iPhone 5 Gadget Impian

iPhone 5 Gadget impian

iPhone 5 siapa tak nak? Saya peminat fanatik produk Apple, bukan saja pada iPhone 5 sebagai gadget impian. Tapi dalam entri kali ni kita akan fokus pada iPhone 5 saja. Ini entri penyertaan contest iPhone 5 gadget impian dari Denaihati. Sekarang ni dunia gadget. Dimana-mana cakap pasal smartphone dan tablet.

Lepas ni tak pasti akan ada kesempatan masa untuk membuat entri lagi, apatah lagi ikut contest. Oleh kerana saya memang berminat sangat nak dapatkan iPhone 5. Jadi perlu di cepatkan.

Yang baik buat secepat mungkin, Yang jahat tinggalkan secepat mungkin.

Kenapa iPhone 5 jadi Gadget Impian?

Nak kata dari mula saya kenal smartphone terus berminat kat iPhone tu tak juga sebab smartphone mula-mula saya kenal, blackberry. Itu sebab abang kawan asyik promosi sampai terasa nak beli. Jadi sebelum kenal iPhone dengan android, kenal Blackbbery. Tapi akhirnya pilihan di hati tetap Blackberry. Kenapa?

  1. Plan BIS langganan internet yang jauh lebih murah di banding smartphone lain seperti iPhone dan Android. (Sebab utama)
  2. Supaya boleh check-in Foursquare. Sebab utama juga. Tak tipu. Waktu tu gila foursquare nak dapat badge. Jadi check-in guna laptop tapi tak boleh jadi mayor.  Akhirnya kalau jalan-jalan, Blackberry kawan jadi mangsa.
  3. Adanya fungsi Blackberry Messenger (BBM) untuk berkomunikasi antara pengguna Blackberry.
  4. Mudah mendapat notifikasi emel kerana saya banyak berurusan menggunakan emel juga. Guna laptop lambat.
  5. Mudah bersosial di Twitter dan Facebook juga senang nak dapat noti dan terus balas serta-merta jika penting.
  6. Pengguna Calendar untuk pengurusan masa.
  7. Penggunaan Map.
  8. Banyak lagi terutama application yang banyak menarik minat.

Itu nak pilih Blackberry tapi kenapa tiba-tiba betul-betul tertarik dengan iPhone 5, bukan saja iPhone 5 malah hampir semua produk Apple.  Selepas menjadi pengguna Blackberry Curve 9380 yang boleh di kira antara produk terbaru Blackberry juga, tak sampai sebulan. Hati berubah. Orang kata, tak kenal maka tak cinta.

iPhone 5 Gadget Impian

Saya taknak cerita macam mana boleh jatuh cinta pandang pertama dengan produk Apple. Cuma nak kongsikan kenapa iPhone menjadi gadget impian.

  1. Plan internet yang tidak mahal seperti yang di sangka. Saya pentingkan bajet. Jadi bila tengok plan internet Digi bagi pengguna iPhone, dan tanya kawan plan internet iPhone, tak sangka murah. RM48 untuk 1GB sebulan. Ingatkan sampai ratus-ratus.
  2. Pastinya Siri yang ada hanya pada iPhone. Memang terbaik.
  3. Saya kata minat Blackberry sebab ada BBM supaya boleh berkomunikasi antara Blackberry, iPhone ada iMessage. Bukan saja antara iPhone tapi semua produk Apple seperti iPod, iPad dan Mac. iPhone juga ada Facetime untuk video call antara pengguna produk Apple.
  4. HD video Recording, 1080p HD dan retina Display. Terutama retina Display tu yang paling menarik minat, nak rasa sendiri apa rasanya.
  5. Viber Blackberry tak boleh membuat panggilan percuma. iPhone dengan android boleh.
  6. iPhone 5 telefon yang nipis, saya suka telefon yang nipis tapi screen besar.
  7. Blackberry tiada peta tunjuk arah cuma peta semata-mata. Paling mengecewakan, kerana google maps saya pakai untuk cari tempat telah membuatkan kami sesat. Bukan sesat sepenuhnya tapi tempat yang di tunjuk tu sudah berpindah di banding kami guna papago. Tapi dengarnya map iPhone masih belum baik sepenuhnya terutama di Malaysia.

Itu ja lah, kalau saya kongsikan kenapa iPhone 5 menjadi gadget impian memang entri ni akan jadi panjang. Antara sebab lain, boleh tengok entri-entri denaihati di bawah terutama video drop test dan torture test.

Macam saya kata tadi, saya bukan peminat iPhone saja, saya peminat fanatik produk Apple cuma tak berkemampuan saja untuk dimiliki. Sekarang ni pun, nak beli laptop baru pun cadang nak beli Macbook.

Apa kegunaan smartphone iPhone 5  dalam hidup saya sebagai blogger Malaysia. Mudah nak berkomunikasi antara blogger, balas emel secepat mungkin bila ada masalah seperti baru-baru ni berbalas emel dengan staf ServerFreak. Sebenarnya terlalu banyak kelebihan smartphone kalau diguna sebaiknya bukan saja untuk bersosial.

Entri terbaik iPhone 5 dari Denaihati

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang iPhone 5 ni rasanya tak perlu pergi jauh-jauh, dari blog Denaihati pun dah boleh dapat banyak maklumat berkenaan produk Apple terbaru ni. Beliau pun salah seorang peminat fanatik dan sekaligus pengguna iPhone. Jadi memang banyak perkongsian berkenaan iPhone. Sumber gambar dan video dari Denaihati.

iPhone 5 Malaysia Pertama

Entri berkenaan Denaihati mendapat gadget impian dari sahabatnya. Disitu Denaihati membuat perbandingan iPhone 5 dengan iPhone 4S di depan mata beliau sendiri. Itulah rezeki beliau mendapat iPhone 5 yang pertama di Malaysia.

Beza iPhone 5 vs iPhone 4S

 

iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test

Denaihati berkongsi video perbandingan drop test untuk iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3.

iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test

iPhone 5 Gambar dan Video

Denaihati berkongsi gambar dan video iPhone sewaktu Live Event dari seluruh peminat iPhone. Di samping berkongsi spesifikasi iPhone 5 sewaktu ia baru dilancarkan.

Perbandingan Harga Iphone

 

iPhone 5 dilancarkan

Beliau menceritakan tentang sahabatnya memesan minta belikan iPhone 5 sebelum pergi ke London. Di samping menceritakan ura-ura berkaitan iPhone 5.

iPhone 5 Malaysia vs Singapore vs Hong Kong vs USA

Pertanyaan : Adakah iPhone 5 yang dibeli diluar boleh digunakan bersama-sama rangkaian LTE yang bakal diperkenalkan. Spektrum LTE Malaysia adalah 2600mHz, sementara pada iPhone 5 luar sekarang 1,800mHz, 2,100 mHz. Harap anda dapat membantu.

Berkisarkan tentang pertanyaan penggunaan rangkaian iPhone 5 LTE, nano-sim, perbandingan line Digi 3G di iPhone 5 Singapore dan iPhone 5 Hong Kong bersama video torture test for iPhone 5.

iPhone 5 Torture Test

iPhone 5 Countdown

Berkaitan Denaihati menunggu detik-detik keluarnya iPhone 5 setelah rumah beliau di pecah masuk dan iPhone 4S beliau di samun.

iPhone 5 gadget impian

Ini pula entri contest yang saya sertai sekarang ini.

Tugasan

  • Pasang button G +1 di blog anda. Kalau dah pasang baguslah. Blog tanpa button G +1 automatik terkeluar daripada saingan. (Rayuan tidak diterima). Cara pasang button G +1 boleh cari di entri-entri lama Denaihati.
  • Buat satu entri tentang iPhone 5 dengan tajuk “iPhone 5 gadget impian” yang kandungannya :
    • Senarai semua entri iPhone 5 yang ada di blog Denaihati.
    • Tuliskan kenapa anda minat sangat iPhone 5.
  • Tinggalkan link entri iPhone 5 anda di ruangan komen dan terbaik gunakan CommentLuv.
  • Jadikan entri iPhone 5 anda sebagai Sticky Entry selama tugasan berjalan.

Tarikh Tutup Penyertaan

11.59 pm, 6/11/12.

Tarikh Tutup Cabaran

Akan dimaklumkan kemudian

Syarat-syarat

  1. Terbuka kepada semua Rakan Blogger setia Denaihati.
  2. Entri boleh ditulis dalam bahasa Melayu, Indonesia dan English.
  3. Penganjur boleh mengubah syarat bila-bila masa mengikut kesesuaian.

Hadiah

iPhone 5 Baru, warna hitam/putih, 16GB.

*****

Dalam banyak-banyak contest blogger saya pernah ikut, inilah kali pertama buat entri target nak menang. Biasanya saya ikut contest sebab nak dapat pengalaman, nak berkenalan antara blogger, nak semarakkan lagi contest tapi inilah kali pertama berharap betul nak menang.

Harapan tinggi nak menang iPhone 5 tapi sayang, selepas ni tak pasti dapat beri komitmen atau tak pada contest ni. Semenjak dua menjak ni pun memang sibuk dengan urusan lain. Harap boleh menang, doakan saya boleh dapat gadget impian ni. hehe

“Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, Sweetkurma.com, Azri.my, Serverfreak.com dan Denai.my

79 thoughts on “iPhone 5 Gadget impian”

  1. Semoga berjaya bro, usaha tangga kejayaan, kalau bersungguh-sungguh insyaALLAH akan membuahkan hasil. Buat masa ni saya tak berminat nak mencuba iphone sebab khuatir tak boleh nak keluar dari ekosistem apple bila dah terjebak nanti… :D

      1. Bukan nak kata tak baik, cuma kadangkala ada juga feature iphone yang tak menepati keperluan seharian, dan feature tu ada dalam produk keluaran syarikat lain, tapi bila dah tersekat dalam ekosistem dia (apabila dah beli pelbagai aplikasi berkaitan apple), pilihan untuk bertukar ke produk lain itu terpaksa diabaikan atas sebab ini. Itu yang cuba elak tu…

  2. Jutaan terima kasih diucapkan kerana menyertai “iPhone 5 gadget impian” dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati untuk mengetahui update terkini dari masa kesemasa.

  3. saya juga minat nak guna iPhone 5, begitu juga iPad Mini. iPhone 4S yang saya guna sekarang ni akan let go untuk memberi ruang kepada iPhone 5 nanti.

  4. Wah ni, boleh diikuti juga oleh blogger Indonesia ya ??? Keren ni kontesnya, berhadiah gadget impian kita masing2..
    Semoga berjaya mas bro dan selamat berjuang, jangan pernah menyerah…

  5. Aku masih lagi kekalkan “status quo” blog, tetap menyokong apa2 contest yang dibuat oleh blogger tempatan tapi tak boleh ikut serta… berkecuali.

    BTW, good luck!

  6. Salam kunjungan & salam perkenalan. Hadir di blog ini bagi memberikan sokongan rakan seperjuangan “contest iPhone 5 Gadjet Impian” dgn perkongsian G +1. Harap sudi berkunjung balas ke blog ” cheezemaz (dot) blogspot” dgn G+1 juga

  7. Pingback: Peserta iPhone 5 Gadget Impian & Jumlah +1
Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>