oleh seseorang. Yang penting waktu tu, bil saya perlu bayar dah RM 211.
Saya pergi ke cawangan celcom untuk selesaikan masalah ni. Tapi dorang sendiri pun tak tahu nak buat macam mana. Dorang suruh buat laporan polis. Saya buat. Tapi memang tiada kesan apa-apa. Saya biarkan lagi kes tu terbengkalai.
Saya ingat kes tu dah selesai. Tapi selepas setahun tak silap, Saya dapat surat dari peguam untuk selesaikan bayaran bil tersebut. Beberapa bulan lepas tu, Pusat celcom di Kuala Lumpur telefon saya suruh bayar bil. Dalam telefon tu la baru terang lagi bersuluh penipuan promosi. Kenapa?
- Sebab dorang tak tahu apa punca bil tu. Dorang main agak-agak lagi sebab broadband atau bil telefon.
- Sebab kes ni dah lama berlaku dan lebih setahun atau dua tahun rasanya tapi dorang kata saya tak bayar bil tu dua bulan.
Oleh kerana saya pun malas kena telefon terus, kena ganggu ja. Jadi saya fikir, biarlah hal ni selesai secepat mungkin. Jadi saya cuba bayar separuh dulu. Saya pergi ke pusat celcom lagi.
Kali ni saya tak cakap apa-apa, saya terus tunjuk laporan polis. Tapi apa yang dorang bagi, surat aduan. Surat aduan untuk mengadu tentang celcom. Dalam surat aduan tu juga banyak hal perlu di selesaikan. Patutlah semua lelaki kacak dan perempuan comel tiada buat aduan. Terlalu banyak rintangan nak buat aduan. Tapi kena tipu promosi celcom tu tak sampai beberapa minit.
Waktu saya tengah berbaris menunggu barisan tu, saya ada juga cek mesin dorang. Sebab lama betul menunggu. Jadi saya berharap, melalu mesin bayaran tu, cepat sikit urusan siap. Sini juga baru saya sedar. Nombor yang saya kena tipu tu, tiada dalam sistem dorang.
Jadi sekarang apa perlu di buat? Nak buat aduan banyak urusan. Kos pun banyak guna. Silap-silap kos nak buat aduan ja dah lebih dari bayar celcom ja terus. Nak bayar pula, tak tahu sebab apa. Nak cakap nombor yang di tipu?. Nombor yang saya dapat di Penang?
Saya terpaksa buat perkongsian ni bersambung sebab baru pengalaman pertama saya dah panjang perkongsian ni. Jadi, teruskan ikuti naziman.com untuk mengetahui pengalaman saya di tipu kali kedua dan pengalaman beberapa orang akibat promosi celcom ni. Di samping ambil pengajaran.
Anda mungkin berminat dengan pengalaman di tipu celcom yang lain :