Kod negeri kelahiran di Malaysia
Senarai kod negeri kelahiran ni saja nak kongsikan. Banyak gunanya kalau kita tahu kod negeri kelahiran sebenarnya.
Mungkin malu nak tanya kawan anda asal mana, tapi ternampak borang ada nombor mykad atau tertengok mykad dia. Kalau kita tahu kod negeri ni, senang la nak tahu.
Bagi yang nak bekeluarga pula, nak nombor mykad anak lawa-lawa. Jadi boleh la tengok nombor mana di negeri mana, lepas tu boleh la rancang sembilan bulan. Haha. Tapi itu cuma rancangan, hanya tuhan menentukan.
Kalau nak ingat mykad orang pun senang. Kenapa? Kalau dah tahu asal sabah contohnya, pasti nombor 12, jadi cuma perlu ingat empat nombor belakang.
Banyak lagi kebaikannya sebenarnya, dan itu semua terpulang kepada individu.
Asal Sabah rupanya Mr. Bean kan. Yang bertanda merah tu contoh terletaknya kod negeri kelahiran dalam Malaysia.
Senarai kod negeri kelahiran
| Johor | 01, 21, 22, 23, 24 |
| Kedah | 02, 25, 26, 27 |
| Kelantan | 03, 28, 29 |
| Melaka | 04, 30 |
| Negeri Sembilan | 05, 31, 59 |
| Pahang | 06, 32, 33 |
| Pulau Pinang | 07, 34, 35 |
| Perak | 08, 36, 37, 38 , 39 |
| Perlis | 09, 40 |
| Selangor | 10, 41, 42, 43, 44 |
| Terengganu | 11, 45, 46 |
| Sabah | 12, 47, 48, 49 |
| Sarawak | 13, 50, 51, 52, 53 |
| Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) | 14, 54, 55, 56, 57 |
| Wilayah Persekutuan (Labuan) | 15, 58 |
| Wilayah Persekutuan (Putrajaya) | 16 |
| Negeri Tidak Diketahui | 82 |
Maklumat lanjut, sila layari laman Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
Sebenarnya, saya pelik dengan setiap kod negeri kelahiran sekarang ni sebab kebiasaanya, kod negeri yang mula-mula tu saja biasa di gunakan. Contoh macam sabah, 12. Kelantan, 03. Perak, 08. Jadi, apalah gunanya kod-kod yang lain. Menjadi persoalan bagi saya.
Mengikut dari mulut ke mulut, ada yang mengatakan perbezaan jantina boleh di lihat melalui empat nombor mykad di belakang tu. Contoh nombor mykad (860212-12-0222), 0222 angka genap, bermakna perempuan. Kalau angka ganjil pula bermaksud lelaki.
Saya pun tak tahu berapa peratus betul fakta tu, sebab saya pernah juga dengar perempuan angka ganjil di hujung nombor mykad tu. Tapi kebanyakannya, memang angka ganjil tu lelaki, angka genap tu perempuan. Untuk kepastian, boleh tanya orang JPN.



