No more freedom niqab - Dihalau keluar dewan peperiksaan kerana purdah

Dihalau Keluar Dewan Peperiksaan kerana Purdah

Sedikit ulasan berkaitan pelajar UM yang dihalau keluar dewan peperiksaan kerana purdah yang pada asalnya saya siarkan di Facebook. Sumber berita ada di nota kaki.

Kesalahan pengawas dan menyangkal kemungkinan alasannya

1. Menyusahkan pemeriksaan

Rasanya tidaklah menyusahkan kerana dalam proses pemeriksaan myKad dan kad matrik sebelum masuk dewan peperiksaan, pengawas boleh beri pesanan agar pelajar membuka atau bersedia membuka purdah sebentar semasa diperiksa.

2. Penyamaran

Disamping poin pertama tidak menyusahkan, disitu pengawas juga boleh mengenal pasti keaslian tuan badan disebalik niqab tersebut.

3. Meniru

Jika alasan meniru sahaja menjadi hujah, banyak benda perlu diharamkan juga dibawa ke dalam dewan. Botol air, jaket, baju lengan panjang, baju seluar berpoket, dan lain-lain. Kertas juga sebaiknya tidak digunakan untuk peperiksaan kerana ramai juga pelajar membawa nota kemudian menyelit nota disebalik kertas soalan kemudian menjawab soalan seperti biasa. Teknik meniru orang zaman sekarang terlalu banyak dan advance. Kalau boleh lecturer subjek juga tidak boleh menjadi pengawas kerana kadang-kadang mereka memberi jawapan dengan pelajar.

4. Etika pakaian universiti

Jika etika pakaian sahaja menjadi hujah, itu tidak mencukupi. Umum mengetahui etika pakaian pelajar ramai tidak mengikut etika. Seluar koyak-koyak, pakai sandle, baju tidak berkolar, seksi, dan pelbagai lagi etika pakaian yang dilanggar ketika peperiksaan dan dalam universiti. Disini berlakunya diskriminasi pakaian. Marah satu, marahlah semua.

5. Waktu larangan dan menghalau

Saya yakin niqab tersebut telah dipakai sebelum memasuki dewan, sayugianya larangan sebelum memasuki dewan bukan selepas berasa didalam dewan apatah lagi sedang menjawab soalan kecuali pengawas terlepas pandang ketika pemeriksaan. Kesalahan patut dihalau adalah kesalahan yang dibuat ketika peperiksaan seperti meniru. Orang tidak meniru sebelum peperiksaan.

Kesalahan pelajar

1. Notis

Notis tidak perlu diletakkan diluar dewan. Bukan sahaja larangan niqab, malah pelbagai lagi kesalahan perlu ditampal diluar dewan jika inginkan notis. Setiap universiti pastinya ada buku panduan atau undang-undang peperiksaan, disitu tempatnya melihat suruhan dan larangan kecuali arahan dalam panduan tersebut kurang jelas dinyatakan seperti berpakaian sopan. Berpakaian sopan mungkin kita boleh memahaminya dengan memakai baju kurung, mungkin juga kita boleh memahaminya dengan memakai apa sahaja selagi tidak memakai hanya baju dalam.

Tidak dinafikan pelajar tersebut juga ada meminta “larangan lisan”. Ya itu betul.

2. Undang-undang universiti

Jika berpegang hukum berpurdah adalah sunat, sayugianya pelajar tersebut mematuhi undang-undang universiti dan negara selagi tidak melanggar hukum syara’ kerana ianya larangan umum yang berkemungkinan adanya maslahah disebalik undang-undang tersebut dikuatkuasakan. Jika ingin membantah undang-undang tersebut, jelaskan kenapa ianya perlu dimansuhkan. Makanya undang-undang umum tersebut terpakai disetiap sudut universiti.

“Pelajar dilarang merokok dalam kawasan universiti”. Bila tahu undang-undang ini, kita tak perlu tanya lagi “dalam dewan peperiksaan boleh merokok tak?”


[1] Photo credit : No more freedom by MW – Paris via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic

[2] Admin Ekeleh. (2014, June 18). Luahan pelajar UM dihalau keluar dewan peperiksaan kerana purdah. Retrieved June 22, 2014 from http://www.ekeleh.com/luahan-pelajar-um-dihalau-keluar-dewan-peperiksaan-kerana-purdah/

21 thoughts on “Dihalau Keluar Dewan Peperiksaan kerana Purdah”

  1. Pada pendapat saya boleh diatasi kalau kedua2 pihak bertolak ansur. Isu berpurdah ni memang dah lama tapi bab kena halau belum ada lagi. Kebanyakkan pelajar di Universiti memang ikut peraturan tak boleh berpurdah. Di luar mereka berpurdah, tapi dalam kampus bukak.. tiada masalah pun. Bila undang2 dilanggar, pengawas memang ada hak menghalau. Itu pelajar kena tanggung lah. Bukak purdah bukan sampai timbulkan fitnah atau berdosa pun.

    1. bkannye pelajar tu dihalau smpai xleh ambek exam pun..disuruh keluar dewan kejap aje pun utk bkak penutup muke nye..mne tau dia nk bkak dlm toilet ke..caption post je yg buatkn kn org yg xbace habis n tak pemahaman tinggi akan slah faham..

    1. betul tu..cuma di dalam dewan peperiksaan aje yg kne la elakkan diri dr pkai pkaian yg menutup muke..lpas abis exam n diluar, pkai la balik..yeidok

    1. dalam kes ni, hukum islam mane yg dipandang outdated tu..berpurdah atau berniqab tak termasuk pun dlm hukum islam, cuma sunat dlm keadaan tertentu dan di negare tertentu aje..pun bukan sunnah..rmai yg bermati2 pertahankan hak berniqab ni smpai anggap ianya sunnah dan ckap org lain jahil..pdhal sendiri yg jahil dgn agame sendiri..waaahaha

    1. peraturan yg ditulis tu cume ckap yg pelajar tak dibenarkan pakai sesuatu yg menutup muka dalam dewan peperiksaan..otometik, purdah termasuk..xdosa pun xpkai purdah

  2. Sebagai seorang niqabis

    saya berpandangan kalau memang ada undang2 menghalang masuk dewan exam dengan niqob

    boleh angkat keap niqob tu

    sama juuga macam masa hari convo tak boleh pakai niqob so angkat kejap je sebab atas stage convo dan dalam dewan exam orang tak sempat nak tengok ni siapa tu siapa sema focus hal masing2

    ini pandangan saya la tak semestinya betul

  3. sebelum bertanya orang apa hukum memakai purdah sila selidik dahulu dan bertanya kpd mereka yg berilmu. jangan ikut emosi nak marahkan pengawas. dalam melaksanakan fardhu haji pun tak boleh memakai purdah ini kan dalam dewan peperiksaan . kena muhasabah diri dulu ye

    1. betul tu en sham ramli..yg ironi nye, kebanyakan mereka yg berpurdah ni pegang niqab tu sbb sunnah smpai anggap mereka yg menghalang tu sbgai jahil..padahal berpurdah tu terang2an bukan sunnah..mereka nmpaknye masih keliru dgn sunnah dan sunat…kasihan

    1. purdah tu penutup muke je encik..muke pmpuan bukan aurat..pengawas tu suh bkan purdah (penutup muke)..dia suruh bkak sesuatu yg x mnampakkan aurat..kih3x…agak konfius ni..sape yg bukan muslim ni..sape yg jahil psal aurat ni..waaahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>