Sudirman Memang Nasib Aku Penganggur

Memang Nasib Aku Penganggur

Rakan-rakan seperjuangan dalam menuntut ilmu dulu pasti kenal salah sebuah lagu menjadi halwa telinga di dalam sebuah bilik empat segi berhawa dingin dan alat pembesar suara pula sebagai dadah mengkhayalkan. Itulah dia lagu aku penganggur nyanyian seorang lagenda iaitu Allahyarham Sudirman.

Sudirman – Aku Penganggur

SUDIRMAN – AKU PENGANGGUR (HQ Audio)

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Dikala sana mengubah wadah perjuangan daripada robot kepada orang dijadikan bahan mainan, ada juga seronok bermain wayar sementara menunggu waktu pengajian, seorang lagi perantau serata tanah semenanjung lelah temuduga, saya pula disini kekal dengan gelaran Penganggur.

Jika diukur jangka waktu tanpa kerja dan menuntut ilmu secara formal, tempohnya mencecah setahun. Tetapi jika diukur daripada kekangan yang ada, serasa saya tempohnya tidak selama itu. Cuma dua bulan lebih setelah masalah masa, tempat dan kenderaan selesai.

Dari Perlis ke Melaka.
Dari Melaka ke Johor.
Pusing-pusing Johor Melaka.
Pusing-pusing Melaka Perlis.
Negeri Sembilan pula perhentian.
Penerbangan Borneo dari Semenanjung.

Meskipun cuma alasan kerana malas mencari kerja tetapi tidak dinafikan ia juga punca pengangguran selama ini. Bagaimana ingin mencari kerja jika tempat tinggal tidak menentu, kenderaan pula penambah bebanan.

Sudirman Memang Nasib Aku Penganggur

Waima tiada pekerjaan, kekosongan jarak waktu tidak diboroskan sewenang-wenangnya menunjukkan pengangguran ini baik natijahnya jika dipandang pada sudut berlainan.

Jika dulu benci membaca bahan ilmiah, sekarang cinta pada pada buku berilmu.

Jika dulu seratus untuk sehari, sekarang seratus bertahan untuk berbulan-bulan dengan kos keperluan yang sama.

Jika dulu agama, sejarah, politik, ekonomi, kewangan, bahasa, tercampak hingga hilang identiti diri, sekarang ia menjadi hidangan bacaan dan amalan setiap hari.

Debu blog yang semakin menebal pula tidak sedikitpun mengecewakan. Ada juga pendapatan memenuhi dompet walaupun tidak diusahakan hampir setahun. RM100 RM200 sangat banyak jika dibandingkan habuk blog yang tebal ini. Mungkin juga benih tanaman dahulu baru menampakkan hasil setelah putus asa menunggu buah menjadi ranum.

Pastinya dengan penjanaan pendapatan ini menjadikan perasaan bercampur baur dalam diri. Gembira kerana blog ini memberikan hasil tanpa keringat, dan menyesal kerana masa terluang tidak diusahakan agar mendapat habuan lebih besar.

Ini padahnya masa tidak diuruskan dengan baik. Jadual sudah siap dibina tetapi disiplin pula lemah mengikut binaan.

Maka, mulai hari ini. Jadual lama patut dirombak semula kemudian berdisiplin mengamalkan jadual baru.

Anak muda, sedarlah
Orang islam, sedarlah
Emas itu masa!!!

13 thoughts on “Memang Nasib Aku Penganggur”

  1. 2 hari lepas saya menjadi panel penemuduga. Apa yang dikesalkan yang hadir ambil sikap acuh tak acuh sahaja. Kalau diri sendiri tidak mahu tolong sendiri macam hendak bantu. Bayang sesi temuduga yang pendek menentukan layak diambil bekerja atau tidak. Kalau gagal menawan hati panel rugi dan membuang masa mentelaah walaupun keputusan Dean’s list.

  2. Saya tidak pasti samada istilah penganggur itu adalah merujuk kepada anda atau cuma satu kisah seorang penggangur..apapun jgn putus asa insyaallah pasti ada rezeki

  3. insyallah.. ada rezeki pastinya akan datang.. yang penting dah berusaha… aku doakan semoga lekas dapat kerja… tak pun sekurang2nya.. murah rezeki,.,,

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>