Kata Pujangga

Kata Hikmat Ulama

“Nafsu syahawat pendorong kejahatan dalam hati tidak akan mampu ditanggalkan kecuali dengan ketakutan yang merobek rasa (akan hukuman Allah) atau kerinduan yang menggelegak jiwa (untuk bertemu Allah dan RasulNya).” (kitab Sifat al-Safwah 4/361)

“Sesungguhnya jika amal dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar, maka tidak diterima. Dan jika amal itu benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak diterima. Sehingga, amal itu harus ikhlas dan benar. Ikhlas jika dilakukan kerana Allah dan benar jika dilakukan sesuai sunnah.” – Fudhail bin Iyadh

“Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi saku dengan kerikil pasir. Memberatkannya tetapi tidak bermanfaat.” – Ibnu Qayyim

“Kalaulah ilmu itu membawa manfaat walaupun tanpa amal nescaya Allah SWT tidak akan mencela golongan ulama’ ahli kitab dan jika amal itu pula dapat memberi manfaat tanpa ikhlas maka nescaya Allah tidak akan mencela kaum munafiqin.” – Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah, Al-Fawa’id

“Seperti halnya tubuh boleh terasa bosan atau letih, hati juga alami yang sama. Oleh sebab itu, berilah hati hiburan yang mengandungi hikmah.” – Sayyidina Ali bin Abi Talib

“Janganlah malu untuk bertaubat kerana terlalu banyak dosa. Tetapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat” – Hamka

“Wahai Ikhwan, hendaklah kalian menjalin hubungan dengan Al-Quran setiap saat, supaya kalian mampu mendapatkan ilmu baru setiap kali berhubungan dengannya.” – Hassan al Banna

“Zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat di akhirat nanti, sedangkan warak adalah meninggalkan sesuatu yang ditakuti bahayanya di akhirat nanti.” – Ibnu Taimiyah

“Setiap apa yang aku ucapkan, kemudian mendapati adanya hadis sahih yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW bercanggah dengan pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikuti pendapatku.” – Imam al-Syafie rahimahullah

“Jika kamu dapati apa yang ada dalam bukuku bercanggah dengan Sunnah Rasulullah SAW, maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkan pendapatku.” – Imam Asy-Syafi’i (Imam az-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubula)

“Sesalan kita tidak mengkafirkan orang yang tidak jelas kekufurannya tidaklah lebih besar dari sesalan kita mengkafirkannya sedangkan dia tidak kafir.” – al-Allamah al-Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Bouty

Mutiara Kata Tokoh

“Siapapun boleh marah – marah itu mudah. Tetapi marah pada orang yang tepat, dengan kadar yang sesuai, pada waktu yang tepat, demi tujuan yang benar dan dengan cara yang baik – bukanlah perkara mudah.” – Aristotle

“Kejayaan bukan diukur dengan pencapaian, tetapi usaha.” – Mahatma Ghandi

“Siapa mahu mencari mutiara, haruslah berani menyelam ke dalam laut sedalam-dalamnya. Sesiapa hatinya kecil berdiri di pinggir sahaja dan takut akan terjun ke dalam air, ia tak akan dapat sesuatu apa!” – Mahatma Ghandi

“Kalau kita luangkan 10,000 jam melakukan satu-satu perkara dengan betul, kita akan jadi pakar dalam bidang tu.” – Malcolm Gladwell

“Saya tak takut dengan orang yang mengetahui 10,000 tendangan, tapi saya takut dengan orang yang berlatih 1 tendangan 10,000 kali.” – Bruce Lee

Kata Pujangga Islamik

“Pejamkan matamu daripada aurat sesama manusia atau kecantikan wanita yang haram dilihatnya, dan jangan tamakkan dunia.”

“Berbahagialah orang yang apabila mendapat sesuatu nikmat maka dia bersyukur, jika dia di uji maka dia akan bersabar, jika dia berbuat dosa maka dia akan beristighfar, jika dia marah maka dia akan segera mengawalnya, dan jika dia berkuasa maka dia akan berlaku adil.”

“Bacalah Al-Quran sehingga ia dapat menegahmu daripada melakukan perkara yang dilarang.”

“Tarbiyah Allah amat mahal. Tidak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian. Adakala ketegasan mampu mendidik kita lebih daripada kelembutan. Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk di dunia. Justeru mengadulah padaNya, setiap titisan air mata yang mengalir amat bernilai dan berharga di sisi Allah.”

“Orang beriman selalu punya cara tersendiri untuk menjaga hatinya, meskipun berlawanan dengan apa yang ia terima dalam kehidupan. Saat mendapat musibah air matanya menitis, tapi hatinya terilham untuk meyakini bahawa apa yang diberikn Allah padanya pasti yang terbaik. Fizikalnya mungkin lelah, fikirannya mungkin penat tetapi hatinya terus yakin pada Allah apabila ia diuji. Itulah tanda Allah masih sayang padanya.”

“Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. Sesekali melangkah gagah, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup berada diatas landasan yg betul, usah digusar pada anugerah tuhan. Anggaplah bila sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk menjadi manusia sesempurna insan.”

“Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.”

“Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan, dan perjuangan mukmin yang sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga.”

“Kadang-kadang kita kena belajar untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi, walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi, tetapi percayalah, suatu hari nanti yang baik pasti akan datang menjengah. Sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat tapi, tapi ada penawarnya iaitu Bersabar.”

“Jangan sedikit pun kamu merasakan bahawa kamu lebih baik dari seseorang yang lain kerna hal yang sedemikian menjadikan kamu adalah orang paling HINA pada pandangan ALLAH.”

“Sesuatu ummat itu kekal selagi akhlaknya kekal dan ummat itu juga akan hancur apabila akhlaknya runtuh.”

“Kebijaksanaan ialah bakat yang dibakar oleh keberanian.”

“Takut gagal adalah gagal yang sejati.”

“Orang yang sanggup mendaki gunung demi ke puncak gunung terpaksa hidup sepanjang umurnya di lurah-lurah gunung”

“Berbahagialah wahai teman dan sahabatku sekalian dengan cinta sepenuhnya kepada Ilahi. Sesungguhnya syurga itu benar dan neraka itu benar.”

“Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.”

“Mahkota bagi wanita adalah seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan. Mahkota bagi lelaki adalah kesabaran.”

“Berbahagialah sekarang dan bukannya di esok hari.”

“Jalan kebahagiaan ada di depamu. Carilah ia dalam lautan ilmu, amal soleh dan akhlak yg mulia. Bersihkanlah objektif dan niat kita dalam setiap perkara, nescaya kita akan bahagia.”

“Percayalah bahawa kebahagiaan adalah seperti mawar yg ditanam. Tidak langsung berbunga (sebaik saja ditanam), tetapi ia pasti akan tumbuh.”

“Kita di lahirkan hidup dan mati tak pernah kita boleh mengatur waktunya dan tak pernah mampu menolak walaupun pahit, aku redha. Kita tak pernah ada pilihan, kita tak boleh memilih kelahiran, tak boleh memilih cinta, hidup atau mati. Aku terima semua ini kerana itu adalah ketentuanNya.”

“Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut , esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut bicaranya . Semua orang diberi peuang untuk berubah.”

“Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tetapi kenapa banyak dugaan, kadang-kadang kita minta ketenangan tetapi masalah yang timbul, kadang-kadang kita minta kebahagiaan tetapi kekecewaan yang diberi. Dugaan menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, kekecewaan menjadikan kita tabah.”

“Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap Tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya kewajipan-kewajipan hamba di dunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.”

“Allah Subhanu Wa Ta’ala memberikan hati manusia mampu menafsir erti syukur padaNya. Tatkala ditimpa kesusahan, ramai yang mampu menanam pokok kesabaran. Tetapi tatkala dalam kesenangan tidak ramai yang mampu bersyukur atas nikmatNya.”

“Orang yang hatinya hidup. Perasaannya hidup dengan Tuhan. Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan. Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna. Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan. Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan. Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. Melihat orang membuat baik merasakan dia perlu berbuat baik. Melihat orang membuat jahat. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan dan rasa kesihan dengan orang itu.”

“Bergunung manapun harta, bukanlah kaya namanya, jika miskin budi bahasa.

Segagah manapun diri, bukanlah namanya pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan.

Secantik manapun rupa nan ayu, bukanlah ratu jika buruk tingkah laku.

Setinggi manapun darjatnya, bukanlah namanya mulia, jika tiada iman didada.

Melangit manapun ilmu, bukanlah namanya bijaksana, jika tidak diamal dan diguna.

Sealim manapun warak, bukanlah ulama’, jika takbur dan riak.”

Dakwah

“Kalau kita hendak menasihati orang, Tanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, Apakah tujuan kita?

Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu”.

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu. Bukan pahala kita dapat tapi bala.”

“Islam ajar kita membenci dosa bukan membenci pelaku dosa. Jangan pulaukan dia, tetapi berikan bimbingan. Menegur jangan sampai menghina.”

“Orang seperti kita dalam perjalanan ini, gelora lautan yang luas sentiasa mengelilingi kita. Sebagaimana dakwah, ia kerapkali dihalang oleh pukulan badai dan gelora yang ganas. Perahu kecil akan terumbang-ambing ke kiri dan ke kanan. Jika kita duduk di dalam perahu itu kita akan merasa takut, cemas dan bimbang. Katakanlah jika kita tukar enjin itu kepada layar dan pendayung, sudah tentu lebih mencabar dan memerlukan kesungguhan. Namun kita mungkin akan sampai lewat dari orang lain, tetapi kesungguhan dan usaha yang tiada henti walau pun sampai lewat adalah lebih baik dari berhenti di tengah jalan dan langsung tidak sampai ke destinasi yang dituju. “

Silaturrahim dan Ukhuwah

“Ukhwah yang dibina atas nama Allah tidak akan mengharapkan sebarang balasan apabila memberi tetapi akan selalu berkongsi air mata suka dan duka. Kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam. Keceriaan sahabatnya bagai pelangi yang takkan hilang. Kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal di dunia. Itulah sunnah jalinan ukhwah pejuang agama.”

“Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.”

Madah Berhelah Filem

7 Petala Cinta

“Ya allah peluklah hati ini, di saat aku mulai rasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini rindu ini kerana mu ya illahi”

“Ilmu itu ibarat haiwan liar dan tali pengikatnya ialah catatan.”

“Mana ada penjenayah masuk rumah Allah,
yang masuk rumah Allah orang yang baik-baik
orang yang mencari keredhaan Allah
orang yang menjunjung titah perintah Allah.
Orang yang masuk kerumah Allah
orang yang mahu membersihkan diri dan bertaubat kepada Allah.
Sesiapa pun yang masuk ke rumah Allah ini,
dia sebenarnya adalah tetamu Allah”

“Sesungguhnya jika tidak kerana kurniaan Allah dan rahmat dari-Nya nescaya tidak ada seorang pun daripada kamu yang bersih iaitu bersih daripada perbuatan keji dan mungkar selama-selamanya.”

“Cinta bukan melemahkan tapi menguatkan, cinta juga bukan menyedihkan tapi menggembirakan.”

“Apa yang awak tahu tentang diri saya tak lebih dari satu matan satu perenggan dalam satu bab. Awak tak rasa apa yang saya rasa.”

“Kesedihan dapat mengembalikan sesuatu yang hilang.”

“Rabb,
Berikan aku kekuatan,
Untuk aku mengubah segala kedukaan ini kepada kegembiraan.

Rabb,
Izinkan aku melupakan kenangan ini selamanya.”

“Orang yang bergantung pada Allah tidak sepatutnya merasa sepi.”

“Masa depan milik Allah, kita tak tahu apa-apa pun yang akan berlaku sekejap lagi. Percayalah, Allah tidak akan membiarkan kita sekelip mata. Sedangkan permintaan iblis yang paling ingkar pun Allah makbulkan, apatah lagi kita hamba yang kekurangan ni.”

“Semua ini mengajar kita untuk mengenal diri dengan hati yang ikhlas. Hanya orang yang berjiwa besar sahaja berani mengaku kesilapannya. Pengalaman itu adalah guru sejati untuk kita. Apa pun yang terjadi semua itu takdir Allah yang harus kita terima dengan hati yang lapang.”

“Kerana cintakan saudara, sahabat menafkahkan jiwa.”

“Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah permainan takdir dan kita sebagai manusia adalah sebagai pelakonnya.”

“Layakkah saya untuk berasa lebih arif tentang cinta daripada Allah yang telah menitipkan cinta di antara kamu berdua.”

“Semoga kalian berdua dapat mencipta syurga di dunia sebelum meraih syurga di akhirat.”

“Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.”

Ketika Cinta Bertasbih

Kata puisi Husna:
Cinta adalah kekuatan
Yang mampu mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah sakit jadi sihat
Mengubah kedekut jadi dermawan
Mengubah kandang jadi taman
Mengubah penjara jadi istana
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah cinta..

Kata puisi Anna Althafunnisa:
Sekali pun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
Namun jika cinta ku datangi
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri

Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskan
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta

Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan

Puisi Husna kepada Khairul Azam:
Kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia,
Tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala,

Kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah lelah membagi cerah cahaya,
Tak pernah lelah menghangatkan jiwa,

Aku Terima Nikahnya 

“Kalau kita dapat rasakan apa yang kita rasa, kita pasti akan rasakan apa yang kita rasa.”

“Hati kita berubah, fikiran kita selalu baru.
Kadang kala
orang yang sedang marah pun boleh jadi reda.
Orang buta pun kadang-kadang lebih celik.
Orang yang kita benci pun kadang-kadang
akan menjadi orang yang amat kita cintai.”

“Aku tak pernah menyerah cuma kau yang tak pernah berjuang.”

“Kau ampunilah segala dosa-dosa ku Ya Allah, limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, peliharalah jiwa dan hati ini. Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu, menjadi buta tanpa bimbingan-Mu, aku cacat tanpa hidayah-Mu. Ya Allah, kuatkanlah semangatku ini, berikanlah ku ketabahan untuk menempuhi segala dugaan-Mu ini.”

“Kadangkala orang yang paling menyintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya dan bila suatu masa dia hilang dari pandanganmu, kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari.”

Kalau Bermanfaat, Tolong Share Yaa...
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •