Masa bukan emas. Masa Berharga daripada Emas.

Masa bukan Emas. Masa Berharga daripada Emas

1. “Masa itu emas” ialah kata-kata hikmat yang biasa kedengaran sejak kecil lagi. Dengan menggunakan gaya bahasa yang sama, kita juga biasa mendengar ayat “masa itu duit (time is money)” pada mulut peniaga dan usahawan. Ayat tersebut bermaksud bahawa masa bukanlah emas tetapi nilai masa itu hampir sama dengan nilai emas.

2. Emas mungkin antara benda paling mahal di dunia ini tetapi ia tidak menentukan berharganya emas tersebut. Jika diberi pilihan antara nikmat mata dengan emas, kemungkinan besar kita akan memilih mata daripada emas. Emas simpanan kita yang banyak sanggup dileburkan supaya dapat melihat. Ia menunjukkan harganya emas relatif dengan benda pembandingnya.

3. Emas juga berbeza-beza nilai penerimaan berdasarkan keperluan seseorang. Jika diberi emas kepada orang yang kaya-raya, nilai emas bagi mereka mungkin lebih rendah berbanding fakir miskin melihat nilai emas. Orang di bandar juga melihat nilai emas berbeza dengan orang asli tinggal di pedalaman melihat nilainya emas.

4. Masa adalah salah satu ciptaan Allah yang hebat. Masa juga adalah makhluk Allah. Dalam al-Quran banyak ayat-ayat Allah yang bersumpah dengan masa dan pelbagai waktu seperti demi masa (Al-‘Asr 103:1) , fajar (Al-Fajr 89:1) , dhuha (Adh-Dhuha 93:1) , siang dan malam (Al-Lail 92:1-2). Allah juga bersumpah dengan sesuatu yang berkaitan dengan masa seperti bulan dan matahari (Asy-Syams 91:1-2). Ibadat yang merangkumi rukun Islam juga banyak berkaitan dengan masa seperti solat, puasa, zakat dan menunaikan haji. Betapa Allah sangat mengutamakan masa walaupun Allah sendiri tidak terikat dengan masa.

5. Secara peribadi, saya tidak dapat membayangkan bagaimana hidup kita tanpa masa. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan kita tanpa kosa kata seperti “sebelum, sedang, selepas, semalam, hari ini, esok……”. Dalam fizik dan kejuruteraan juga menjadikan saat (second) sebagai asas unit SI bagi masa (time). Bagaimana kita boleh mengira kelajuan tanpa masa seperti “km/h, m/s2……”. Saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana membuat perjanjian dan pertemuan tanpa masa kerana perjanjian dan pertemuan sangat berkait rapat dengan masa. Dan banyak lagi kehidupan seharian kita yang berkait dengan masa.

6. Masa amat berharga tetapi tidak semestinya akan dihargai. Nyawa amat berharga tetapi berapa ramai yang tidak menghargai nyawa mereka dan merosakkan diri mereka dengan merokok dan ada juga dengan jelas membunuh diri. Ilmu juga amat penting bagi mengetahui betapa bernilainya masa. Seorang kanak-kanak tujuh tahun dan lelaki tua 50 tahun diberikan nilai wang ringgit yang sama, mereka akan menyalurkan duit tersebut di tempat yang berbeza-beza berdasarkan sistem nilai masing-masing. Sistem nilai yang berbeza memberikan output yang berbeza.

7. Saya membuat kesimpulan, manusia masih boleh hidup tanpa emas tetapi belum tentu boleh hidup tanpa masa. Masa berharga daripada emas. Masa tidak memerlukan manusia tetapi manusia amat memerlukan masa. Masa itu nyawa. Tanpa masa tiada istilah umur. Menghargai nyawa dengan menghargai masa. Menghargai masa dengan meningkatkan kualiti kehidupan seharian. Kuantiti masa tidak boleh dipanjangkan tetapi kualitinya boleh dipertingkatkan.

“Waktu adalah kehidupan. Kehidupan manusia adalah waktu yang dilaluinya dari mulai ia lahir sampai ia meninggal dunia” – Hasan Al Banna


Tulisan asal disiarkan pada 20 Mac 2015 di https://www.facebook.com/NaZmanAzlye/posts/1564155790505080

2 thoughts on “Masa bukan Emas. Masa Berharga daripada Emas”

  1. Terima kasih kerana mengingatkan saya betapa pentingnya pengurusan masa. Tanpa pengurusan masa yang bijak dan bersistematik, kita mungkin tidak mampu menjadi seorang hamba allah yang patuh dan taat kepada suruhannya. Jadi kesimpulannya, pergunakanlah setiap masa yang kita ada untuk membuat amalan kebajikan dan kebaikan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>