Blackberry Plan BIS prepaid DiGi, Hotlink, TuneTalk, Celcom, U-Mobile

Plan BIS prepaid DiGi, Hotlink, TuneTalk, Celcom, U-Mobile

Perkongsian perbandingan plan BIS prepaid ni sebenarnya perkongsian sebelum blog ini ada masalah. Hanya perkongsian tentang plan BIS ni saja yang terbackup di Microsoft Word. Ini sebab masa nak buat post ni, tiada internet. Jadi diharap perkongsian plan bis ini dapat membantu.

Penggunaan smartphone tanpa pelan internet amatlah merugikan dan smartphone bagaikan telefon biasa. Dari pengetahuan saya, buat masa sekarang antara banyak-banyak smartphone seperti android, iphone dan blackberry, blackberry mempunyai kadar rendah dan tersendiri dari syarikat telekomunikasi di bandingkan smartphone lain. Plan internet lebih selesa di panggil Blackberry Internet Service atau singkatannya plan BIS.

Di malaysia ada lima syarikat telekomunikasi menawarkan plan BIS bagi pengguna prepaid ataupun postpaid. Mari kita lihat telco mana menawarkan plan BIS paling murah dan terbaik untuk peminat fanatik blackberry pengguna prepaid.

Perbandingan plan BIS prepaid antara lima syarikat telekomunikasi

Langkah terus kepada :

Saya akan berikan pendapat sendiri bagi setiap telco dan memberikan jadual dari pemerhatian untuk lebih mudah nampak keseluruhan pakej servis bagi setiap telco. Aspek dilihat ialah servis di berikan, harga sebulan, dan volume data diberikan.

Blackberry Plan BIS prepaid TuneTalk

Layari maklumat lanjut plan BIS ditawarkan di Tunetalk website

Tunetalk memberikan pakej mahal di bandingkan telco lain walaupun murah untuk pakej BIS sebulan hanya RM 18.00 kerana banyak aplikasi lain tidak boleh di akses seperti foursquare, whatsapp dan WAP browsing.

Tidak dapat mencari volume data diberikan untuk sebulan tapi amat rugi kerana whatsapp dan foursquare antara aplikasi penting di guna pada masa kini.

Kembali keatas

Blackberry Plan BIS prepaid Hotlink atau Maxis

Layari maklumat lanjut plan BIS ditawarkan di Hotlink website.

Sebelum tu, minta maaf sangat membuat penulisan Hotlink atau Maxis. Sebab tak pasti Hotlink atau Maxis ni sama atau tidak. Mengikut pengetahuan saya sama. Kalau beli sim Hotlink pun, nanti line tu line Maxis. Tapi kalau tengok website. Hotlink dan Maxis mempunyai dua website berlainan. Saya bukan penggunan Maxis, jadi tak tahu. Oleh kerana, kawan mengguna plan BIS prepaid Maxis. Tapi dalam website Hotlink. Jadi dibandingkan mengikut website Hotlink bukan Maxis. Kalau plan BIS prepaid Maxis dan Hotlink tu sama, bagus la. Tapi kalau berlainan. Minta maaf sangat-sangat.

Ok, bagi hotlink atau maxis pula sebenarnya mahal dan membuat pelanggan terpaksa memilih yang terbaik kerana antara BIS Lite dan BIS Social, kita terpaksa pilih yang terbaik untuk di gunakan dan paling mengecewakan, app world iaitu aplikasi penting juga bagi pengguna blackberry tidak dapat di buka.

RM98 untuk 1.5GB tu sebenarnya bagus tetapi jumlah 1.5GB kalau tidak boleh di jadikan modem macam sayang di rasa kerana tidak banyak data di gunakan untuk kegunaan harian dalam blackberry kecuali mendownload tetapi hotlink atau Maxis memberikan satu pakej bonus hanya 100MB untuk RM20.

100MB untuk mendownload aplikasi, upgrade aplikasi, buka social, email, dan browsing rasanya kira cukup la bagi pengguna menggunakan blackberrry tahap sederhana. Kalau anda menggunakan banyak data untuk download dan sebagainya, sesuai dengan hotlink/Maxis dan kalau rasa tak cukup dengan 1.5GB di berikan anda boleh langgan ikut bulan sebab BIS Advance weekly untuk sebulan, RM112 bersamaan 2GB.

Murah kan? Dengan hanya tambah RM14 sudah boleh tambah 500MB dan jimat RM14 tapi kalau nak jimat lagi, pilih la antara Digi atau Celcom. Kenpa? Lepas ni akan diterangkan.

Kembali keatas

Blackberry Plan BIS prepaid Celcom

Layari maklumat lanjut plan BIS ditawarkan di Celcom Website.

Celcom dengan Digi banyak persamaan dalam plan BIS diberikan tapi Celcom ada juga keburukannya sebab celcom tidak memberikan pakej untuk emel sahaja seperti Digi dan Hotlink/Maxis tetapi kalau kita lihat pakej BB Advance diberikan, saya rasa tidak perlu lagi pakej untuk emel sahaja kerana pakej di berikan murah.

Kita bandingkan pakej Hotlink/Maxis BIS Bonus, RM20 bersamaan 100MB dengan Celcom atau Digi hanya tambah RM5 dan lebih banyak data. Cuba lihat BIS Advance Hotlink/Maxis sebulan 1.5GB,RM98 dan BB Advance Celcom atau Digi harian,50MB untuk RM2. Klau kita langgan setiap hari RM2, sebulan RM60 bersamaan dengan 1.5GB di mana hotlink/Maxis memberikan RM98 untuk sebulan. Mahal kan?

Kembali keatas

Blackberry Plan BIS prepaid Digi

Layari maklumat lanjut plan BIS ditawarkan di Digi Website.

Digi antara pilihan sebenarnya bukan kerana memang ada no Digi tetapi kita boleh lihat sendiri pakej diberikan. Plan BIS diberikan hampir sama dengan Celcom, jadi bandingkan dengan Celcom atau U-Mobile saja sebab Hotlink atau Maxis dan TuneTalk lagi mahal dari Celcom.

Beza Digi dengan Celcom ada tiga saja iaitu Celcom tidak menawarkan plan untuk emel, Digi tidak menawarkan plan mingguan dan paling penting dan membuatkan saya pilih Digi dari Celcom walaupun ada no Digi dan Celcom ialah sebab walaupun plan sebulan Digi dan Celcom sama RM25 tetapi volume data diberikan oleh Digi 2x kali ganda dari Celcom, 500MB.

Kembali keatas

Blackberry Plan BIS prepaid U-Mobile

Layari maklumat lanjut plan BIS ditawarkan di U-Mobile Website.

U-Mobile sebenarnya memberikan pelan sangat murah, tambahan lagi U-Mobile sekarang ada plan BIS promosi yang saya berikan di jadual perbandingan di bawah tetapi sayangnya tidak dapat cari volume data diberikan oleh telco ini. Jadi dalam jadual di bawah tidak berikan info untuk promosi supaya tidak ada kekeliruan melihat jadual di bawah kalau promosinya dah habis.

Kembali keatas

Jadual perbandingan plan BIS prepaid antara lima syarikat telco

Jadual perbandingan alternatif dari Adam Roslan.

Jadual di atas adalah di atas pemerhatian dan ada kemungkinan info diberi salah kerana terdapat pakej BIS di paparkan di internet tidak serupa dengan pakej di berikan pada pengguna.

Contohnya BIS bonus hotlink/Maxis di mana di paparkan di internet pakej tersebut tidak termasuk whatsapp dan video streaming (contoh macam youtube) tetapi kawan saya melihat video dan membuka whatsapp tanpa ada caj internet biasa.

Untuk U-mobile ada promosi plan BIS weekly dan monthly sehingga 31 Mac 2012,
BIS Weekly : RM 5.50
BIS Monthly : RM 19.00
Video streaming juga ada promosi tetapi tidak di ketahui sehingga bila promosinya.

Kembali keatas

Jadi apa plan telco pilihan kalau saya ada blackberry? Kalau diberikan tiga pilihan, mahu pilih Digi, U-Mobile dan Celcom tapi satu blackberry hanya menggunakan satu telco, jadi akan dipilih no Digi dari no Celcom saya dan plan U-Mobile sebab beza Celcom dengan Digi ialah data di berikan 500MB pada harga sama RM25.

Tidak pilih U-mobile pula sebab walaupun dia murah juga tetapi tiada no U-Mobile, tidak tahu berapa data diberikan untuk RM25 tu dan terakhir sekali plan tu murah hanya promosi sehingga 31 Mac 2012.

Untuk maklumat lanjut setiap telco yang anda berminat seperti cara untuk aktifkan plan BIS atau maklumat terperinci, boleh buka link diberikan atau hubungi telco tersebuat ataupun bertanya di kaunter telco anda berminat.

Untuk pengetahuan anda, volume data diberikan tu adalah limit data plan tu dan jika data tu habis digunakan, anda mungkin akan dikenakan caj internet seperti biasa.

Bagi WAP dan video streaming seperti youtube, pastikan lihat di website untuk pastikan kerana segala info dalam jadual tersebut hanya info dijumpa di laman telco dan dari pengalaman pengguna blackberry.

Harap membantu anda dalam pemilihan telco untuk blackberry plan BIS anda.

33 thoughts on “Plan BIS prepaid DiGi, Hotlink, TuneTalk, Celcom, U-Mobile”

  1. i will choose U Mobile.

    U Mobile is offering unlimited BIS & unlimited data promotion.
    For Monthly plan offering 500MB Data and we can use it for anything :) includes YouTube.

    1. thanks py..actually, at first i don’t understand it. From the table, it said that all daily, weekly and monthly get unlimited BIS but then, i understand what it mean. So u mobile give promotion for unlimited bis but after the promotion, for monthly they offering 500MB data. So for u mobile, RM25=500Mb + youtube. Digi, RM25=500Mb. Digi better than u mobile…hahaha

    1. Maxis memang mahal. saya akui juga tu. Digi pula memang murah tapi di tempat saya, takda line 3g digi. sebenarnya, saya kongsi dulu ni sebab nak beli bb tapi sampai sekarang tak beli2..penulis jena yang dapat beli dulu.

  2. Infinite Blackberry Internet Service

    Hanya RM100, anda kini boleh menikmati pakej BIS tanpa had untuk Blackberry anda!

    Apa yang anda perlu ada?
    Hotlink Prepaid Service yang berdaftar sahaja. (Postpaid tidak boleh)
    Semua jenis Blackberry 2G ataupun 3G

    Tidak perlu lagi anda risau untuk top up kredit semata mata untuk servis BIS yang agak mahal daripada Maxis.

    Tiada lagi potongan kredit secara tiba tiba ataupun tempoh tamat untuk BIS anda.

    Perlu diingatkan, tempoh penggunaan BIS adalah Unlimited kerana settings untuk no telefon anda telah ditukar di sistem dan beberapa perubahan settings pada Blackberry anda akan dilakukan untuk servis ini berjaya.

    Apa yang anda perlu lakukan?
    Hanya berikan nama penuh (seperti di dalam IC) & nombor telefon anda

    Anda akan di guide melalui phone call sahaja untuk melaksanakan perubahan settings pada Blackbbery anda.

    Apa yang bakal anda peroleh?
    Akses tanpa had untuk melayari internet . . .
    E-mail: Hotmail, Gmail etc.
    Social networking: Facebook, Twitter, Myspace etc.
    Chatting: Blackberry Messenger, Yahoo Messenger, Google Talk, ICQ etc.

    KECUALI video streaming: Youtube, Metacafe, Veoh etc.

    Jika terdapat sebarang bentuk kemusykilan mengenai servis ini, sila hubungi saya:
    BB PIN : 23715E68

    1. betul ka ni? tak pernah dengar pun..susah nak caya la sebab rm100 seumur hidup..pastu unlimited lagi..sori..tapi takpa, nanti saya tanya kawan saya kalau dia berminat..saya takda bb..

    2. boleh caye ke ni? kalo betol, saye mmg nak sangat.. sbb rm100 unlimited seumor hidop mmg untong sangat la.. :P

      1. tak pcye jgn buat, yg nak buat ni org2 yg open minded n berani tanpa was2…so klu bro ade ciri2 tu…add la bb pin ni 23715E68 sbgai langkah pertama :)

  3. sorry, nak tnya.. kalau guna digi for samsung galaxy utk internet.. worth x? i guna maxis skrg, n sgt2 mahal =.=”

    1. Saya pun tak berapa pasti sebab saya belum kaji lagi plan android, tablet dan sebagainya selain dari bb. Tapi mengikut pengetahuan saya, selain bb, tiada plan yang tersendiri. Macam bb ada plan BIS tapi smartphone lain guna plan internet telefon. Dan kalau tak silap, plan internet yang paling murah bagi prepaid, celcom.

      Ini kalau tak silap, saya tak kaji lagi. Takpa, lain kali, saya akan kaji juga plan internet smartphone lain. Memang dalam pemerhatian saya juga tu nak kaji smartphone lain.

