iphone-5-332x205

Gadget iPhone 5 ada tugasan baru ya

Assalamualaikum selamat pagi pembaca semua, Apa khabar semua dah bangun pagi? Semalam saya awal bangun jam 2 pagi kelaparan, terpaksa keluar kejap beli burger dekat taman juga. Akhirnya lepas makan, tak dapat tidur. Buka email pula ada produk baru menarik dilancarkan, Usahawan Makan Gaji dari Eruwan Gerry seorang usahawan internet part time di samping makan gaji. Macam mana beliau uruskan masa? Mari baca ebook beliau.

Kembali pada topik utama kita. iPhone 5 gadget impian sekarang ada tugasan baru, mudah saja hanya perlu undi. Bila cerita tentang contest iPhone 5 Gadget impian ni sebenarnya saya memang dah agak takkan dapat komited dengan contest ni walaupun sangat berminat dengan barangan Apple terutama Macbook dan iPhone.

iPhone 5

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang selalu jenguk blog ni, tak sangka sebenarnya ada juga yang jenguk blog ni walaupun saya tak blogwalking langsung. Terima kasih juga kepada blogger yang undi blog ni di Denaihati, undi G +1 dalam contest iPhone 5 walaupun saya tak dapat komited dengan contest gadget impian seluruh warga Malaysia ini.

Alhamdulillah, sekarang ni masa saya lebih teratur lebih tersusun. Saya akan kembali ke arena blogging tapi mungkin tak seaktif dulu, selalu blogwalking tapi saya akan cuba juga jenguk rakan-rakan blogger. Saya harap semua rakan blogger akan sentiasa sokong contest yang sedang berlangsung sekarang ni. Mari tengok apa tugasan nak dapatkan gadget impian ni.

Tugasan asal iPhone 5 Gadget Impian

1. Tugasan Pertama : Cabaran G +1. Peserta perlu mengumpulkan sebanyak mungkin klik G +1 untuk entri penyertaan anda. Alhamdulillah ramai yang undi +1, kepada rakan-rakan yang dah undi jangan risau saya akan balas undian anda. Kepada yang belum undi, nak minta tolong undi sikit boleh? hehe. Pergi ke entri iPhone 5 kemudian share +1.

2. Tugasan Kedua : Cabaran SEO. Tempatkan blog anda antara top 10 di Google.com dengan keywords “iPhone 5 Gadget Impian“. Oleh kerana contest ni memerlukan google.com bukan google.com.my jadi persaingan tu sangat tinggi tapi saya akan cuba sehingga ketitisan terakhir.

3. Tugasan Ketiga : Undian Pembaca. Boleh baca isi seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut.

4. Lima Top Blogger Malaysia akan menilai blog top 10 berdasarkan design, kandungan dan kesungguhan.

Apa maksud tugasan undian pembaca?

  • Peserta perlu menjemput rakan-rakan, saudara mara yang dekat dan jauh untuk singgah blog Denaihati dan mengundi blog anda. Kepada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan yang sedang membaca entri ini,  diharapkan sudi membantu rakan mu ini mendapatkan gadget impiannya.
  • Pengundi boleh mengundi blog anda sehari sekali dan boleh diulang-ulang setiap hari sehingga tarikh akhir 24/12/12.
  • Pengundi boleh mengundi maksima 3 Blog pilihan setiap hari. Saya betulkan sedikit sini, pengundi wajib mengundi 3 blog pilihan tak lebih tak kurang baru boleh hantar undian. Kalau tak jadi macam kawan saya, eh tak boleh undi pun. Rupanya kena pilih 3 blog.
  • Pengundi MESTI menjadi ahli Denaihati Network kepada yang belum sila daftar/register di AHLI DENAIHATI NETWORK. Kena daftar, mudah saja. lepas tu nanti boleh tukar password supaya mudah nak login pada masa akan datang. Kalau tak tahu, boleh komen di bawah. Takpun, nanti saya akan buat satu post khas cara daftar dan mengundi.
  • Tugas peserta adalah mengumpul undian terbanyak untuk blog anda.

Klik Button Di Bawah Untuk Mengundi

Undian blog pilihan iPhone 5

*****

Kepada keluarga, saudara mara, rakan-rakan terdekat,  tolong saya menang ya. Tolong promote kan semua entri iPhone 5, buat backlink banyak-banyak, tolong +1, tolong undi setiap hari. Nanti kalau saya menang dapat iPhone 5, saya belanja makan dan bagi kamu main puas-puas iPhone 5 tu. Amacam? hehe

7 thoughts on “Gadget iPhone 5 ada tugasan baru ya”

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>