Hukum Persoalan Iklan Blog

Hukum : Persoalan Iklan Blog dan Halal Haram

Nuffnang, Komli, Innity, Google Adsence, dan syarikat pengiklanan yang pelbagai telah menjadikan arena blogging semakin rancak sebagai ‘periuk nasi’ tambahan blogger disamping berkongsi maklumat, pengalaman dan pandangan hidup di alam maya.

Melalui syarikat pengiklanan tersebut, terdapat pelbagai cara memperolehi pendapatan melalui blog. Diantaranya, Sponsored Post, Advertorial, CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns, CPC (Cost-per-click) Campaigns, CPM (Cost Per Thousand Impressions), CPA (Cost Per Acquisition), CPE (Cost Per Engagement).

Secara ringkas, mereka menyewa ruang blog bagi memaparkan iklan pengiklan dan diberi upah seperti melalui penulisan entri iklan atau dibayar berdasarkan jumlah klik dan jumlah pelawat. Sumber pendapatan juga jelas melalui pengiklan kepada syarikat pengiklanan.

Sebagai seorang muslim beriman, hukum halal haram pendapatan kita wajib diselidik agar harta yang dimiliki bukan menjadi beban tetapi sebagai pembantu mendapat rahmatNya diakhirat kelak. Permasalahan ini disebut sebagai masalah kontemporari rentetan kemajuan dunia teknologi pada era globalisasi kini.

Saya bukan ahli dalam bidang muamalat apatah lagi sebagai orang agama. Maka disertakan makalah bersama link rujukan sebagai panduan hukum persoalan iklan blog. Sebarang persoalan, sila rujuk link rujukan.

Secebis komen, pandangan dan persoalan ingin saya timbulkan berkenaan iklan blog sebagai seorang blogger dan pengguna Nuffnang asalnya :

  • Tiada penapis iklan selain rokok dan alkohol. Sesetengah iklan seperti iklan sabun Dove contohnya memaparkan iklan seorang wanita agak seksi. Adakah permohonan menapis iklan seperti itu akan diluluskan supaya tidak dipaparkan?.
  • Jika dilihat pada kenyataan UZAR (isi ketiga), bagaimana dengan servis lain seperti ping blog contohnya, apesal.com dan busuk.org sekali sekala memaparkan gambar seperti itu. Adakah terbabit sama dalam permasalahan ini?
  • Pernahkah membaca perjanjian antara blogger dengan syarikat pengiklanan? Adakah segala perjanjian tersebut dipatuhi?
  • Bagaimana isi penulisan blog kita? Adakah seiring dengan hukum syarak?
  • Walaupun kita boleh menapis iklan rokok dan arak tetapi berapa peratus sumber pendapatan blog dari pengiklan tersebut? 1% atau lebih 50% ?
  • Kalau lebih 50%, adakah sumber pendapatan diasingkan supaya tidak bercampur?

Baca, fikir, nilai, fahamkan dan amalkan.

Hukum Persoalan Iklan Blog
Gambar Hiasan [1]

Upah Dari Google Adsense dan Nuffnang : Haruskah? [2]

SOALAN

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu’ atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.

3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.

Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.

Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter’ atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.

KESIMPULAN

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Sekian

Zaharuddin.net on Facebook

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

1 April 2010

Hukum Meletakkan Iklan Nuffnang, Google Adsense, Advertlets & Seumpamanya [3]

Salam bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini.

Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik).

Terlebih dahulu saya berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan.

Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.

Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.

Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money’ atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.

Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :

“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :

” Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan ”
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini ”
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “

Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.”

Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.

Blog Menjadi Haram ??? Betulkah ??? [4]

Hari ini tergerak hati saya untuk berkongsi pendapat dan pandangan mengenai penulis-penulis blog yang menulis sambil mencari rezeki di sebalik penulisan digital mereka. Girang rasanya dan terbuka kalbu kerana saya juga salah seorang dari penulis digital yang mencubit sedikit rezeki melalui tinta digital ini. Apa yang ingin saya tumpukan di sini ialah apabila timbulnya satu atau lebih persoalan mengenai pendapatan melalui blog. Tidak ramai yang mengambil kisah tetapi pernahkah kita terfikir atau paling tidak terlintas di rongga pemikiran samada halal, haram atau syubhahkah jalan rezeki itu?

Mungkin masih ada yang masih samar dengan punca rezeki ini jadi biar saya rungkaikan sedikit sebanyak punca-punca rezeki yang boleh didapati melalui blog. Antaranya ialah :

1. Iklan melalui ejen seperti Google Adsense, Nuffnang dan Advertlets.
2. Penjualan produk-produk ( e-perniagaan ).
3. Sumbangan dari pembaca dan pelayar internet.

Tiga jalan di atas adalah antara yang paling kerap dan biasa untuk mencuit sedikit sebanyak rezeki di samping berdakwah, menulis dan meluahkan perjalanan hidup di hamparan digital yang dilayari oleh hampir setiap lapisan masyarakat.

Pertama sekali jalan yang ingin saya kupas, iklan melalui ejen pengiklan seperti Google Adsense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya. Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :

” Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan ”
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini ”
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “

Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.

Melalui penjualan produk-produk pula, tertakluk pada sumber jualan, produk yang dijual, dan juga untung yang diambil perlulah memenuhi segala hukum syarak. Namun begitu kebanyakkan manusia akhir zaman bersikap lebih sembrono dengan mengambil mudah tidak kira produk yang mereka jual itu cetak rompak, tiruan dan sebagainya tanpa mengira halal dan haramnya.

Seterusnya, disebabkan terdapat sahabat yang musykil mengenai sumbangan ikhlas kepada blog seperti derma dan sebagainya, saya tambah dan selit sebagai informasi tambahan buat sahabat sekelian. Sebagai contoh, saya petik blog Ustaz Hasrizal yang dikenali dengan nama SaifulIslam.com :

Terdapat ruangan yang meminta sumbang sama atau sumbangan ikhlas kepada SaifulIslam.com dan ini tidak sekali-kali menyalahi hukum syarak kerana sumbangan ikhlas itu datangnya dari wang anda sendiri tetapi pastikan ianya dari sumber yang bersih. Diharap sahabat dapat membezakan sumbangan melalui klik pada iklan yang salah dan juga sumbangan ikhlas dari akaun bank kita terus kepada akaun penulis blog tersebut.

Blog juga berpotensi untuk menjadi haram apabila sumber penulisan itu dipetik dari blog lain tanpa kebenaran dan kredit kepada penulis asal. Apatah lagi apabila penulisan itu berunsurkan fitnah yang mampu merobek kesucian individu lain. Sekaligus, saya ingin menyeru kepada sekelian umum dan sahabat blog marilah kita memastikan kesucian serta kehalalan blog kita dari fitnah, sumber-sumber yang syubhah dan haram. Sama-samalah kita jujur, ikhlas dan menyalurkan unsur dakwah dalam blog kita. Semoga Allah s.w.t bersama-sama kita dalam memperjuangkan cara hidup Rasulullah, iaitu cara hidup dengan Islam sebagai kehidupan.

Wallah hu’alam…

Percampuran hasil pendapatan dan unsur syubhah

SOALAN [5]

salam ustaz.

sy ada soalan dan mgkn juga minta pendangan ustaz.

-bagaimana jika iklan itu menunjukkan gambar wanita tidak bertudung dan berpakaian todak sopan.

-kita tahu nuffnang ada menawarkan iklan arak, walaupun kita boleh memilih untuk tidak mengiklankan iklan arak itu (filter), adakah wang yg kita peroleh itu berkat krn ada unsur syubhah di situ.

JAWAPAN [6]

Salam,

Sebenarnya ada banyak pendapat dalam masalah ini, di antara pendapat mereka adalah seperti :

1. Wanita yang bukan Islam buka aurat tidak mengapa kerana mereka tiada aurat. Ini bermaksud wanita yang berpakaian tidak keterlaluan seperti memakai bikini, memakai pakaian yang seksi dan seumpamanya. Kalau wanita Islam jelas haram, kerana membuka aurat adalah haram.

2. Ada yang mengatakan haram wanita Islam atau Tak Islam membuka aurat dalam iklan tersebut.

3. Masalah duit yang yang bercampur ini juga ada pendapat, ada yang kata haram terus, ada yang kata bergantung kepada jumlahnya dan ini mengikut pendapat mazhab syafie yang mengatakan kalau jumlah duit dari sumber haram sedikit dan duit dari sumber iklan yang halal lebih banyak dari duit sumber haram, maka ia adalah halal. Tetapi ini semua adalah syubhah. Perkara subhah lebih baik ditinggalkan. Ini juga terpulang kepada anda untuk memilihnya yang penting ada hujah.


[1]Sumber gambar, http://netsains.net/2012/01/refleksi-akhir-tahun-nu-jerman-diperlukan-kemandirian-hukum-di-indonesia%E2%80%9C/
[2]Dr. Zaharuddin Abd Rahman. “Upah Dari Google Adsense dan Nuffnang : Haruskah?” 2 April 2010. <http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/926-upah-dari-google-adsense-a-nuffnang–haruskah.html>
[3]Ustaz Nor Amin. “Hukum Meletakkan Iklan Nuffnang, Google Adsense, Advertlets & Seumpamanya” 14 Februari 2010. <http://www.ustaznoramin.com/2010/02/hukum-meletakkan-iklan-nuffnang-google.html>
[4]Ustaz Ismail bin Haji Awang. “Blog Menjadi Haram ??? Betulkah ???” Februari 2010. <http://www.ustaz-ismail.blogspot.com/2010/02/hukum-blog.html>
[5]http://www.ustaznoramin.com/2010/02/hukum-meletakkan-iklan-nuffnang-google.html?showComment=1277478807512#c6229093577959713160
[6]http://www.ustaznoramin.com/2010/02/hukum-meletakkan-iklan-nuffnang-google.html?showComment=1277522258393#c509712871387235878

22 thoughts on “Hukum : Persoalan Iklan Blog dan Halal Haram”

  1. banyak perlu dipertimbang sebelum di letak didalam blog.. setakat ni, saya baru buang nuff dari blog saya.. saya rasa kalini perlu lebih serius bab iklan

  2. Masyaallah! sungguh terperinci dalam menjaga keselamatan akhirat. Syabas!. Saya kagum dan moga Allah beri kekuatan pada saya untuk turut sama mengikuti conroh baik ini. Insyallah.

  3. bergantung pada niat.. entahlah. den pun bukan pandai sangat. tapi kita digalakkan untuk mencari rezeki supaya hidup kita tak melarat.. dan ini salah satu caranya. cuma, harapan kepada pihak advertiser untuk lebih prihatin kepada agama Islam :)

  4. aku sendiri bila ada adsense gambar x best keluar aku akan pi setting dan block iklan tersebut dari tersiar diblog, apa apa pun sebuah perkongsian yg membawa kebaikkan

  5. tu lah. bila bab mencari rezeki halal dan haram ni, dalam keadaan sekarang ni mungkin sukar tapi tak mustahil. nak atau taknak je untuk dapatkan rezeki yg barakah! :)

    jemput singgah ye.

  6. Mengais rejeki melalui berblogging memang harus dilakukan secara hati2 dan cermat, jika tidak bisa, apa yang kita lakukan bisa menjerumus ke hal yang haram dan dosa
    Nice share and happy blogging :)

  7. awalnya saya juga berfikiran demikian, sistem yang dibangun oleh media periklanan sepertinya agak rancu antara halal dan haram, tetapi setelah kita melihat apakah yang kita jual belikan dan ternyata adalah IKLAN, maka saya mengambil kesimpulan kalau hal ini adalah halal, kenapa?, karena ini merupakan sistem jual beli jasa yang tidak hanya di internet tetapi juga di semua media, baik itu media cetak (koran), televisi, bahkan periklanan di jalan-jalan raya, dan ini adalah legal di seluruh negara.

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>