Cara mudah edit gambar free online tanpa software

Saya tahu banyak orang yang suka edit gambar sendiri. Tak kiralah edit gambar kita menjadi kartun, ataupun hanya untuk menambah effect-effect yang boleh membuatkan gambar kita menjadi cantik.

Oleh itu, saya ingin berkongsi laman web yang boleh anda semua gunakan untuk edit gambar anda tanpa menggunakan software photoshop, picasa atau sebagainya. Semuanya percuma dan online. Orang melayu kata, percuma.

1) Edit gambar online guna BeFunky.com

Saya suka menggunakan BeFunky.com kerana saya boleh memilih pelbagai effect yang boleh dikenakan pada gambar seperti vintage, cartonize gambar atau video, dan sebagainya. Anda boleh mencuba sendiri di BeFunky.com

Ini adalah contoh video yang telah di edit menggunakan BeFunky.com

2) Edit gambar menjadi kartun

Bagi yang suka mengedit gambar sendiri menjadi kartun, anda boleh ke cartoon.pho.to ataupun cartoonize.net


Anda boleh mengedit gambar tanpa menggunakan software dengan menggunakan ketiga-tiga laman web di atas.

3) Edit gambar muka menjadi Tua

Anda boleh melihat muka tua anda di In20years.com

Edit gambar muka guna XiuXiu Meitu Software

Namun, bagi yang berminat untuk mendownload software yang terbaik untuk edit gambar selain daripada photoshop, anda boleh mendownload Meitu Xiu xiu photo Editor

Software ini hanya ada dalam bahasa cina. :) Tetapi, bagi saya, software ini adalah yang terbaik di bandingkan photoshop, gimp, picasa dan yang software-software picture editor yang lain.

Saya ada kongsikan cara edit gambar guna XiuXiu Meitu Software. Sekali dengan cara download dan install XiuXiu Meitu Software. Saya harap perkongsian tersebut dapat membantu.

Setelah mencuba mana-mana picture editor di atas, sila la komen untuk memberi feedback anda. Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv