Layari Internet guna Handphone sebagai Modem berbaloikah?

Ini sebenarnya implikasi pada komen dalam entri pengalaman guna broadband SKMM Celcom. Dalam entri tersebut, ada komen dari bro berkenaan layari internet guna handphone sebagai modem. Memang tertarik dengan cara yang di kongsikan. Tapi berbaloikah guna handphone sebagai modem untuk layari internet?

Handphone Sebagai Modem

Tip guna handphone sebagai modem dari komen

Jadi sebelum tu, Saya akan kongsikan cara yang di gunakan. Seperti biasa akan di edit komen tersebut supaya bersesuaian dengan penulisan blog naziman.com. Yang pastinya saya tahu bro ni orang Sabah juga dari twitter dia. haha

*****

Sekarang harga dealer jual sim SKMM Celcom jumpa RM75.

Ada cuba tanya kat Celcom Center tapi tiada, dorang kata dah habis. Tak tahu bila akan keluar lagi. Tanya kat kedai-kedai biasa, dorang kata sim pek Broadband SKMM ni ada jual masa promosi-promosi tertentu seperti mana TM Streamyx juga. TM Streamyx ada buat promosi 1Malaysia RM68 / Bulan untuk 1mbps bagi purata pendapatan isi rumah RM1500 kebawah.

Oh ya, saya tak pernah cuba lagi tapi rasanya boleh di kongsi kot.

Saya selalu guna pakej broadband mingguan Celcom RM18 guna handphone ja. Guna handphone Sony Ericson J108I, simkad Celcom 128bit. Saya ambil pakej 1 minggu. Tempat saya tuh ada dapat line HSDPA. Sepanjang hari pertama hingga la hari yang terakhir tak pernah dapat line lambat walaupun buka browser dan aplikasi internet lain banyak-banyak termasuk youtube. 1 cukup 1 komputer. Saya sharing dengan laptop kawan hingga la hari terakhir. Had penggunaan muat turun yang saya guna untuk 1 minggu tuh sahaja dah sampai 4GB++++.

Kira susah la juga nak SMS dan call kalau sim dan handphone di guna sebagai broadband modem. Jadi, saya beli la 1 Modem broadband Celcom 7.2mbps dan 1 simkad Celcom 32bit. Macam biasa ambil pakej Rm18 / 1 minggu. Ceh, hampa. Hari pertama dan kedua masih ok dengan kelajuan tapi masuk hari ketiga hingga hari terakhir semua hampeh. Dalam 1 minggu tu rasanya kuota yang saya dapat guna lebih kurang 1GB saja. Nak tengok youtube pun takda mode pula nak tunggu loading. Nak download line macam siput di tambah lagi dengan failed download. Nak sharing dengan kawan, tambah lah lambat.

Saya tak tahu dimana silapnya, sama ada di sebabkan saya menggunakan simkad kadar bit rendah. Ada juga tanya Celcom center nak upgrade simkad 32bit ke 128bit tapi sekarang macam takda stok sim 128bit. Yang ada hanya 64bit. Jadi saya tak jadi upgrade. Atau juga penggunaan modem broadband yang menyebabkan line menjadi limited. Saya takda guna handphone sebagai modem dengan simkad 32bit sebab kat setting handphone takda keluar pilihan nak pilih line 3G only kalau guna sim 32bit.  yang ada hanya GSM dan GSM dan 3G. Sim 64bit boleh pilih 3G only untuk dapat line 3G saja. Kenalah setkan 3G only.

Saya sarankan korang cuba guna handphone sebagai modem broadband kalau nak dapatkan kuota unlimited dengan kelajuan yang maintain. Kalau sim korang 32bit, pergi Celcom Center upgrade ke 64bit – 128bit. Cakap ja sim hilang, bayar RM5 ja pun. Saya cadangkan korang beli handphone Sony Ericson J108 cedar untuk jadi modem. Tak payah cari yang baru, beli ja yang secondhand. RM110 pun boleh dapat.

Sony Ericsson Cedar J108i
GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 – 48 kbps
EDGE Class 10, 236.8 kbps
Speed HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 2 Mbps
WLAN No
Bluetooth Yes, v2.1 with A2DP
USB Yes, microUSB v2.0

Kelajuan download pun dah macam modem Huawei, 7.2mbps. Kalau kedai tak bagi micro usb, kenalah keluar bajet RM7 untuk beli USB kabel. Kalau tak mampu juga, on ja bluetooth kat handphone. Sambungkan handphone guna bluetooth dan pastikan handphone mengecas ya kalau guna bluetooth. Takut nanti tengah korang syok-syok download fail 5GB, download jadi error disebabkan handphone shutdown low battery.

Selamat mencuba.

Korang cuba la ya.

*****

Memang tertarik dengan dengan cara ni tapi ada sedikit yang merunsingkan. Rasa macam tak berbaloi. Ok sekarang kita tengok dari baik buruk. Oleh kerana pernah guna juga handphone sebagai modem tapi line internet tidak memuaskan, jadi ambil kira apa yang bro tu kata ja.

Kelebihan guna Handphone sebagai Modem

  1. Unlimited kuota
  2. Line internet yang laju
  3. Walaupun sharing tidak mengganggu kelajuan internet untuk download.
  4. Boleh guna di mana-mana
  5. Handphone pun ada internet

Kekurangan guna Handphone sebagai Modem

  • Handphone tak berfungsi untuk SMS dan Call.

Oleh kerana tak terfikir benda lain nak tambah kekurangan sebab fokus buat post ni kelebihan kekurangan dari segi kos tapi masih memadai dengan kelajuan, kuota dan lain-lain.

Berbaloikah guna handphone sebagai modem?

Kita masuk isi utama, berbaloikah guna handphone sebagai modem? Untuk bandingkan kos bajet kita lihat pada kelebihan guna handphone sebagai modem. Mengikut kelebihannya, sememangnya hanya boleh di bandingkan dengan modem portable atau broadband.

Kos dan bajet guna handphone sebagai modem

Handphone atau modem: RM 110 / Seumur hidup

Kos Internet (Celcom): RM18 / Seminggu = RM72 / Sebulan

Data kuota : 1GB / Seminggu = 4GB / Sebulan

Upgrade sim (Tambahan) : RM5

Kabel USB (Tambahan) : RM7

Jumlah : RM182 / 4GB / Bulan pertama

Jadi perbandingan hanya untuk bajet kos broadband dalam lingkungan RM55 – RM90. Boleh tengok gambar data plan broadband mobile internet untuk celcom.

Mobile Internet Plan Celcom

Perbandingan kos dan bajet broadband lain

U Mobile Broadband

Tengok postpaid plan untuk U-mobile broadband yang lain.

Data kuota : 5GB / Sebulan

Kelajuan : 7.2 Mbps

Kos bayaran : RM68 / Sebulan

Activation : RM100

P1 ToGo Plan

Tengok plan untuk P1 yang lain.

Kelajuan : Unlimited

Data Kuota : 6GB / Sebulan

Activation : RM100

Kos bayaran : RM69 / Sebulan

Postpaid Broadband Digi Plan

Tengok plan Digi internet yang lain.

Kelajuan : 3.6 Mbps

Data Kuota : 3GB / Sebulan

Activation : RM100

Kos bayaran : RM63 / Sebulan

Promosi digi, Bayaran RM53 / Sebulan, kuota 4GB sehingga 31 Disember 2012.

*****

Perbandingan Plan InternetBanyak lagi telco lain tapi saya pilih plan yang bersesuaian dengan kelebihan kekurangan kos guna handphone sebagai modem. Rasa-rasa apa saya akan pilih? pastinya akan di pilih P1 ToGo. Dengan jumlah kesemuanya , RM169 / 6GB / Bulan pertama di banding mobile internet RM182 / 4GB / Bulan pertama. Kalau beli telefon murah pun, guna sim telco lain, tetap banyak kekurangan di banding guna P1 ToGo.

Satu kelebihan guna handphone sebagai modem di banding dengan P1 ToGo, coverage telco seperti Celcom lebih luas di banding Coverage P1. Tapi kalau di banding guna broadband pun, tetap di kira mahal dan banyak kekurangan.

Jadi apa pendapat anda pula, adakah layari internet guna handphone sebagai modem berbaloi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv