Tip bila plan BIS Blackberry Tolak Kredit dan Makan Kredit
Sebelum ni ada kongsikan plan BIS Digi makan kredit pengguna yang selalu tolak kredit dan makan kredit pelanggan. Tetapi di perkongsian itu juga, terdapat insan yang pemurah memberikan penyelesaian masalah tersebut. Rahman Sallehin telah memberikan kebenaran cara penyelesaian masalah Blackberry tolak kredit. Thanks bro.
Apa yang di kongsikan hanya dari komen perkongsian plan BIS Digi tolak kredit tu saja. Ada la edit sikit-sikit. Jadi kalau ada salah, minta maaf. Tak cuba lagi. Kalau dapat, syukur ya. Cakap terima kasih banyak-banyak.
Kenapa Blackberry tolak kredit?
Masalah ini disebabkan oleh apps dalam Blackberry itu sendiri yang memakan data seperti WhatsApp, Twitter for Blackberry dan Facebook for Blackberry sebagai contoh.
Maka, kalau masih ada masalah, itu adalah disebabkan tiadanya langganan data dek kerana Blackberry adalah smartphone yang data hunger, sama juga seperti iPhone dan kalau sim card kawan anda diletakkan pada iPhone, perkara yang sama juga akan berlaku.
Cara buat plan BIS Blackberry tak makan kredit
Melalui penulisan anda, kawan anda sudah unsubscribe Blackberry Internet Plan, maka apa yang beliau perlu buat ialah:
Options>Networks and Connections>Mobile Network.
Data Services: Off
While Roaming: OffInsya-allah masalah makan kredit ini tiada berlaku lagi.
Kalau beliau melanggan kembali BIS RM25/month DiGi, minta semula dengan setting di atas selepas terima mesej pengesahan langganan dari DiGi bahawa langganan berjaya, minta beliau pergi ke:
a) Options>Networks and Connections>Mobile Network.
Data Services: ON
While Roaming: Offb) Options>Device>Advanced System Settings>Service Book
Sila delete,
1. WAP2 Transport [wptcp]
2. WAP2 Transport Streaming [WPTCP]
3. WAP Push Config [WAPPushConfig]Setting ini akan kembali lagi setiap kali telefon restart atau selepas dicharge, maka kawan anda perlu pergi lagi ke Service Book dan delete benda ini. Dalam masa seminggu, tiada lagi masalah ini akan berlaku kerana Blackberry mengesan setting ini sebagai “tidak perlu”.
Itu saja perkongsian kali ni. Tak berapa edit komen dia, hak cipta terpelihara tu. hehe. Cuma dalam komen tu, dia ada salah sikit buat pembetulan, dah betulkan dalam perkongsian penyelesaian Blackberry selalu tolak kredit ni.
Itu saja ya, semoga kredit anda tak kering sebelum tahu cara ni. hehe. Lagi satu kalau dah tau plan BIS anda dah nak tamat, cepat-cepat tukar. Jangan lupa. Nanti tak pasal-pasal kita maki Blackberry sebab tolak kredit.
Update 24/10/2012 :
Waktu tu tak guna blackberry lagi, jadi tak dapat nak kongsikan secara terperinci. Sekarang ni dah guna smartphone blackberry. Dah hampir 3 bulan saya sendiri kredit selalu di tolak di makan dengan puasnya sehingga bila nak isi top up pun fikir 10 kali. Mengikut kata telco, itu sebab simpan kredit untuk penggunaan kredit. Nanti bila dah restart blackberry, kredit akan pulih seperti biasa. Itu betul tapi ada yang dorang tak tahu.
Sebab kenapa blackberry dah active bis tapi kredit masih kena tolak tu sebab orang tak padam service WAP lepas restart. Saya sendiri baru sedar pernah buat entri sal tolak kredit blackberry ni. haha. Jadi dah di highlight bold kan apa yang perlu di buat supaya blacberry tak tolak kredit lagi tak kira dah aktif BIS atau belum.
Cara ni bukan saja untuk Digi, tapi semua jenis telco yang menggunakan Blackberry tak kira Celcom, Maxis atau Hotlink, U-mobile dan Tunetalk. Untuk pengetahuan, Blackberry ada pilih kasih sikit. Ada blackberry yang kena makan kredit, ada yang tak walaupun tak buat macam cara ni.
Sekarang ni, blackberry saya tiada masalah kena tolak kredit atau kena makan kredit lagi. Harap perkongsian ni di manfaatkan.
