Blackberry - Plan BIS Digi makan kredit pengguna

Plan BIS Digi makan kredit pengguna?

Sepatutnya perkongsian ni, bukan saya kongsikan tapi penulis Jena sebab dia yang alami plan BIS Digi blackberry ni. Sebelum ni saya ada kongsikan perbandingan plan BIS telco prepaid dan Digi pula menjadi pilihan saya bagi menikmati plan BIS jika ada blackberry. Takut ada pula yang mengalami hal yang sama, jadi saya nak kongsikan tentang plan BIS Digi yang cekik darah orang selalu tolak kredit ni.

Penulis Jena ni baru bulan kedua menggunakan blackberry. Pada bulan pertama dan hari pertama dia beli blackberry, dia terus langgan plan BIS Digi. Sebulan pertama, seperti biasa, tiada masalah kecuali masalah blackberry tu sendiri seperti app world.

Tetapi pada bulan kedua, dia tak mahu dah guna plan BIS ni. Jadi dia unsubscribe plan BIS tu macam biasa melalui cara di website Digi untuk blackberry.

Jadi apa yang plan BIS Digi makan kredit ni?

Selepas tamatkan plan BIS digi tu, kredit dia selalu habis walaupun tak guna internet, tak call orang, tak mesej orang. Tapi kredit kadang-kadang jadi RM 0.00. Jadi, apa dia buat, dia restart blackberry tu, baru ada balik kredit.

Tapi hal tu menjadi-jadi, dan yang paling teruknya, kredit tu betul-betul Digi makan. Maksudnya, walaupun di restart blackberry pun, kredit tu tetap begitu tak macam sebelum ni. Digi tetap tolak kredit.

Jadi call Digi careline, dia bagi terang la sikit-sikit. Kredit tu tak habis, dia rizab atau simpan, untuk penggunaan internet akan datang. Masalahnya, perlu ka benda ni sampai RM 0.00? Menyusahkan nak restart telefon lagi, yang teruknya, digi betul-betul makan kredit.

Jadi, apa Digi tu kata cara taknak Digi makan kredit lagi?

Penyelesaian dia, langgan balik plan BIS Digi tu. Adakah itu penyelesaian terbaik? Sedangkan kita nak tamatkan langganan, bukan nak langgan balik.

Tapi dah tak boleh buat apa, dia langgan juga balik. Plan BIS Digi sebulan RM 25.00.

Tapi nak tahu berapa dia isi untuk langgan balik plan BIS DIGI tu?

RM 35.00 sebab masa nak langgan plan BIS tu, asyik-asyik di beritahu tak cukup padahal Digi sendiri yang tolak kredit semua tu.

Jadi di sini, apa pengalaman anda bagi pengguna plan BIS telco Digi bagi prepaid yang nak tamatkan langganan? Ada cara lain untuk selesaikan masalah plan BIS Digi tolak kredit ni? Jika ada, harap boleh kongsikan di sini supaya tiada orang lain lagi yang di makan kredit.

Updated 24/4/2012 :
Masalah plan BIS digi ini telah di selesaikan dengan mudahnya dalam perkongsian Penyelesaian plan BIS Digi cekik darah.

10 thoughts on “Plan BIS Digi makan kredit pengguna?”

  1. Masalah ini disebabkan oleh apps dalam Blackberry itu sendiri yang memakan data seperti WhatsApp, Twitter for Blackberry dan Facebook for Blackberry; sebagai contoh.

    Maka, kalau masih ada masalah, itu adalah disebabkan tiadanya langganan data dek kerana Blackberry adalah smartphone yang data hunger; sama juga seperti iPhone dan kalau sim card kawan anda diletakkan pada iPhone, perkara yang sama juga akan berlaku.

    Melalui penulisan anda, kawan anda sudah unsubscribe Blackberry Internet Plan, maka apa yang beliau perlu buat ialah:

    Options>Networks and Connections>Mobile Network.

    Data Services: Off
    While Roaming: Off

    Insya-allah masalah memakan kredit ini tiada berlaku lagi.

    Dan kalau beliau melanggan kembali BIS RM25/month DiGi, minta semula dengan setting di atas dan selepas terima mesej pengesahan langganan dari DiGi bahawa langganan berjaya, minta beliau pergi ke:

    a) Options>Networks and Connections>Mobile Network.

    Data Services: Off
    While Roaming: Of

    b) Options>Device>Advanced System Settings>Service Book

    Sila delete,

    1. WAP2 Transport [wptcp]
    2. WAP2 Transport Streaming [WPTCP]
    3. WAP Push Config [WAPPushConfig]

    Setting ini akan kembali lagi setiap kali telefon restart atau selepas dicharge, maka kawan anda perlu pergi lagi ke Service Book dan delete benda ini. Dan dalam masa seminggu, tiada lagi masalah ini akan berlaku kerana Blackberry mengesan setting ini sebagai “tidak perlu”.

    Kalau ada apa-apa masalah, sila hubungi saya di 014-5907431.
    Sekian.

    1. Pembetulan bagi part (a):

      Dan kalau beliau melanggan kembali BIS RM25/month DiGi, minta semula dengan setting di atas dan selepas terima mesej pengesahan langganan dari DiGi bahawa langganan berjaya, minta beliau pergi ke:

      a) Options>Networks and Connections>Mobile Network.
      Data Services: ON
      While Roaming: Off

      1. Sekarang saya masih lagi melanggan BIS plan for Digi.
        Saya akan mencuba langkah2 di atas setelah tamatkan langganan bulan ini. Terima Kasih untuk penjelasan. :)

        1. Selepas melanggan plan bis, jangan lupa padam semua WAP setiap kali restart. Nasihat i, sebelum restart off kan data service atau off mobile network. Walaupun selepas restart, masih sempat untuk padam tanpa makan kredit tapi takut u terlupa nak padam service WAP. Ini pengalaman I.

          Teruskan mengguna Digi, digi memberi plan paling murah untuk pengguna smartphone tidak kira Blackberry, iphone atau android. I pun guna Digi, dah lama. Terbaik.

    2. terima kasih memberikan cara untuk membaiki masalah ni. walaupun bukan saya yang alami masalah ni, tapi jawapan yang di berikan oleh pihak digi amat mengecewakan saya. Sekarang ni penulis jena pun dah sambung balik plan bis digi ni. nanti kalau masalah ni berlaku lagi, saya akan hubungi tuan.

      terima kasih sekali lagi memberikan penjelasan tentang masalah plan bis digi cekik darah ni.

  2. Sama-sama.
    Saya mengetahui semua ini kerana saya pun mengalami masalah yang sama pada kali pertama menggunakan BlackBerry.
    Selepas tahu mengenai ini daripada forum Lowyat.net dan bahagian sambungan tahap 2 dari DiGi, baru saya mempunyai semua jawapan ini.

    1. forum lowyat.net memang terbaik bagi saya. tapi sekarang ni pun internet slow kan. jadi kalau tiba-tiba laju, guna untuk update blog.

      Pada mulanya saya ingatkan saudara ni warga digi tadi. hehe. terima kasih membantu saya. kalau saya buat satu perkongsian untuk baiki masalah ni boleh? nanti orang ingat saya blame digi pula dengan perkongsian ni.

  3. Haiii,, saya ada subscibe bis utk digi plan tapi kredit selalu kena tolak..banyak.. Call digi digi cakap bis plan tak cover what’s app sebab dekat no digi ni sy selalu guna what’s app.. Ada cadangan tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *