Koleksi lagu 60an pop yeh yeh

Lagu 60an Pop Yeh Yeh terbaik Koleksi saya

Sebenarnya tak pasti juga lagu-lagu ni 50an ka 60an ka 70an. haha. Siapa sangka orang muda macam saya suka lagu 60an kan? Kalau karaoke pun mesti ada terselit lagu lama. Kalau bukan lagu Jamal, lagu 60an. Sebelum ni karaoke lagu rock lama. Sekarang ni penat dah menarik lagu tinggi-tinggi. Bawa lagu lama ja. Sedap ja nyanyi di rasa walaupun tak sedap.

Jamal Abdillah Raja Pop
Kredit Jamal Abdillah tampil dengan album baru – Raja Pop 2

Kalau tak minat lagu 60an ada yang minat lagu Jamal Abdillah? Awal tahun ni Jamal Abdillah ada buat konsert amal kat seremban. Kalau minat Jamal, boleh la karaoke sama-sama nanti lagu Jamal. haha. Banyak lagu 60an saya ada dalam laptop tapi bukan semua juga selalu di pasang. Saya paling suka suara Jeffrydin. Lembut ja.

Kalau bawa karaoke lagu 60an lain sikit, tak macam lagu sekarang. Tempo lambat, sempoi ja kan. Macam biasalah Pop yeh yeh. Dulu suka masa kristal bawa lagu 60an. Sekarang ni suka penyanyi asal la pula. Mari tengok koleksi pilihan lagu 60an saya.

Koleksi terbaik lagu 60an saya

  1. A. Halim – Kesah Dan Tauladan
  2. A. Ramlie – Kenangan Mengusik Jiwa
  3. A. Romzie – Lagu Tiga Kupang
  4. A. Romzi – Zunika
  5. A Rahman Hassan – Tak Mengapa
  6. A Rahman Onn – Si Cincin Emas
  7. A Ramlie – Hidup Bersama
  8. A Ramlie – Kasih Tak Sudah
  9. A Ramlie – Oh! Fatimah
  10. Aziz Sattar – Bila Mama Pakai Celana
  11. Hussein Ismail – Tersenyum
  12. J. Sham – Mencari Sinar Bahagia (Lagu Baru)
  13. Jeffrydin – Bibir Mesra Jiwa Parah
  14. Jeffrydin – Dendang Remaja
  15. Jeffrydin – Kasih Berduka
  16. Jeffrydin – Kenanganku
  17. Jeffrydin – Malam Pasar Ria
  18. Jeffrydin – Menanti Dinda
  19. Jeffrydin – Merindu Kasih
  20. Jeffrydin – Oh Salina
  21. Jeffrydin – Sengsara
  22. Jeffrydin – Seruling Anak Gembala
  23. Jeffrydin – Siti Haida
  24. Jeffrydin – Termenung
  25. Jeffrydin – Yale Yale
  26. J Rukiman – Ikan Todak
  27. J Sham – Resam Dunia
  28. Kassim Selamat – La O Be
  29. Kassim Selamat – Nga Lompak Ago Go
  30. L. Ramli – Ayah Ku Kawin Lagi
  31. L. Ramlie – Dara Pujaan
  32. M Bakri – Pelita Hati
  33. Orkid Abdullah – Dendang Kayangan
  34. S. Jibeng – Selamat Tinggal Pujaan
  35. S. Jibeng – Terimalah Lagu Ku
  36. Salim I – Pujaan Hatiku
  37. Saloma – Mengapa Dirindu
  38. S Jibeng – Selamat Tinggal Pujaan
  39. Zam Zam – Setahun Tak Jumpa Sesaat Tak Lupa

*****

Banyak lagu Jeffrydin kan? Sebenarnya bukan semua lagu asal Jeffrydin, ada sesetengah dari album 14 Lagu Pilihan Jeffrydin Penghargaan Artis 60an (2004). Banyak album lagu lagi saya ada, lagu nostalgia klasik. Lagu pujaan pop popular 60an. Kepada pembaca ada yang minat lagu 60an juga? Cuba cadangkan sikit lagu lama yang lain. Kita sama-sama pop yeh yeh bha.

Iya pula siapa yang nak download atau dengar lagu 60an, boleh download di Kelab irama 60an seMalaysia atau Lagu 40AN 50AN 60AN 70AN , khas untuk peminat lagu-lagu lama. Banyak lagi di Jiwang.org pun ada. Kebanyakan format mp3 juga. Lagu lama macam 60an ni susah nak jumpa sekarang ni. Kalau ada untuk download di internet pun tak berkualiti lagunya. Kalau nak beli CD lagu-lagu 60an, boleh beli di Asia Home CD koleksi lagu 60an. Kebanyakan harga RM12.90. Kalau tak pun cuba dengar radio Sinar FM. Banyak lagu lama. Best radia ni kalau layan.

Lagu 60an Video Muzik Nostalgia Sinar FM
Kredit Sinar FM – Muzik Retro Terbaik

Agak-agak kalau saya upload video saya berkaraoke lagu 60an, ada ka juga yang nak tengok? hahahahaha

39 thoughts on “Lagu 60an Pop Yeh Yeh terbaik Koleksi saya”

  1. Aku nak kata minat lagu-lagu 60an ni, tak juga, tapi memang ada beberapa lagu yang syiok gak layan bila karaoke (dah lama tak gi karaoke). Tak sangka abang kita ni peminat lagu-lagu macam ni, selalu aa ni layan karaoke kat bilik sendiri ni erk… hehehe

    1. Kadang2 kita tak sedar lagu yang ada sekarang sebenarnya lagu lama dengan nafas baru. Macam lagu yale yale, tiada lagi, tidak mengapa. banyak lagi.

    1. Jeffrydin tu sedap suara nya. Lembut ja. Macam lagu album penghargaan 60an dari jeffrydin tu, kalau banding suara dan nyanyian dengan penyanyi asal, sungguh syahdu dengar jeffrydin nyanyi. hehe

    1. Menyakitkan telinga tu ikut orang bro, ada orang sakit telinga dengar lagu pop. ada pula orang sakit telinga dengar lagu metal. Bagi saya lagu sakit telinga tu lagu disco.

  2. saya ni lagu lagu 60 an kurang tahu sangat, kalau radio main pon saya cuma tahu lagu tersebut tapi x tau tajuk dan x tau siapa penyanyi tersebut

    1. hahaha. iya bro. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terjebak dengan lagu 60an ni. Orang biasa minat lagu main maju, saya makin mundur pula, makin minat lagu lama. haha

    1. hahaha. la o be ya. Saya pun kurang faham lagu la o be, tak tahu bahasa apa. Bahasa jawa kot. hehe. Banyak komplikasi sudah lagu la o be tu, xpdc pun ada nyanyi.

      1. Setahu saya lagu La O Be tu lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Bawean. Memang Kassim Selamat banyak menyanyikan lagu-lagu bawean atau Boyan. Antara lainnya Mak Iti Mak Ila tapi maknaya saya pun tak tahu..

  3. Saya turut memilikki koleksi lagu-lagu 60an. Diantaranya lagu dari nyanyian Abas M.Amin & Les Quentet dari Kluang, Johor yang popular dengan lagu Merindu.Selain tu ada juga lagu-lagu yang jarang kedengaran di corong radio seperti Chahaya Harapan nyanyian M.Fadzil & Les Coasters dari Pontian. Boleh hubungi saya jika berminat. tq.

    1. Wah banyak lagi lagu-lagu 60an yang best. Nanti nak cari la, kebiasaanya saya main download ja. hehe. Biasa kalau radio saya selalu pasang radio klasik tak pun sinar fm kalau nak dengar lagu lama ni.

  4. Saya masih teringat sewaktu berada di luar rumah arwah datuk dan nenak saya sewaktu usia lebih kurang 6 tahun. Lagu yang kedengaran ketika itu adalah Setahun Tak Jumpa Sesaat Tak Lupa dendangan Zam Zam & The Twillights…Begitu juga sewaktu saya menziarahi ibu saudara yang sakit di rumahnya di Tg.Keling, Melaka…lagu yang berkumandang ketika itu adalah Kesah Dan Tauladan dendangan A.Halim & D’Fictions, Aduh…banyak sungguh kenangan lampau…

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>