Lajukan blog minify HTML, Javascript dan CSS tanpa plugin

Tak tahu nak kata apa sudah, saya sendiri betul-betul terkejut dan gembira sebenarnya. Saya selalu lajukan blog ni dengan minify cara manual. Tapi bila buka GTMetrix atau google page speed online, masih ada amaran minify html. Jadi saya pun tak dapat nak buat apa la sudah. Tapi terima kasih jumpa satu blog yang memberi cara mudah nak lajukan blog blog. Yang bestnya cara intert3chmedia ni minify HTML, Javascipt dan CSS tanpa plugin. Ya tanpa plugin.

Kenapa kena kurangkan penggunaan plugin?

Sebab plugin ni ada yang lambatkan blog dengan tambah fail CSS. Sebaiknya fail CSS ada satu ja dalam satu blog. Contoh plugin tambah CSS ni, plugin commentluv. Saya pernah cuba gabungkan dua fail ni, dari segi blog tu tiada masalah, tapi tak jadi. Ada juga yang tambah javascript atau kod-kod lain. Ada plugin guna table database terlalu banyak. Contoh plugin SEO SearchTerms Tagging 2, atau mana-mana plugin yang banyak logs dan stats.

Apa itu minify?

Secara ringkasnya minify ni bagi meringkaskan kod CSS, Javascript dan HTML di blog kita. Contoh kod HTML kita dari 100 line jadi 1 line. Jadi browser pun cepat nak download fail blog kita. Sebab lebih ringan. Mungkin fail asal 150kb jadi 100kb. Kebaikan minify ni untuk lajukan blog bagi pelawat pertama datang blog tanpa cache.

Cara minify secara manual

Saya tahu ramai pengguna plugin wordpress W3TC Total Cache, saya juga salah satu. Tapi nak tanya kalau kat google page speed, ada tak amaran minify HTML? Saya ada. Saya dah setting habis dah plugin tu, tapi tak tahu la apa masalahnya. Nasib baik la cache dan gabungkan minified CSS dan Javascript tu tetap menjadi.  Kalau tak, dah lama buang.

Nak minify secara manual mudah ja untuk CSS dan Javascript sebab ada website compressor. Untuk minify CSS. Untuk minify JS pula. Untuk HTML, caranya senang ja. Pergi kat theme editor buang line kosong yang tidak guna, buang line komen. Kena hati-hati, takut terpadam kod penting. Keburukan cara ni, nanti bila nak edit tema atau nak tambah kod apa-apa, susah nak tahu kat mana. Terpaksa guna CTRL+F. Ini yang saya biasa buat. Tapi apa yang tak menjadinya, cara ni tak minify widget dan fail lain yang tiada di theme editor.

Lajukan blog minify HTML, Javascript dan CSS tanpa plugin

Ok, akhirnya tiba masa yang di tunggu. Sebelum tu apa peningkatan yang di buat pada blog ni? Mari kita tengok.

Lajukan blog di GTmetrix

Blog ni selalunya dapat 98% ja kat page speed grade tu, yang lain susah sikit nak baiki. Tahu cara minify HTML ja. Dah cuba secara manual tapi masih keluar amaran tu. Ini lepas minify HTML guna tanpa plugin. Jangan hirau sangat tentang load time dan page size sebab tu tak menentu. Lagi iklan di blog ni rotate setiap masa.

Kalau nak tengok kelajuan blog, saya biasanya guna GTmetrix atau pingdom ja. Kalau nak bandingkan dengan pesaing blog lain. Saya guna GTmetric dengan Which Load Faster.

Sebelum minify blog

Sebelum minify tanpa plugin. Cuba tengok tu, 94 line. Banyak tu. Antara penyebab makin banyak line tu sebab Top commentator widget.

Selepas minify tanpa plugin, 14 line ja. Banyak bezanya kan. Nampak kat line 11 tu? itu kod yang akan keluar kalau minify guna kod ni berjaya.

Caranya mudah saja. Copy kod ni (kod), lepas tu paste di function.php anda. Ingat jangan ambil pembuka dan penutup php. Pembuka dan penutup php tu dah ada dalam function.php. Mudah saja kan? Boleh tunggu kejap. Kalau blog anda ada cache.  lepas tu boleh buka blog anda dan cuba right click > page source. Tak pun CTRL+U. Anda akan lihat macam dalam gambar ketiga pada line 11 tu kat bawah sekali.

Itu saja, harap membantu. Terima kasih lagi sekali kepada intert3chmedia kerana telah membantu hilangkan belenggu irama di minda nak lajukan blog.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv