World Shoppers Link

Menjana Pendapatan mudah dengan klik?

Saya terjumpa satu laman macam menarik menjana pendapatan mudah hanya dengan klik iklan. Saya tak pasti betul ka tak, legit atau scam kurang pasti juga tapi saya dapat maklumat dari seorang blogger yang telah berjaya jana pendapatan dari laman tersebut. Konsep yang di guna, Paid to Click atau ringkasannya PTC.

Banyak lagi program jana pendapatan dengan Paid to ni. Paid to review, Paid to promote, Paid to post dan banyak lagi. Jadi dalam post bukan nak cerita tentang jenis program begini tapi nak kongsikan berkenaan menjana pendapatan dengan klik dari laman World Shoppers Link. Sebelum tu mari kita tengok iklan promosi yang saya jumpa. Saya edit sikit dari promosi asal sebab tulisan asal semua huruf besar dan supaya sesuai dengan blog ni.

World Shoppers Link

Promosi menjana pendapatan dengan klik di World Shoppers Link

Anda ingin buat part time gaji bulanan antara RM350 – RM3,000 sebulan? Saya share apa yang saya buat dalam WORLDSHOPPERSLINK.

Tugas anda hanya klik iklan-iklan yang dipamerkan untuk mendapatkan pendapatan internet.

Daftar pakej Rhodium (Modal RM2450). Saya klik 10X iklan dalam WORLDSHOPPERS dalam seminggu. Komisen klik dibayar USD8 per klik bermakna seminggu dapat USD80 kalau sebulan USD320 dalam setahun ada 52 minggu bermakna USD80 seminggu X 52 minggu = USD 4,160 ( RM 13,312 Setahun / 12 Bulan ) = RM 1,110 / sebulan.

Kemudian, saya daftar 2 akaun lagi pakej Rhodium atas nama saya dalam 7 hari dah ada pulangan komisen = USD 581 (RM 1,859.20 ). Jadi modal sebenar : RM 7,350 – RM 1,859.20 = RM 5,490.80. Gaji bulanan dari klik 3 akaun Rhodium = RM 3,330.00.

Nota : Pendapatan klik adalah bergantung pada pakej dan jika tidak melakukan kerja tiada upah/komisen diberi oleh WSL. Simulasi pendapatan adalah berdasarkan pakej. Jika modal kecil upah komisen diterima pun kecil serendah USD 0.40 per klik. Komisen yang diterima boleh digunakan untuk beli emas sebagai pelaburan atau simpanan. Berbaloi tak?

Promosi asal : Klik untuk jana pendapatan
Kalau anda baca rasa tertarik tak? Secara jujurnya saya tak tertarik langsung sebab Paid to Click atau PTC ni dari 100 hanya 10 ja legit. Yang lain scam. Adakah anda rasa World Shoppers Link salah satu dari 10 tu atau salah satu dari 90? Laman ni baru 3 4 bulan lepas naik. Jadi kepercayaan yang ada susah nak kata. Review pun kurang. Saya bagi satu laman yang promosi laman World Shoppers Link. Apa dia kata? kenapa kita mesti buat WorldshoppersLink? Nampak macam 10 M pula.

10 sebab jana pendapatan melalui WorldshoppersLink

  1. Mudah – Hanya dengan menyebarkan website kita sudah boleh mendapat NETWORK dari seluruh MALAYSIA dan DUNIA..Tak perlu bawa PRODUK ke hulu hilir..DEMO sana sini..Alaf baru ini buat duit dengan PERKHIDMATAN atau SISTEM sahaja.
  2. Murah – Kos running bisnes jadi murah! Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar pergi menaja jauh-jauh.Jadi jimat petrol, tol ,makan-minum & sewa hotel…Modal MURAH serendah RM175, semua orang mampu..
  3. Masa – Tidak perlu membuang masa di restoran nasi kandar tanpa tujuan yang jelas..menunggu prospek umpama bulan jatuh ke riba..Kekadang yang ditunggu tak kunjung tiba dengan pelbagai alasan. Malah terpaksa mendengar cerita-cerita yang tidak berfaedah bagi dirinya hinggakan susah untuk balik ke rumah.
  4. Menerima – Prospek sukar menolak konsep perniagaan kita. Prospek menyertai kita dengan rela hati, tanpa paksaan untuk mengiklan servis atau produk mereka.Jika tak ada apa nak iklan..tak mengapa..klik dan lihat saja iklan orang lain..Siapa yang tak nak wang dengan kerja yang paling mudah! Klik-Klik Dapat Duit..
  5. Minat – Bukan semua orang minat MLM atau network marketing. Hanya uplineyang fanatik gila saja yang akan menceritakan inilah satu-satunya perniagaan yang sangat hebat. Lebih teruk lagi kalau dia asyik condemn sumber rezeki orang lain. Ingatlah, yang memberi rezeki adalah Allah SWT.
  6. Miskin – Kalau kita hutang keliling pinggang, WorldshoppersLink adalah satu cara untuk kita selesaikan hutang dengan cepat !Adakah anda kini bebas dari sebarang hutang ?
  7. Malam – Bukan semua orang suka keluar waktu malam . Lumrah alam..di mana malam sebenarnya adalah untuk masa untuk beristirehat bersama anak isteri di rumah.
  8. Malu – Ramai orang berasa malu untuk berniaga secara berdepan. Di sini anda tidak lagi akan malu kerana anda tidak perlu jumpa orang..SEMUANYA ONLINE!!
  9. Masyuk – WorldshoppersLink dapat memberikan sumber pendapatan ke 2 secara pasif. Anda klik iklan saja..anda dibayar serta merta, walau TANPA MENAJA.Sangat sesuai untuk 80% Cool Market yang tak suka menaja.Program Kumpul Dana untuk beli Emas,bayar duit insuran,takaful atau untuk modal perniagaan.
  10. Meyakinkan – Penyampaian kita belum tentu orang lain boleh faham. Di sini, kami permudahkan kerja anda.WEB PROMOSI ini dibuat khusus untuk mereka yang tidak pandai meyakinkan prospek..CLOSING ONLINE!!!

