Cara undi entri iPhone 5 blog pilihan anda

Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca. Jam 3 sekarang ni, tadi dah tidur tapi kawan bising terbangun pula. Akhirnya kawan ajak tengok gelak khas Sepah. Makin tak boleh tidur. Bila buka blog, baru teringat ramai kawan-kawan saya tak tahu nak undi entri iPhone 5 blog pilihan mereka. Jadi kali ni saya nak buat entri khas cara undi blog pilihan dari daftar akaun sehingga hantar undian. Boleh? Tapi kena undi entri iPhone 5 gadget impian saya tau. hehe

iPhone 5 Malaysia

Cara daftar akaun

Mula-mula pergi ke entri gadget iPhone 5 ada tugasan baru atau klik sini untuk terus ke laman undian. Kemudian klik login.

Undi blog pilihan anda

Lepas tu, anda boleh terus login tapi oleh kerana ini kali pertama. Klik register.

Klik Register

Isikan butiran anda. Pilih username pilihan dan isikan emel anda. Jangan risau pendaftaran akaun ni tiada spam. Dah setahun rasanya akaun saya berdaftar tapi tiada satu pun emel dari Denaihati.

Isikan butiran anda

Kalau dah daftar tu, akan keluar notification seperti dibawah bermakna akaun sudah siap di daftarkan.

Registration complete

Kemudian, buka emel anda. Saya guna gmail di sini. Copy password. Copy Password

Sebenarnya bahagian ni tak perlu tapi dengan ini lebih mudah kalau nak login lagi pada masa akan datang. Esok kan nak undi lagi entri iPhone 5. Setiap hari kena undi tau. Jenuh nak copy paste terus. Jadi kena la tukar password.

New Password

Akhirnya siap anda mendaftar akaun. Ini belum masuk bab mengundi. Jadi tutorial di atas boleh di gunakan di mana-mana akaun wordpress yang perlukan daftar. Kalau nak daftar jadi subsriber ka, editor, author dan sebagainya. Boleh ikut langkah-langkah di atas. Masuk bahagian mengundi entri iPhone 5 blog pilihan anda pula.

Cara undi entri iPhone 5 blog pilihan anda

Klik button di bawah untuk mengundi.

Undi blog pilihan iPhone 5 anda

Lepas tu boleh la klik login.

Klik Login

Gunakan fungsi CTRL+F (tekan di keyboard anda butang CTRL dan F secara serentak) untuk memudahkan. Cari naziman.com ya. hehe. Wajib pilih 3 blog. Kalau blog tak kenal, tak pa. Pilih ja secara rawak. Nampak domain macam best. Sebaiknya pergi ke blog setiap blog dan baca entri iPhone 5 Gadget impian mereka. Macam kawan saya peminat blogserius dan hanya blog tu saja dia tahu, tapi tak menyertai contest ni. Kecewa dia. Dia tanya apa lagi blog terbaik top 10 di Malaysia. Saya katalah Denaihati.

Gunakan fungsi CTRL+F

Sambung tutorial, selepas anda dah pilih tiga blog pilihan, button “Hantar Undian” sudah boleh di klik. Boleh la terus klik.

Hantar Undian

Bila dah hantar undian tu, akan keluar page baru menyatakan undian anda sudah diterima. Anda telah berjaya. Esok undi lagi ya.

Undian diterima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv