Men In Black 3 Movie Review – Movie Terbaik
Men in Black 3 dikeluarkan pada 25 May 2012 di pawagam. so, 26 hb tu memang dah pergi tengok. Sangat rugi kalau tak tengok lagi movie ini.
Men in Black 3, Agen Kay (Tommy Lee Jones) dan Agen Jay (Will Smith) adalah penangkap makhluk asing di bumi. Men in Black yang pertama sangat memberangsangkan. Movie tersebut lawak, dan berjaya.
Men In Black yang kedua kurang sedikit. Namun, Men In Black yang ketiga berjaya menarik semula penonton kerana agak sedikit pelik, namun sangat lawak. Kadang-kadang ada juga scene yang sedih. Men In Black yang ketiga ini menceritakan tentang Agen Jay yang terpaksa kembali ke masa lalu iaitu 1969 untuk menyelamatkan Agen K. Agen K kembali ke masa lalu dengan untuk menentang Boris the Animal. Boris the Animal ini ingin kembali ke masa lalu untuk membunuh Agen K yang berada di 1969 kerana telah menyebabkan dia di penjara.
Dalam 1969, Agen K dan Agen J bekerjasama menumpaskan Boris sebelum masa depan berubah. Di dalam waktu tersebut, Agen J dapat mengenali Agen K dan dapat mengetahui rahsia yang selama ini disimpan oleh Agen K. Apa dia? Jom tonton. Movie ini sangat worthy untuk di tonton. :)



