Belajar Perkara Teknikal

Kenapa kita perlu Belajar Perkara Teknikal?

Assalamualaikum dan selamat malam pembaca.  Di pagi hari ini, mungkin ada yang dah bangun siap-siap nak pergi kerja, ada yang lepas solat subuh tidur balik, ada yang menghadap laptop mencari maklumat atau blogwalking. Yang blogwalking tu, mari baca sedikit pengalaman dan pendapat saya tentang perkara teknikal ni.

Belajar Perkara Teknikal

Bagi saya, tidak kira blogger atau peniaga internet seharusnya perlu belajar tentang perkara teknikal ni terutama yang bergerak secara individu. Tapi kenapa? Sebelum tu lebih molek saya ceritakan pengalaman saya dulu.

Pengalaman 1 – Kehilangan segala-galanya

Hal ni berlaku sewaktu baru 2 3 bulan bertatih dalam dunia blogging. Secara ringkasnya kerana mengikut kata hosting provider upgrade wordpress. Setelah hilang segalanya-galanya, terpaksa bermula dari bawah semula. Padahal ketika itu, ada cara untuk dapatkan balik apa yang masih tertinggal.

Pengalaman 2 – Gambar 403 error

Ini sebenarnya pertama kali berlaku, gambar semuanya 403 error. Oleh kerana ada bro kita ni yang sangat baik hati untuk membantu pada keheningan pagi. Akhirnya masalah selesai yang berpunca dari hotlink protection dari cPanel.

Berlaku lagi kedua baru-baru ini tapi dapat di selesaikan dengan segera.

Pengalaman 3 – Blog jadi blank

Pernah di kongsikan tentang blog jadi blank dan ServerFreak dan Saleiz webhosting telah banyak membantu dalam selesaikan masalah ni. Kemungkinan punca masalah kerana bermain dengan plugin.

Pengalaman 4 – Terpadam folder wp-content

Sesiapa pengguna wordpress pasti tahu, folder wp-content terletaknya gambar, plugin dan tema. Silap sendiri juga tapi alhamdulillah tidak berlaku kehilangan apa-apa, cuma bertambahnya pengalaman dan terpaksa memberikan masa lebih untuk uruskan gambar dan tema.

Pengalaman 5 – Lain-lain yang pernah di kongsi di blog

Begitulah serba sedikit pengalaman saya berkaitan masalah teknikal. Oleh kerana saya selalu bermain dengan plugin, mencuba plugin, godek tema, kacau sana sini sebenarnya banyak lagi pengalaman dan cerita tapi hanya kecil-kecilan. Yang mampu diselesaikan dalam beberapa jam dengan pertolongan enjin carian dan support forum. Tapi empat pengalaman inilah yang memberi impak yang sangat besar pada saya dalam dunia blogging.

Sesiapa yang sentiasa follow blog ini, pasti tahu saya sedang berjinak-jinak dengan wordpress database, phpMyAdmin, cPanel, dan MySQL sekarang ni. Target saya tidaklah menjadi pembangun laman web profesional, cukuplah sekadar cukup makan, ada masalah mudah boleh buat terus tanpa SOS atau menunggu penyelesaian dari hosting provider.

Nak tahu kenapa perlu belajar perkara teknikal? Artikel SEOmoz tentang Internet Marketer sebaiknya belajar perkara teknikal mungkin serba sedikit akan dapat membuka mata kita kelebihannya. Penulis artikel tersebut dahulunya developer juga, sekarang dah jadi internet marketer. Yang menariknya artikel tu, diberikan sekali sumber dan artikel yang dapat membantu kalau nak belajar perkara teknikal seperti gambar di bawah ni.

Teknikal Marketer

Ok pendapat saya pula. Pertama sekali menjimatkan masa. Tidak dapat disangkal lagi, jika berlaku masalah teknikal beberapa tempat kita akan pergi untuk menyelesaikan masalah. Enjin carian, forum support, hosting provider, laman sosial, sahabat, atau pembangun laman web profesional.

Tapi masalahnya disini, tuah tidak semestinya dengan kita, mungkin beberapa jam atau hari baru dapat jawapan. Hosting provider pula, sebaik mungkin support hosting provider membalas tiket kita, penyelesaian mungkin tidak akan dapat sekelip mata. Kita pula ternanti-nanti jawaban, walhal jika kita uruskan sendiri kemungkinan sudah selesai masalah.

Kedua jimatkan kos. Isi yang hampir sama seperti diatas tapi dari aspek dan sudut yang berlainan. Sebagai contoh kita ingin membuka satu blog WordPress, kalau kita tak tahu kemungkinan kita akan putus asa untuk blogging atau upah pembangunan laman web. Hakikatnya, membuka satu blog wordpress boleh dibina dalam beberapa minit (Install wordpress) saja.

Sebenarnya banyak kelebihan dan kekurangan juga kalau kita tiada latar belakang dalam programming nak bertatih lagi berlajar database, PHP, CSS, HTML ni. Salah satu keburukannya, mungkin tidak sesuai bagi orang yang sudah bekerja atau ingin buka satu perniagaan internet dan mahukan pelancaran secepat mungkin. Mungkin lebih sesuai dengan mengupah orang lain.

Tapi kalau kita tahu perkara teknikal, itu boleh di anggap satu bonus sebenarnya. Saya bagi contoh mudah ya. Sebagai contoh laptop kita ada masalah. Kalau kita tidak tahu cara baikinya, jalan paling mudah kita pergi kedai suruh baiki takpun minta tolong kawan baiki. Situ ada kos sebenarnya. Kos masa perjalanan, kos upah baiki lagi dan kos masa menunggu.

Kalau kita upah orang, kadang-kadang nak itu ini tambah kos. Tak pun, kadang-kadang kita nak modify sesuatu tapi tidak seperti yang kita ingini. Selerakan tak sama.  Kemungkinan lain pula seperti tikus membaiki labu.

Bagai Tikus Membaiki Labu

Bila kita baiki laptop kita sendiri, dari rumah kita dah boleh baiki sendiri dan yang menariknya tak perlu tunggu lama. Tetap ada kos kalau perlu ganti barang contohnya tapi kita tahu mana barang lebih baik dan tidak baik. Saya harap dari kisah realiti yang mungkin terjadi ini dapat di ambil iktibar.

Kesimpulannya di sini, sememangnya ada kelebihan dan kekurangan. Berbalik kepada golongan, bajet, masa dan keperluan juga. Tapi bagi saya yang masih muda ni dan serius dalam internet yang semakin hari semakin berkembang, memang sesuai dan patut belajar perkara teknikal.

Apa pula kata anda? Relevan atau tidak bagi anda belajar perkara teknikal dalam blogging atau perniagaan internet? Bagi developer pula apa perasaan anda sebagai developer dalam dunia internet? Jom komen di bawah.

35 thoughts on “Kenapa kita perlu Belajar Perkara Teknikal?”

    1. Memang memudahkan bro. Sebagai contoh pengalaman masalah gambar 403 error tu, memang pening dibuatnya masa mula-mula kena dulu. Tapi dah kali kedua tu, dah tahu antara punca masalah. Jadi senang nak kerja. Sekejap ja dah selesai.

  1. Yup. betul tu bro. kena tahu walaupun sedikit. kalau nak senang, join group wordpress atau network blogger. boleh tanya dengan komuniti dalam tu. Apapun jangan lupa Pakcik Google. heheh

    1. Betul tu bro, tak semestinya juga kena jadi pro, tahu basic pun sudah memadai. Yang paling penting, belajar dari pengalaman. Kalau dapat masalah yang sama, mudah.

      Saya selalu juga join group wordpress ni. Tapi memang biasanya pacik google la jadi kawan pertama yang dicari. hehe

  2. Dengan mempelajari technical dalam sytem maka,

    “Setidaknya mampu menyelasaikan problem yang datang secara tak diduga”.terimakasih sudah berkongsi dengan kami.

  3. Aku memang suka godek2 kalau bab teknikal ni. Pengalaman yang diperolehi dengan hasil usaha sendiri memang cukup berharga dan tidak ada tolok bandingnya..

  4. Setuju. Sememangnya belajar perkara teknikal penting kepada blogger sebab terlalu banyak masalah yang bakal dihadapi kalau tidak faham bab teknikal ini. Mungkin, kita tidak haapi sekarang, tetapi sebagai persiapan, ianya sangat penting.

  5. hai naziman,
    saya pun pernah mengalami beberapa masalah seumpama ini.. mujurlah tahu sedikit perbaikinya. selalunya minta hosting provider buatkan jika apa-apa benda yang saya tidak pasti.

    1. Kalau dulu saya selalu tanya hosting provider juga. Tapi sekarang ni, saya akan buat sendiri dulu. Kemudian, kalau tak dapat juga tapi baru minta guide dari hosting provider.

  6. memang perlu belajar, basic2 je pun dah OK kalau tak faham yang terlalu advance,
    dulu pernah salah edit blog, dan tidak dapat diakses, mujur ada sifu google membantu

  7. Saya suka untuk beri pendapat dari dua sudut pandang di sini:

    1. Sudut pandang seorang usahawan

    Bagi seorang usahawan, pelbagai perkara penting perlu diselesaikan dalam setiap hari. Apa yang lebih penting adalah mencari peluang baru (pelanggan baru) dan memberi support (jika perlu) kepada client sedia ada.

    Jadi, golongan ini kebanyakkan tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar dan mereka selalunya outsource sahaja kepada orang lain untuk jimatkan masa.

    2. Sudut pandang seorang Developer:

    Tidak dinafikan memang inilah ‘playground’ mereka. Namun, mengetahui perkara teknikal sahaja tidak mencukup jika bergerak solo.

    Bidang lain seperti pemasaran bagi setiap servis yang ditawarkan juga perlu kreatif dan ini juga memerlukan masa dan komitmen yang tinggi.

    Kesimpulan ringkas di sini, perkara dan ilmu teknikal penting. Tetapi, jika anda bergerak secara individu dan masih belum mempunyai business model & system yang baik, nasihat saya, jangan fokuskan terlalu banyak masa untuk perihal teknikal ini. :)

  8. sblm ni memang zero bab2 teknikal ni..tp bila dah alami masalah2 ni, baru la dapat belajar sikit2 mcm mana nak setelkan problem..

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>