Cover drama Adam dan Hawa

Drama Adam dan Hawa popular

Ada yang tersesat ke blog ni sebab mencari dengan kata kunci Adam dan Hawa popular sebab perkongsian tip blogging blog popular. Tak pernah lagi blog ni berkongsi tentang Adam dan Hawa, tengok pun belum. haha. Jadi supaya tidak berlaku sekali lagi, saya pun nak tengok juga macam mana cerita Adam Hawa yang tengah popular sekarang. Akan di kongsikan serba sedikit tentang drama ni.

Adam dan Hawa Aaron Aziz Ain
Kredit pada ADAM DAN HAWA (DOWNLOAD)

Sebalik tabir drama Adam dan Hawa

Drama bersiri Adam & Hawa ni karya penulis Aisya Sofea yang sudah ditayangkan pada 27 Ogos 2012 jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134).

Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon utama iaitu Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Antara pelakon lain yg turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid.

Sumber : blog Ezany-kun

Saya tak pasti sekarang ni masih di tayangkan atau tidak di Astro Mustika HD, sebab takda tv kat sini. Kalau tak silap, drama ni adaptasi dari novel Adam Hawa.

Drama mega Adam dan Hawa
Kredit pada Drama Mega “Adam & Hawa” Tak Tiru Ombak Rindu – Zetty Adila

Sinopsis drama Adam dan Hawa

Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.

Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan djchef berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Sambungan sinopsis drama adam hawa astro, Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

Apa yang akan terjadi seterusnya?

Sumber : Sinopsis drama Adam dan Hawa Astro Mustika

Wah menarik. Sayang terlepas tak dapat tengok. Siapa yang tahu apa terjadi seterusnya? Cerita la sikit. Takda tv ni. Terbayang pula kalau Adam ni pelakon lain, macam Sam ka. Amacam la tu ya? Tapi pelakong perempuan yang jadi Hawa ni tak kenal pula, tak pernah tengok di cerita lain. Mula-mula tengok tajuk ni kan, ingat ada kaitan dengan kisah Nabi Adam dengan Hawa.

Cover drama Adam dan Hawa
Kredit pada cover drama Adam dan Hawa

Lirik lagu OST Adam dan Hawa

Lagu drama ni ada dua yang saya tahu la. Muara Hati dengan Sebuah pengakuan. Lagu Muara Hati nyanyian duet di antara Hafiz AF dan Dato Siti Nurhaliza merupakan salah satu lagu yang menghiasi dalam babak drama Adam & Hawa yang mula ditayangkan pada 27 Ogos 2012 jam 10 malam di saluran Astro Mustika HD (134) setiap Isnin hingga Khamis. Di samping itu difahamkan lagu berjudul sebuah pengakuan nyanyian Marshanda turut menjadi lagu ost drama ini

Lirik Lagu Muara Hati

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

Lirik lagu sebuah pengakuan

Hoo. Tuhan, aku bukanlah ahli syurga
Juga tak mampu menahan siksa neraka
Kabulkan tobat ampuni dosa – dosaku
Hanyalah engkau pengampunan dosa hamba-Mu

Dosa – dosaku tak terhitung bagai debu
Ya.. Illahi, terimalah amal tobatku

Sisa umurku berkurang setiap hari
Dosa – dosaku makin bertambah Ya.. Illahi

Hamba yang berdosa datang bersimpuh menyembah-Mu
Mengaku menyeru memohon ampunan-Mu
Mengaku menyeru memohon ampunan-Mu

Sumber : Lirik lagu OST drama Adam dan Hawa

Download atau tonton secara Online

Bagi yang nak tengok drama ni secara online, boleh tengok video di youtube atau tonton secara online dalam blog ezany kun di video drama Adam Hawa full episode. Selalu update juga saya tengok ni. Kalau nak download drama ni, itu saya tak tahu. Saya sokong industri tanah air. hehe.

*****

Kalau nak bagi review drama ni pun susah, tak tengok kan. Tapi dari review kawan-kawan, drama Adam Hawa memang best. Ramai juga yang melekat tengok drama ni. Penuh dah di bagi ni, lirik lagu, sinopsis, sebalik tabir. Tiada link untuk download video ja dengan tengok online. Harap tiada yang tersesat lagi. Suka ayat cerita Adam Hawa ni. Siapalah faham bahasa cinta saya ni. Kalau saya Adam, siapalah nak jadi Hawa. Tunggu 8 lapan tahun lagi kot baru terjumpa Hawa depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah. Hehe. Jodoh dengan takdir, yang penting ada usaha, bukan berserah begitu ja.

“Tak usah di ucap, tak usah di lafaz, aku dah mengerti bahasa cintamu.” – Adam Hawa

26 thoughts on “Drama Adam dan Hawa popular”

    1. Itulah pasal. Pelik tiba-tiba masuk blog ni. Masa cek balik post blog popular tu baru sedar, ada keyword drama adam dan hawa. Jadi lepas ni harap orang tak salah masuk lagi.

  1. Takkanla layan citer ni bro? Adoi!
    Orang rumah aku memang suka, siap record lagi. Sampaikan aku terpaksa mengalah tiap kali citer ni on air. Masa tulah aku guna utk online. :)

  2. Drama ni memang best! – kata bini saya- saya tak tgok pun. huhu.

    sblom ni die tengok kat youtube, lepas takde kene remove oleh Astro terus die suruh langgan astro mustaka. (pandai astro buat duit, cite best sume kene langgan). pastu bini beli novel lagi.

    mcm2. hahah.

  3. watak Ain lepasan STPM sebab masa episod 1, ade scene die kena interview…umo die 20 tahun…beza umo dgn Am 7 tahun le sbb Am mse tu 27 tahun….

  4. ezani Kun ni mula2 ok jer senang download, then sekarang ni macam di control oleh astro, susah nak download episod yang terbaharu

  5. nadiya nisaa memang secocok ngan aaron aziz.lakonan diorg memang bagus..nadiya nisaa makin popular dan diminati ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *