Al Quran

Naziman ada blog bha kan?

“Naziman ada blog bha kan?” antara persoalan ditimbulkan oleh sahabat lama setelah hampir dua tahun dan lebih tidak bertemu.

“Lama juga rasanya tak buat entri baru atau jenguk blog tu.” monolog dalaman.

Balik rumah, membuka arkib blog dan memandang entri terakhir dua bulan lalu, 16 April 2013 “Seruan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) Menjelang PRU-13 Malaysia”.

“Tidak, ini bukan entri tapi entri copy paste mengajak ummah menjadi muslim yang beriman menjelang pilihan raya yang akan datang.”

21 December 2012 “Durian Crepe yang sangat mengiurkan” membawa nostalgia kali pertama merasai durian crepe bersama ibubapa dan kali terakhir berkongsi di blog peribadi ini.

“lama tuan blog ni ilang, mana pegilah merajuk ka ;)” Teringat pula seorang blogger wanita yang hebat dan saya hormati, Akma Omar memberi komen pada bulan Mac 2013.

Walaupun blog naziman.com tidak diisi dengan entri terbaru tapi sesekali, blog ini ditinjau juga pada bahagian komen, update upgrade plugin, masalah teknikal dan sesetengah bahagian lain supaya blog ini boleh berjalan dengan lancar tanpa ada masalah.

Setengah tahun, satu masa yang agak lama untuk biarkan rumah kosong tanpa penghuni dan penjagaan. Banyak emel dan komen minta bantuan terutama berkaitan lupa username, password, security question saya tolak dengan baik. Notis sudah diberi.

Enam bulan, jari jemari tidak menari-nari di atas papan kekunci laptop Durabook yang berusia hampir enam tahun ini. Hanya sesekali kedua-dua ibu jari menari di atas skrin EEE Pad Asus Transformer.

Entri ini tidak menjamin perjalanan blog usang yang telah lama ditinggalkan ini akan berjalan seperti biasa tapi ia menjamin satu titik permulaan Islah dan Tajdid di blog Naziman Azlye 2.0 yang diberi nama.

Al Quran

Marilah menjadi insan acuan Al-Quran dan Sunnah.

Marilah mengejar cita-cita menjadi ulul albab.

Marilah membaca bahan yang bermanfaat sebagai rutin harian.

Marilah mengangkat kalimah “Tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.

(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.  (Ibrahim 14:52)

18 thoughts on “Naziman ada blog bha kan?”

  1. Betul… Lama dah tuan menghilang… Rasa rindu nak baca blog Tuan… Tetapi sekiranya tuan ada pelaburan ilmu yang lebih baik lagi… Teruskanlah…. Setiap apa yang kita lakukan, kita niatkan untuk pelaburan akhirat… Insya Allah…

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>