Cara menghapus folder Shortcut Virus

Cara menghapus file folder menjadi shortcut lebih terkenal di panggil shortcut virus ni saya dah kongsikan dari blog lama sebelum berlaku masalah. Perkongsian ini saja untuk menghapuskan masalah 404 error. Jadi sambil menyelam minum air.

Untuk pengetahuan semua, cara yang akan dikongsikan ni saya tak tahu masih sesuai atau tidak sekarang ni. Sebab sekarang tiada laptop boleh di bagi contoh atau laptop ada masalah ni. Dulu saya kongsikan ada rujukan laptop kawan bermasalah dengan shortcut virus.

Jadi perkongsian ni akan meliputi semua cara menghapus shortcut virus untuk memudahkan sebab ada shortcut virus yang degil. Lepas dah hilang datang balik. Ada pula cara bemasalah kerana hidden file.

Apa tu Shortcut Virus?

Shortcut virus ni biasanya kita boleh tengok bila semua fail folder dalam external hard disk, pendrive atau memory card jadi shortcut. Semua nama fail tetap sama tapi tak boleh akses. Setiap folder juga akan ada arrow menunjukkan folder tersebut shortcut. Manakalah storage masih seperti biasa.

Contoh serangan Shortcut Virus

Screenshot serangan shortcut virus external harddisk kawan.

Ini di sebabkan serangan virus. Orang biasanya panggil shortcut virus. Virus ni pelik sikit tak boleh di scan dan detect oleh software anti virus. Virus ni macam jenis, ada lepas format pun masih berlaku, ada guna CMD pun masih tak boleh buang, ada lepas dah baik, tak sampai 1 jam datang balik. Hebat kan virus ni.

Menghapus folder shortcut virus

Saya akan kongsikan cara mudah dahulu saya selalu guna bila di serang virus shortcut. Anda boleh cuba cara ni dulu, kalau tidak berjaya baru beralih kepada cara lebih sukar.

Guna Virus Shortcut Remover UITM

Download dulu software portable Virus Shortcut Remover UITM v3 atau boleh download Virus Shortcut Remover UITM v2.1. Cara di bawah guna v2.1, untuk v3 saya tak pasti sebab dengar lagi baik dari v3. Saya guna Ubuntu sekarang. Jadi tak boleh nak tengok. Cuba download dan install dulu, kalau kalau tak faham, boleh tanya saya akan usaha untuk tolong.

Bagi window XP

1. Buka fail Install.exe
2. Buka fail Virus Shortcut Remover v2.1.exe
3. Gunakan.

Bagi window vista atau window 7

1. Buka fail Install.exe – buka sebagai administrator. (caranya right klik pada file kemudia tekan run as administrator)
2. Buka fail Virus Shortcut Remover v2.1(Beta).exe – buka sebagai administrator
3. Gunakan

Jikalau anda menghadapi masalah berkaitan “Command Prompt”, right klik pada fail “cmd” atau fail “cmd.inf”. Kemudia pilih install. Sebaiknya guna tool ni dalam keadaan safe mode.

Guna software Shortcut Remover alternatif

Kalau tak berjaya boleh cuba guna satu lagi tool. Baca lebih lanjut di download Shortcut Virus Remover.

Kalau masih tak terhapus juga, cuba pula download dan install software Smadav 8.3. Kalau tak dapat boleh juga, kita akan cuba cara manual.

Guna CMD untuk delete Shortcut virus

Laptop pertama saya baiki untuk buang shortcut virus guna CMD la sebelum saya jumpa software portable UITM tu. Cara ni leceh, tak tentu jadi. Sebab kadang-kadang ada masalah tak boleh recover data. Saya pun lupa sudah. Dah lama tak buat setahun rasanya sebelum jumpa software UITM.

  1. Masukkan thumdrive anda ke komputer anda, pastikan anda hold key shift ketika anda sedang memasukkan thumdrive anda. Ini untuk matikan fungsi autorun thumdrive.
  2. Setelah anda memasukkan thumdrive anda, tekan start menu > all programs > accessories > command prompt (windows vista/7) ataupun hanya taip CMD pada search bar di start menu anda.
  3. Dialog command prompt akan keluar, anda hanya perlu menaip latter thumdrive anda, sebagai contoh, latter thumdrive yang anda masukkan tadi ialah F, jadi anda perlu taip F: kedalam CMD.
  4. Kemudian masukkan command yang diberikan dibawah

del *.lnk       // LNK tau, bukan ink, tulis dalam huruf kecil.lepas tue hit enter key, Command ini untuk delete semua shortcut yang ada.
attrib -s -h /s /d       // Command ini untuk unhide semua file dan folder.
del autorun.inf       // Virus shortcut akan menggunakan autorun ini untuk automatically run apabila thumdrive dimasukkan.

Virus Shortcut CMD

 

5. Delete program virus tersebut! paling penting bagi mengelakan gejala yang sama berulang, untuk mengenali program virus tersebut, berikut adalah klu-klunya.

5.1 Mempunyai nama aneh dan tidak tersusun seperti assbtez dan sebagainya, nama adalah berbeza bagi setiap thumdrive yang berbeza, sekiranya anda masukkan thumdrive lain yang terkena virus ini, namanya pasti akan berbeza.
5.2 Mempunyai icon seperti ini

Shortcut Virus Icon
5.3 Ada 2 program, pastikan delete kedua-duanya, kedua-duanya mempunyai nama berbeza, persamaan antara mereka ialah icon yang sama

6. Selesai, thumdrive anda telah berjaya dibersihkan.

Sumber : Cara-cara untuk delete Virus Shortcut Directly Using CMD

*****

Saya harap perkongsian ni membantu. Memang banyak cara untuk buang virus ni. Masa saya mula-mula dulu buat lagi lama, external hard disk 1TB. Tak tahu lagi ada software mudah untuk hapuskan shortcut virus. Guna software recover lagi. Guna software Autorun Exterminator. Masalah hidden fail lagi. Rasa nak format ja tapi external hard disk kawan pula. haha. Itu ja, harap dapat membantu. Kalau ada masalah, bagitahu saja. Saya akan cuba tolong.

Update 24/10/2012 :

Melalui komen dalam entri ini, bro Shraqs rekomen kan satu software menarik juga .Geekz Virus Remover v4.2. Boleh tengok ciri-cirinya.

Ciri-Ciri:

  • Scan memory semasa GVR di aktifkan.
  • Scan keseluruhan file.
  • Scan sistem, iaitu scan lokasi-lokasi yang berisiko tinggi.
  • Scan satu file.
  • Scan registry.
  • Mengesan malware daripada file Autorun.inf.
  • Mengunakan enjin analisis skrip untuk mengesan malware yang berbentuk skrip iaitu vbs, bat, inf, dan js.
  • Perlindungan pendrive dari virus.
  • Fungsi scan yang laju.
  • Mengesan malware dengan ketepatan yang tinggi.
  • Memperbaiki registri yang di ubah oleh malware.
  • Fungsi mengubah nama dan organisasi dalam registry.
  • Fungsi “Kill All Process” yang akan mematikan semua process selain process windows. Sesuai digunakan untuk membuang malware yang tidak dikenali.
  • Fungsi update virus definition secara online.
  • Antara muka yang mudah difahami.

Registry yang akan di baik pulih dalam fungsi “Repair Registry” :

  • Show Hidden file.
  • Show File Extension
  • Show Task Manager
  • Show Registry editor
  • Show MsConfig
  • Show Run Menu
  • Show Folder Option
  • Show Command Prompt
  • Show Control Panel
  • Show Find menu
  • Show Hidden Drive
  • Show Taskbar
  • Show Context Menu
  • Show View Context Menu
  • Show Shutdown & Log Off Menu
  • Normalkan “Taskbar Size Move”
  • Normalkan balik internet explorer (Title bar, General Tab dll)
  • Normalkan Pelaksanaan file jenis .reg, .exe, .pif, dan .com.
  • Normalkan balik klik kanan mouse.

Kredit pada Virus Remover : Geekz Virus Remover v4.2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv