Kita ini tetamu senja - A. Samad Said

Kita Ini Tetamu Senja – A. Samad Said

SAJAK TETAMU SENJA ~ A.SAMAD SAID

Utusan Zaman
13 November 1955

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya.
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan.
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan.

Bila kita lihat manusia lupa tempat
atau segera sesat puja darjat puja pangkat
segera kita insaf – kita ini punya kiblat,
segera kita ingat – kita ini punya tekad.

Bila kita lihat manusia terbiar larat
hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
harus kita lekas sedar penuh pada tugas
harus kita tegas sembah seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang sekali bawalah bakti padat berkat!


1. Video : http://www.youtube.com/watch?v=wm_vKff_5e0
2. Puisi : Dharmawijaya. A. Samad Said. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2005
3. Gambar : http://vie29mei.wordpress.com/2012/08/11/senja-menguning-tentangmu/

3 thoughts on “Kita Ini Tetamu Senja – A. Samad Said”

  1. memang kita semua tetamu senja, bila-bila masa kita akan dijemput mengadap DIA. Mudah-mudahan kita sentiasa di dalam rahmatNYA… amin

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>