Laman asal : 10 sebab mengapa kita mesti buat WorldshoppersLink ???

Betul ka? Tapi sebenarnya masih kurang percaya lagi tapi saya kenal laman ni dari satu blog yang telah menjana pendapatan dari laman ni. Boleh baca di bukti jana pendapatan di World Shopper Link. Walaupun bukan link referral tapi masih ragu-ragu sebab tiada bukti yang kukuh, hanya penulisan kegembiraan buat duit dari laman tu. Jadi untuk memudahkan anda semua saya akan bagi sedikit data tentang laman ni.

Review World Shoppers Link

Menjana Pendapatan dengan Klik

Whois domain

Registered through: GoDaddy.com, LLC (http://www.godaddy.com)
Domain Name: WORLDSHOPPERSLINK.COM
Created on: 18-Mar-12
Expires on: 18-Mar-14
Last Updated on: 18-Mar-12

Registrant:
Eric B. Johnson
17a East Parade
Leeds West Yorkshire
West Yorkshire, LS1 2BH
United Kingdom

Administrative Contact:
Johnson, Eric B.
17a East Parade
Leeds West Yorkshire
West Yorkshire, LS1 2BH
United Kingdom
+44.7024017063

Technical Contact:
Johnson, Eric B.
17a East Parade
Leeds West Yorkshire
West Yorkshire, LS1 2BH
United Kingdom
+44.7024017063

Domain servers in listed order:
DAN.NS.CLOUDFLARE.COM
IVY.NS.CLOUDFLARE.COM

Di sini kita boleh tengok ada reputasi sedikit dengan dua sebab satu laman ni aktifkan domain untuk dua tahun. Bagi domain yang mendaftar hanya setahun, itu amat mencurigakan. Domain ni baru lebih kurang 7 bulan. Jadi reputasi masih belum boleh di percayai sepenuhnya.

Review

Laman ni belum ada review secara terperinci. Dua cara mudah kalau nak tak tahu program tu legit atau scam. Google “nama program atau syarikat” + “scam atau legit atau mana-mana kata kunci yang berkaitan” atau + “review”. Setakat ni review yang ada belum cukup untuk melabur di laman tersebut.

Ranking Alexa, pagerank, compete dan quantcast

Alexa global : 44,958

Alexa Malaysia : 223

Pagerank : 0/10

Compete : Tiada data

Quantcast : Minta maaf, internet lambat jadi tak dapat tengok ranking quantcast.

Kenapa saya tengok ni semua? Untuk compete pastinya susah sebab data untuk US. Pagerank tu saja ja sebab bulan lepas tak silap ada update pagerank. Alexa rank sebab nak tahu berapa banyak trafik yang jenguk-jenguk. Nampaknya banyak juga yang jenguk.

*****

Sebenarnya banyak lagi cara nak tengok laman ni mempunyai reputasi yang baik atau tidak tapi kerana internet yang lambat dan saya pun tak berminat nak ikut serta laman ni. Jadi cukup la secara dasar. Bagi saya, saya takkan melabur RM 3k untuk ikut serta. Mahal. Tapi dia kata banyak jenis pakej. Jadi bagi sesiapa yang banyak modal boleh cuba atau yang betul-betul ingin cuba boleh ambil pakej kecil. Kalau betul laman ni legit membayar, boleh upgrade pakej dan review kongsikan pengalaman anda.

Saya bukan nak jatuhkan laman tersebut tapi cuma nak bagitahu berhati-hati. Ingat tiada jalan mudah mencari wang tapi ada jalan untuk cari wang.

31 thoughts on “Menjana Pendapatan mudah dengan klik?”

  1. Setiap perkara yang memerlukan modal besar perlu kita kaji dengan lebih mendalam untuk mengelakkan kerugian, jangan terlalu cepat percaya atau tertarik dengan pulangan bulanannya, sebab perkara sebegini tiada jaminan akan berfungsi selama-lamanya, sedangkan syarikat pengiklanan biasa pun (nama dirahsiakan) ada yang tidak berjaya membuat bayaran kepada ahlinya, begitu juga laman-laman sebegini.

    1. Betul tu bro, kalau perlu modal besar ni, kena berhati-hati. Sebaiknya kena kaji betul-betul tapi kita tak boleh juga semua laman itu sama. Kita kena jadikan laman yang lama tu sebagai rujukan dan pengajaran untuk masa depan. Mungkin laman ni boleh dipercayai, sudah kebiasaan orang yang kita baru kenal, kita kena berhati-hati.

      Bagi saya, kalau nak cuba dengan laman begini, biarlah mencuba yang tak rugi banyak sangat. Jangan kerana kita sudah di kaburi mata, kita terus tak nampak yang baik buruk.

  2. apa2 pun aku akan tengok review ramai org sebelum mengambil langkah untuk masuk program2 mcm ni, lebih2 lagi kalau kta perlu keluarkan modal

    1. Bagus juga tu bro, kalau takut keluarkan modal, boleh cuba tengok jatuh dan naik dari pengalaman orang lain dulu. Kalau dah mula percaya, bro boleh cuba dari modal yang kecil. Bila dah banyak untung dari laman tu, guna kan separuh keuntungan untuk program modal yang lebih besar.

  3. berkemungkinan spam! saya ada juga terjumpa ni di FB baru2.. tapi saya tidak mengendakannya.. dulu pernah kena sekali. hati2 kepada semua.. good review bro.

  4. kawan aku baru aje tanya untuk kepastian benda ni ok ke tak? aku tak kata apa. Cuma aku rasa benda ni tak tahan lama. Paling jahat pun setahun dua. Kalau bertahan lama..ada orang tak buat kerjalah. haha..

    so..fikir bebaik. benda ni OK kalau takde yang mengacau bagi orang yang rasa OK. Tapi kalau tanya aku. Aku rasa korang tahu jawapan aku. Malas aku nak tulis kat blog aku. Kalau aku tulis..mesti banyak komen dapat nanti.

    1. Saya pun rasa benda ni memang takkan tahan lama. Sekarang ni memang kebiasaan benda tengah hangat, untuk dapat kepercayaan orang lain lagi. Biasalah tu.

      Tapi tak boleh juga pandang serong terus. Bagi saya, kalau saya boleh percaya laman ni, saya akan keluarkan modal kecil. Kalau dah banyak untung dari laman tu, 50% – 70% dari keuntungan saya akan laburkan untuk modal yang lebih besar. Jadi tak rugi sangat, kalau tutup pun, duit dorang juga. tapi masalahnya saya tak percaya laman ni. hahaha

  5. Pada saya benda ni bermusimlah. Lama2 akan senyap begitu sahaja.

    Tapi sayangnya pasti ramai yang akan terjebak. Nak2 mereka yang masih tercari2 jalan untuk dapatkan income secara online.

  6. saya x oin lagi, kawan kawan saya dah join, apa yg saya boleh kata, memang terbukti mereka dapat duit, tp perlu ingat, program mcm ni ada had dan tempohnya, apa yg saya boleh kata ianya bertahan utk 2 tahun, kalau x silap saya lah

    1. haha. betul tu, bagus main iklan percuma kan. Tak la rugi mana, rugi pun rugi masa ja. Kalau modal besar begini, bukan saja rugi masa, rugi duit kalau kena tipu.

  7. Berhati-hati..nak Cuba dgn modal kcil x Salah. Tapi saya suke berniaga Ada barang… Org beli sy poslaju item..walaupun sedikit..tapi ..bertahan sampai hari ini..

    Banyak..jalan..buat duit online.. Lelong,mudah,eBay,fb ,blog perniagaan ,website
    Dll lagi…

    1. Saya tak percaya sangat jana pendapatan klik dengan konsep PTC macam world shoppper link ni. Betul cakap awak tu, banyak jalan sebenarnya, affiliate, klik churp-churp, pendekkan url, blogging, servis, banyak lagi sebenarnya. Tapi biasanya orang nampak jalan mudah dan pantas macam program worldshopper link ni. Bila tertipu walaupun dah dinasihat kemudian kata jana pendapatan internet ni tipu, scam. Itu yang menjatuhkan reputasi perniagaan online.

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>