Isu Bankrap

Isu Bankrap harus diketahui terutama Golongan Muda

Salam kepada semua. Perkataan bankrap ini bukan satu perkara yang menghairankan pada masa ini kerana  tanpa disedari , isu ini sentiasa ada bersama kita. Samada kita suka atau tidak suka tidak mustahil ia berlaku kepada diri kita sendiri jika kita tidak berhati-hati didalam menguruskan kewangan.

Pada golongan muda yang baru mula berkerja, peluang membuat kesilapan tidaklah mustahil kerana kurangnya “pengalaman”. Saya juga pernah muda, waktu itu semua saya ambil mudah, fikiran saya masa itu tersangatlah mudah sehingga segala  “keputusan” dan “perbuatan” yang saya buat pun saya ambil jalan MUDAH .

Oleh itu pendapat peribadi saya bagi golongan muda ini, sentiasalah berwaspada, selain itu selalulah bertanya kepada yang lebih dewasa agar tak tersalah arah. hehe…tak perasan pulak saya dah masuk bab membebel..adoii.. Saya nak bagitau gini kat negeri orang putih dorang  lagi suka bankrupt sebab tak payah bayar hutang.

2,011 penjawat awam bankrap sejak 5 tahun lalu

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu seramai 2,011 penjawat awam diisytiharkan bankrap dalam pentadbiran Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) sejak lima tahun lalu sehingga Ogos tahun ini.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata Ketua Pengarah Insolvensi hanya bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Ketua Jabatan untuk makluman kebankrapan sebaik sahaja seseorang penjawat awam diisytihar bankrap.

“Ini supaya kawal seliaan ke atas kelakuan dan hal ehwal kewangan bankrap tersebut dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.”

“Ia bertujuan untuk memastikan bankrap berkenaan memberi kerjasama kepada Ketua Pengarah Insolvensi dalam pentadbiran kes kebankrapannya dan dapat dikeluarkan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat,” katanya ketika menjawab soalan Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah) mengenai jumlah penjawat awam yang diisytihar bankrap.

Katanya, undang-undang kebankrapan terpakai kepada semua individu termasuk penjawat awam yang bankrap dan sehubungan itu halangan dan sekatan yang diperuntukkan mengikut undang-undang kebankrapan juga terpakai terhadap penjawat awam yang bankrap.

Katanya penjawat awam yang diisytiharkan bankrap tidak semestinya akan kehilangan pekerjaan dan tertakluk kepada keputusan Lembaga Tatatertib jabatan.

“Untuk makluman, bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak pernah menerima apa-apa kes berkaitan masalah kebankrapan dan dihukum buang kerja oleh jabatan yang melibatkan penjawat awam,” katanya. – BERNAMA

Sumber Rujukan :  Berita Harian

Diatas berita saya baca di berita harian berkenaan isu ini. Isu seperti ini bukan saja untuk golongan malah semua orang. Jangan sampai garu kepala macam gambar di bawah ya.

Isu Bankrap

11 thoughts on “Isu Bankrap harus diketahui terutama Golongan Muda”

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>