Durian Crepe

Durian Crepe yang sangat mengiurkan

Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca. Dah berapa hari tak update blog ni sebab sibuk sikit. Jadi kali ni nak kongsi tentang durian crepe pula. Dua hari yang lepas keluarga saya datang Johor, jadi tanya dorang pernah makan durian crepe ka tak, tak pernah. Oleh kerana sama-sama tak pernah, jadi nak cuba la juga kan.

Jadi, saya pun cuba la cari di internet yang jual durian crepe di kawasan Pasir Gudang, Johor ni. Cari-cari, jumpa juga. Rupanya banyak juga yang jual di internet sekarang ni. Memang maju perniagaan internet sekarang ni.

Yang lawaknya, oleh kerana selalu baca tentang durian crepe ni kat blog rakan blogger ja. Jadi tak tahu la sebutan sebenarnya macam mana. Jadi masa order tu, saya cakap ada jual durian kerepe (crepe) tak? Ketawa cik penjual tu. Bukan durian kerepe tapi durian crap (sebutan sebenarnya). haha. Malu juga saya. Ada pula penjual kata, durian crip.

Durian Crepe

Bila dah order 3 set dan ambil tu, dalam kereta terus makan. Dengan sejuk-sejuk lagi. Memang sedap sangat. Snack kan, memang sedap. Rasa macam ais krim pun ada. Tapi sayangnya durian crepe ni tak boleh makan banyak sekaligus macam biasa makan durian. Sesuai untuk desert makan dua tiga.

Yang menariknya, dalam 6 orang ahli keluarga saya dalam rumah ni, cuma dorang ja suka makan. Saya dan mak saya. Yang lain, semua tak suka. Memang peluang juga la. Bukan tamak tapi dah rezeki kan. haha

Kepada yang nak cari durian crepe di kawasan Pasir Gudang, Johor Bahru boleh la cari mengikut link-link di bawah ya. Semuanya RM10/6pcs

Durian Crepe boleh order untuk Majlis juga. Tempat saya beli.

010-2266217 (Liyana)

Kawasan Scientex, Pasir Gudang.

0106696810 (Zura)

Sekitar Pasir Gudang, Masai dan Bandar Seri Alam.

013-7582510 (Yani)

Pelbagai jenis Crepe selain durian seperti choclate, strawberry, dan lain-lain.

019 7944143 (Kamal) / 010 8293567 (Ema)

Oleh kerana sekarang ni saya kat Melaka, jadi nak cari durian crepe di Melaka la pula. Mana tahu lagi mengiurkan. Mak saya kata nak cari resepi durian crepe nak belajar. Manalah tahu boleh buat perniagaan. Kalau tak pun, boleh makan untuk diri sendiri.

Bagi rakan blogger yang tahu durian crepe yang sedap di Melaka, boleh la rekomen-rekomen ya.

36 thoughts on “Durian Crepe yang sangat mengiurkan”

    1. Kalau nak tahu resepi mana paling sedap tu susah bro. Kena cuba satu-satu. Tapi saya ada jumpa satu kedai memang buat desert, kuih melalui durian. Itu paling sedap pernah saya rasa. Padat dengan rasa durian lagi.

    1. haha, betul tu. Memang buat sendiri la juga paling puas hati. Saya suka pergi satu kedai tu, padat isi durian dia, besar lagi. Tapi mahal la. RM15 untuk 4 keping kot. Lupa pula.

  1. durian crepe memang fenomena sekarangni..tapi kalau nak diikutkan, rupa crepe yang sebenar bukan macam tu tau…tengok la nanti kalau ada masa, saya update kat blog,..

  2. hehe, best punya cerita pasal durian crepe. hari tu terjumpa kedai menjual durian crepe di KK tapi tidak sempat order sebab mau cepat-cepat nalik KB.

  3. As salam..sy pn jual durian crepe juga..klu nk,bleh cntact no sy 019-7267914…(ika)…sy bt dgn 7jenis tepung…ada yg bt durian crepe ni gna 3,4jenis tepung je…

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>