Isu halal haram coklat Cadbury dan DNA babi

Isu antara Coklat Cadbury dan DNA Babi (Porcine)

Sedikit pencerahan pendapat berkenaan isu halal antara coklat Cadbury dan DNA Babi (Porcine). Latar belakang isu bermula apabila sepotong gambar laporan ujian makmal yang telah di ‘crop’ bertarikh 27 Februari 2014 itu kini tersebar meluas pada jumaat 23 Mei 2014 menerusi laman sosial.

Isu halal antara coklat Cadbury dan DNA Babi
Laporan ujian makmal Kementerian Kesihatan Malaysia [1]

Setakat ni saya masih yakin dengan status halal JAKIM untuk coklat Cadbury kerana mengikut kaedah dalam muamalah “asal sesuatu adalah halal”. Laporan makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersebar pula sangat meragukan dimana ia menyebut Cabbury bukan Cadbury. Sesuatu laporan rasmi tidak patut ada kesilapan typo. Laporan tersebut juga menyebut specimen itu diberikan oleh seorang yang namanya berpangkal dengan huruf ‘M’ yang tiada sebarang kad kuasa. Dan banyak lagi keraguan lain dalam laporan tersebut.

JAKIM kata [2] :

“JAKIM ingin menegaskan bahawa persijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia.

Selepas sijil pengesahan Halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim. Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian persijilan halal Malaysia.”

Kali terakhir coklat-coklat Cadbury ini diuji kandungannya oleh JAKIM atau Jabatan Kimia Malaysia (JKM) ialah pada 20 Februari 2014 dan hasilnya mematuhi shari`ah. Kalau semua makmal boleh mengambil peranan pihak yang berautoriti dengan menerima sahaja aduan dari siapa sahaja yang belum tentu bertanggungjawab, maka ketenangan umat Islam akan sering terganggu.

Apapun, JAKIM akan mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Standard Malaysia (JS) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) berhubung isu ini esok, 26 Mei 2014. Makanya tidak perlu buat apa-apa spekulasi sebelum ada kenyataan rasmi keputusan mesyuarat esok.

JAKIM kata [3] :

“Kepada para pengguna yang selama ini menggunakan mana-mana produk yang mempunyai logo halal Malaysia tidak perlu bimbang kerana pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan halal dengan serta merta.”

Kalau pun ianya haram dan kita dah banyak makan, usahlah risau. Allah ampunkan dosa yang lalu. Kita makan sebab tak tahu.

ps : Daripada satu sudut kita patut bangga dengan kepekaan umat Islam dalam isu halal haram makanan tetapi banyak ruginya jika kepekaan tersebut tidak diaplikasikan dalam isu haram lain antaranya duit haram seperti riba, perkataan haram seperti mengumpat, perbuatan haram seperti tidak menutup aurat, akidah haram seperti anti-hadith.

ps : Ada lagi coklat Cadbury Hazelnut dua bungkus setengah dalam peti sejuk. Terpaksa bagi habis cepat-cepat la ni kan.


[1] http://www.melvister.com/2014/05/penjelasan-isu-coklat-cadbury-ada-dna-babi-tersebar.html

[2] https://www.facebook.com/DatoHjOthmanMustapha/posts/1509171465971148

[3] https://www.facebook.com/DatoHjOthmanMustapha/posts/1509657829255845

[4] Featured Image : http://thecadburychocolatier.wordpress.com/

3 thoughts on “Isu antara Coklat Cadbury dan DNA Babi (Porcine)”

  1. saya selalu gak masalah typo ketika menulis blog..kalau dah mengantuk..tapi boleh diperbetulkan.Dalam soal halal atau haram coklat ‘cabbury’ memang menyebabkan saya ragu-ragu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>