Income - Jana pendapatan online

Jana pendapatan online di internet Malaysia

Tajuk jana pendapatan online di internet Malaysia tapi bukan nak kongsi cara menjana pendapatan dari internet. Tapi nak bagitahu target saya sekarang ni. Sekarang target saya ingin menjana pendapatan online di internet.

Dulu saya blogging memang ada niat nak menjana pendapatan dari blog tapi bukan target utama. Sekarang ini target utama saya. Banyak sebab saya nak jana pendapatan sekarang ni. Paling utamanya, sekarang ni perlukan duit. Banyak cara sebenarnya nak menjana pendapatan di internet bukan dari blog saja.

Sekarang ni blog saya belum sepenuhnya monetize untuk menjana pendapatan. Walaupun sekarang ni dah banyak pembaca tetap dah lari sebab lama tak update. Tapi saya akan mula balik.

Cara saya jana pendapatan online

Sekarang ni blog ni medium utama saya jana pendapatan di samping laman sosial seperti facebook dan twitter. Terutama twitter. Saya kurang update facebook. Boleh follow saya di @nazimandotcom dan tweet bersama saya.

Buat masa sekarang saya lebih tertumpu pada nuffnang, churpchurp dan adf.ly di samping affiliate yang saya sertai. Saya akan bagitau sikit apa yang saya buat. Kalau anda rasa nak join, di persilakan. Link yang saya bagi ada id sendiri. Kalau baik hati nak tolong saya boleh daftar dari link yang saya bagi. Saya tak dapat apa-apa, cuma komisen.

Nuffnang

Ini macam biasa saya rasa, tak perlu terang banyak. Cuma saya nak tekankan mungkin lain kali saya akan cuba tukar ke innity kalau dah cukup syarat. Sebab orang kata, iklan innity lagi laju load time. Saya utamakan kelajuan blog.

adf.ly

Sekarang blog ini anda dapat lihat banner adf.ly di atas. Buat sementara waktu, saya akan terus gunakan skrip tu. Jadi saya minta maaf sangat-sangat jika ia mengganggu pembacaan anda. Klik gambar untuk mendaftar percuma.

 

ChurpChurp

Ini saya utamakan lebih antara post atau dalam post. Di samping melalui laman sosial twitter dan facebook. Klik gambar untuk mendaftar percuma.

signup churp churp

Dan banyak lagi. Yang akan terus di update. Jadi kesimpulannya buat masa sekarang, saya lebih tertumpu jana pendapatan melalui klik dan tanpa modal bukan penjualan atau pembelian.

Saya tahu untuk menjana pendapatan online itu mudah tapi nak jana pendapatan online untuk jadikan pendapatan bulanan itu susah terutama di Malaysia. Saya harap anda semua doakan saya berjaya dan sokong usaha saya untuk berjaya di internet.


[1] Photo credit : Income by Simon Cunningham via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic

8 thoughts on “Jana pendapatan online di internet Malaysia”

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>