Cara tutup akaun emel yahoo

Sebelum ini saya pernah bagi cara nak tutup akaun emel yahoo, saya kongsikan ini balik sebab saya pun terfikir nak tutup akaun yahoo. Saya nak tutup akaun pun sebab emel yang semak dengan spam tapi di sebabkan yahoo answer dan yahoo id untuk yahoo messenger ( ym ), hasrat tu terpaksa saya batalkan.

Jadi emel yahoo saya tu, saya biarkan begitu ja la. Saya lagi suka guna Gmail dari Ymail. Banyak baiknya gmail dari ymail bagi saya. Mungkin lain kali saya akan kongsikan perbandingan emel-emel yang terkenal sekarang ni.

Apa yang anda perlu tahu sebelum tutup akaun emel yahoo?

Sebelum anda ikut cara yang akan saya akan tunjuk lepas ni, sila fikir dengan sebaik-baiknya sebab semua akaun yang berkaitan dengan yahoo akan ditutup sekali. Antaranya :

  • Yahoo! ID
  • Yahoo! Mail
  • Profile Names
  • Yahoo! Network
  • Yahoo! Contacts
  • My Yahoo!
  • Yahoo! Groups
  • Yahoo! Finance Portfolio
  • Yahoo! Address Book
  • Yahoo! HotJobs
  • GeoCities
  • Yahoo! Briefcase
  • Dan yang mudahnya semua akaun yahoo anda yang menggunakan yahoo id dan password akan di tutup.

Ada juga yang terkecuali iaitu Yahoo! People Search, akaun yang ini anda kena edit dan padam sendiri.

Bagi pengguna yahoo yang menggunakan servis premium, pastikan tidak melanggan servis premium dulu sebab yahoo tidak menjamin kalau tutup akaun, tiada pembayaran akan di buat lagi. Nanti tak tentu pasal, kena bayar tapi tak boleh tutup dah.

Anda kena tahu juga, kalau anda tutup akaun yahoo ni, anda tidak dapat aktifkan semula.

Cadangan saya kalau anda nak tutup akaun yahoo sebab semak dengan spam dalam emel atau tengok gmail lagi bagus macam apa yang saya alami, lebih baik anda biarkan saja emel tu begitu. Nanti lain kali kalau ada perlu sign-up ka yang semak dengan emel, boleh guna emel yahoo tu.

Yang ini saya tak pasti, kemungkinan kalau anda tutup akaun yahoo, semua website yang menggunakan emel yahoo anda akan hilang juga macam facebook. Ini saya tidak pasti tapi kemungkinan betul.

Jadi dah fikir masak-masak? Boleh teruskan langkah di bawah.

Cara tutup akaun emel yahoo

Caranya mudah sahaja. Layari laman Account Termination untuk yahoo atau klik pada gambar di bawah. Anda akan di minta untuk log masuk ke akaun yahoo dahulu, kalau anda sudah log in, dia akan minta isikan password. Kemudian, boleh ikuti langkah dalam gambar untuk teruskan menutup akaun emel yahoo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv