Pencapaian dan Pendapatan Blog

Segala pencapaian dan pendapatan blog khususnya internet umumnya akan disemadikan di laman ini sebagai kenangan terindah tak terlupa.

Pencapaian blog ini tidak seberapa dibandingkan blogger otai yang mendapat pelbagai anugerah tapi pencapaian ini boleh dijadikan nisan pengabdian jika lupa dimana usulnya.

Disamping itu, ia membuktikan bukan saja boleh meraih pendapatan melalui blog, laman ini boleh jadi pemangkin semangat blogger baru ingin menjana pendapatan sampingan.

Pertandingan menulis artikel Farhan Syah

Pertandingan Pelancaran Blog Perniagaan Internet bercorakkan SEO dengan menggunakan pelbagai kata kunci seperti perniagaan internet dan SEO yang di anjurkan oleh Farhan Syah. Bertanding dengan entri bertajuk SEO blog? Blogger tolong jangan belajar SEO dan memenangi tempat kedua. Berjaya memenangi wang tunai berjumlah RM130.[1]

Cabutan bertuah dan Pendapat terbaik Eizil.com

Eizil.com telah menganjurkan blogging contest besar-besaran pada penghujung tahun 2012. Penulisan dan pendapat terbaik di samping menganjurkan pertandingan referral terbanyak dan cabutan bertuah. Banyak pengalaman yang saya dapati melalui pertandingan ini.

Melalui tiga tugasan yang diberikan, mempertandingkan tiga entri iaitu

  1. Tujuan blogging dan pengalaman sebagai Blogger Malaysia
  2. Impian dan Perancangan Blogging dalam 3 Tahun
  3. Cadangan dan Kritikan untuk menambah baik Eizil.com

Berjaya memenangi RM30 dan ebuku 37 Teknik luar biasa hapuskan masalah kekeringan idea yang ditulis oleh Firdaus Latib untuk cabutan bertuah.[2] Saya juga telah berjaya memenangi kategori penulis pendapat terbaik sekaligus memperolehi hadiah RM30 dan ebuku panduan kewangan.[3]

Pendapatan Blog dan Internet

Pertandingan penulis komen terbanyak di blog lain banyak di lakukan oleh blogger. Saya telah memenangi penghargaan RM10 bagi komen terbanyak pada bulan Oktober 2012 di blog Cik Tom. [4]

Mendapat USD0.50 kerana memberi komen terpantas.[5]

Berjaya mendapat RM5 melalui iPanel Online iaitu kajian pemasaran melalui survey.


1. http://www.blog.farhansyah.com/pemenang-pertandingan-menulis-artikel-1
2. http://www.eizil.com/pemenang-cabutan-bertuah-dan-penulis-pendapat-terbanyak/
3. http://www.eizil.com/kalah-menang-adat-pertandingan/
4. http://www.ciktom.com/top-10-commentators-september-and-oktober-2012/
5. http://zulseffort.com/apa-nak-buat-kalau-modal-promosi-usd1-sebulan/