      Harap ini dapat membantu. :)

    1. Bagi saya u-mobile the best untuk plan bis di banding dengan digi. Tapi itu cuma dari plan yang saya tengok di internet. jadi pengalaman sebagai pengguna, kawan-kawan saya pun takda guna u-mobile. jadi saya tak berani kata u-mobile patut menjadi pilihan. Untuk plan bis digi, setakat ni ok. terbaik la.

      Eh, awak macam tau-tau ja saya kat seremban sekarang. erm, untuk line 3G seremban, saya tak tahu. Kalau awak nak tahu, awak boleh cek di internet. cari di google line coverage digi. digi ada website untuk coverage line dorang. harap ini membantu anda.

        1. Itu yang saya tak pasti tu. Sori. Ana try la U-mobile. Paling bagus, masa ana beli nombor u-mobile tu tanya la dulu line 3G ada ke tak. Bukan apa, kalau takda line 3G pun takpa, tapi internet BIS tu lambat la. Ana try la. Nanti apa-apa ana beritahu saya. Manatau saya pun nak beralih ke u-mobile. hehe

  4. Saya nak tanya nieh psal bis celcom ngan digi. Saya takfaham la, ape beza kalo utube tue tick ato tidak? New user. Kalo boleh Akan dtg bwat la tntng pelan android :)

    1. Maksud youtube kena tick tu boleh akses youtube guna plan bis tanpa pelan internet. Sebenarnya untuk youtube celcom dan hotlink tu saya tak berapa pasti sebab tiada terma yang kata tak boleh akses youtube. U-mobile boleh akses youtube tapi dalam waktu promosi. Saya tak berapa nak pasti la tentang youtube tu. Hotlink tu saya tick sebab kawan saya guna bb, boleh akses youtube. tapi guna application la bukan dari browser bb. Paling senang cakap kan, jadual yang saya berikan, apa yang di tulis di website tu juga, bukan 100% betul.

      Untuk pelan android mungkin lain kali saya akan buat. tapi saya rasa tak perlu kot. sebab smartphone selain blackberry semuanya guna plan internet telco bukan ada plan sendiri macam plan bis. Takpa, saya cuba kaji dulu. Nanti ada masa, saya kongsikan ya.

  5. Saya nak tanya nieh psal bis celcom ngan digi. Saya takfaham la, ape beza kalo utube tue tick ato tidak? New user. Kalo boleh Akan dtg bwat la tntng pelan android :) .

    1. Saya minta maaf di atas kelewatan saya membalas komen ni. Saya baru aktif balik blogging. Apa yang di tick tu sebenarnya boleh.Tapi untuk bahagian youtube saya kurang pasti plan nya sebab saya buat plan youtube tu atas dasar kawan guna tanpa penolakan kredit. Tapi kalau mengikut plan sebenar, tak boleh. Cuba tanya telco yang awak guna, mungkin dorang dapat bantu.

      Saya memang ada rancang nak buat pelan untuk android dengan iphone sekali tapi mungkin untuk digi saja. sebab yang lain tu mahal. Tapi takpa, saya akan cuba kumpulkan macam perkongsian ni.

      Minta maaf sekali lagi lambat balas komen.

  6. yang membezakan pilihan kita akhirnya adalah coverage…bergantung lokasi mana anda berada.

    kalau di bandar, tak perlu pening kepala nak pilih tetapi kalau dipinggir bandar , coverage ( liputan ) telco juga perlu diambil kira.

    1. betul tu, kalau quota yang di berikan banyak tapi line internet lambat, tak guna juga. Macam saya guna digi tapi tempat ni tiada 3G, terpaksa guna GPRS ja.

  7. hai.. tgh google2 psl bb jumpa blog ni..
    saja nk share yer..
    saya pengguna umobile dr xde smartphone lg.. now dah pakai s2, umobile sgt worth it.. tp lau tgok youtube, jap je data abis.. tp xpelah, sbb jarang tgok youtube..
    tp ada kawan pakai umobile utk bb, dia kata murah.. so, saja nk merasa pakai bb..
    bukan untuk downgrade, tp x salah mencuba kan??
    akn dtg sini lagi utk carik info ttg bb..
    hope akan sentiasa ada info yg akn dikongsi..
    tq

  8. wlpn daa bca artikel ni still x faham…sy tgh pki bis plan kat celcom untk sminggu…klu kta daa pki abis data yg dbg,dy ad potong krdt x?sbb so far x dpotong lg(maybe sbb krdt tnggl rm2 hehe)…tkut klu nnt daa top up trus dimkn kredit :(

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>