Modal ikan kecil untuk ikan besar

Saya baru baca satu ebook yang sangat menarik. Simple tapi padat(STP). Ayat yang mudah di fahami. Ebook ikan kecil untuk ikan besar ni saya kenal dari bro zuls. Ebook ni di tulis oleh Raja Kamil. Saya kenal Raja Kamil dulu sebelum saya blogging sebab ebook Formula Rahsia Jana Wang Fiverr tu saya dah lama nak beli nak try formula tu kat Fiverr. Lepas ni saya akan selalu jenguk blog Raja Kamil sebab nak belajar dari orang berpengalaman jana pendapatan online.

Ebook ni sebenarnya sesuai sangat bagi orang yang nak buat duit, tak kira online atau tidak. Boleh di aplikasikan. Orang kata, ilmu jangan di tolak. Bala jangan di cari. Ebook yang mempunyai 11 mukasurat ni memberi pengajaran melalui kisah Atan menangkap ikan tanpa umpan.

Cerita pendek ikan kecil untuk ikan besar

Ada seorang mamat ni, nama dia Atan. Satu hari, Atan ingin pergi memancing di sebuah lubuk yang terkenal dengan saiz ikan yang besar-besar. Namun, Atan, tidak mempunyai umpan yang sesuai untuk ikan-ikan besar itu. Dia hanya ada cacing sahaja sebagai umpan. Itu pun dia korek daripada tanah di belakang rumahnya.

Nak dijadikan cerita, Atan memasang 3 joran berumpankan cacing tu. Dekat 1 jam menunggu, ketiga-tiga joran tadi mengena. Dapatlah anak ikan. Atan bersyukur. Nampaknya, bolehlah dia teruskan strateginya. Dengan anak ikan tadi, dia kemudiannya BERJAYA menangkap ayah ikan (lagi besarlah). Kemudian, dia gunakan ayah ikan itu untuk menangkap datuk ikan (super besar). Tersenyum Atan. Siapa sangka dengan berumpankan cacing, boleh bawa balik datuk ikan?

Pada mulanya saya salah faham cerita tu, sebab saya sangkakan Atan masih mempunyai modal. Tapi hakikatnya Atan tidak mempunyai apa-apa untuk memancing, jadi dia menggunakan apa yang ada untuk dijadikan modal dengan korek tanah di belakang rumah. Cerita ni hampir sama dengan cerita seorang budak dengan epal. Saya lupa cerita sebenarnya macam mana. Kalau tak silap, seorang budak yang tidak mempunyai apa-apa, tapi dia dapat sebiji buah apel. Dia jual buah epal tu, dari hasil jualan dia beli dua biji epal. Begitulah seterusnya sehingga dia dapat buka satu ladang epal.

Sekarang anda nampak walaupun tanpa modal, kita masih boleh berjaya. Bezanya lambat atau cepat. Semakin tinggi modal, semakin tinggi risiko tapi jika ada rezeki semakin tinggi juga hasil pulangan. Kemungkinan bila Atan terus memancing tali putus, atau umpan habis di makan tanpa dapat apa-apa, atau itu saja hasil yang Atan boleh. Itu sinopsis cerita tu.

Tapi anda kena baca ebook ni sebab ada banyak lagi pengajaran yang boleh di terima. Cuba fikirkan kenapa Atan tak teruskan saja memancing untuk dapat moyang yang lagi besar? Sedangkan dia boleh memancing lagi untuk dapat pulangan yang lagi besar. Nak tahu jawapannya boleh download ebook ni secara percuma.

Download Ebook ikan kecil untuk ikan besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv