PbeBank online Malaysia lagi bagus

Assalamualaikum dan selamat malam. Sibuk sikit sekarang bermain dengan WordPress Database Table. Sekarang ni tengah bersihkan entry table untuk wp_options pula. Ada masa akan dikongsikan cara saya buat ya. Kembali pada tajuk, hari ini saya pergi Public bank nak deposit tunai atau lebih biasa di sebut cash deposit. Perkhidmatan yang ada amat mengecewakan.

Pbebank online

Dari lima mesin cash deposit hanya dua yang berfungsi. Paling mengecewakan bukan seorang dua yang menunggu giliran. Setiap mesin pula ada 4 5 insan yang setia menunggu giliran. Dalam hati masa tu, PbeBank online banking lagi bagus. Tak perlu berbaris. Tak perlu fikir duit boleh kena terima ka tak. Tak perlu la nak memandu jauh-jauh. Tapi hati mesti bersabar. Ujian Allah pergi bank tak solat isyak dulu.

Sebenarnya saya ada akaun PbeBank internet banking. Tapi dah lama sangat tak guna, setengah tahun rasanya. Buat akaun pun sebab tempat kerja part-time dulu guna Public Bank. Akhirnya lupa password. Sampai sekarang nak pergi cawangan Public Bank tapi malas. Salah sendiri. Dah alang-alang cerita tentang online banking, mari saya kongsikan sedikit kelebihan ada akaun internet banking ni.

Kelebihan buat akaun Internet Banking

Sebenarnya sangat banyak kelebihanya. Tidak semestinya anda mesti selalu shopping online atau bina perniagaan internet baru kena buat akaun internet banking. Antara kelebihannya untuk bank-in :

  • Tidak perlu buang masa mencari mesin cash deposit. (Termasuk cari parking dan sebagainya)
  • Jimat minyak. (Bergantung jarak tempat tinggal dengan bank)
  • Jimat tenaga tak perlu memandu.
  • Jimat masa tak perlu berbaris.
  • Tak perlu fikir duit rosak atau duit tak boleh diterima.

Itu antara kelebihannya. Sebenarnya banyak lagi kelebihan tapi apa yang pasti setiap orang pasti selalu nak bank-in, mungkin bagi anak duit belanja, mungkin bayar hutang kawan, dan pelbagai lagi.

Tapi mesti terfikir, takkan takda caj kan? Sebenarnya memang ada tapi cuba bandingkan dengan kos minyak, masa, tenaga seperti kelebihan di atas. Mana lebih jimat. Kebiasaanya, caj untuk transfer dua tiga hari bekerja dalam lingkungan RM0.50 – RM1.00. Caj untuk instant transfer pula biasanya RM2.00. Untuk transfer charges CIMBclicks. Untuk Maybank2u kalau tak silap mahal sikit. RM2.50 kot. Minta maaf saya buat lagi akaun Maybank2u. Akaun Maybank pun tiada.

CIMB transfer charges

Kalau buat akaun public bank yang menariknya kita melabur dengan public bank gold investment. Saya tak pernah cuba lagi pelaburan emas ni tapi dari bacaan, kebanyakan kata Public Bank Gold Invesment paling bagus. Minta maaf kalau salah bagi info. Masih belum khatam bab pelaburan emas ni.

PbeBank Online Malaysia

PbeBank ni sebenarnya saya pasti mana satu laman yang sebenarnya. Kalau dari google macam-macam website public bank kita akan jumpa. Pbebank Hong Kong, Public Bank Islamic. Tapi yang paling mengelirukan antara dua website ni.

PbeBank online banking

PbeBank Online Banking

Public bank internet banking

Public Bank Internet Banking Malaysia

Public Islamic bank Malaysia

Public Bank Islamic Malaysia

Link pertama dengan kedua hampir sama ja kan interface nya. Susah nak agak mana satu. Tapi dulu saya bila nak login pbebank, login guna link pertama. Itupun sebab dah bookmark.

Sekuriti Online Banking

Ramai yang takut nak buat online banking sebab utama takut kena godam atau biasa di sebut hack. Tidak di nafikan memang perbankan online ni kena berhati-hati. Sebenarnya tak perlu perbankan online pun kena berhati-hati. Untuk sekuriti online banking ni antaranya :

  • Jangan buka link dari emel, messenger dan sebagainya. Sebaiknya kali pertama buka akaun tu, terus bookmark. Bila buka akaun online ja dari bookmark. Kalau nak buka dari emel, tengok address bar. Ini orang panggil phishing.
  • Jangan buka akaun guna komputer sharing seperti cyber cafe atau laptop kawan. Sebabnya takut di dalam laptop di masukkan keylogger untuk mengambil password.
  • Tukar password paling kurang sebulan sekali. Sebaiknya seminggu sekali.
  • Password jangan terlalu mudah di agak. Biar pelik. Contoh password senang di agak dengan meletakkan maklumat dalam password seperti nama, hari jadi, mykad dan sebagainya. “naziman843563″. Buat password biar pelik. Contoh “n13ja4f8″. Kalau takut lupa password, mungkin entri ni dapat membantu. Tips Sekuriti : Macam mana nak ingat password?
  • Selalu padam cookie dalam browser.
  • Tips berjaga-jaga dengan penipuan dan hack

Apa perbankan online pilihan anda?

Sekarang ni sangat banyak perbankan online contohnya Pbebank, Maybank2u, CIMBclicks. Eh, rasanya semua bank Malaysia sekarang dah boleh perbankan online kan? Pilihan saya cuma ketiga-ketiga yang saya sebut tadi dengan paypal. Sebab paling utama, kemudahan yang ada. Dan yang kedua, ramai yang gunakan ketiga-ketiga bank ni untuk perbankan online jadi mudah la nak berurusan.

Apa pula pilihan anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv