10 cara jana pendapatan melalui adf.ly

Perkongsian cara jana pendapatan melalui adf.ly ni sebab ada orang mention kat twitter minta ajar buat duit melalui adf.ly. Saya pun baru jana sikit ja dari adf.ly ni tapi berhenti atas sebab tertentu. Tapi takpa la, orang dah minta ajar, saya akan cuba bagi yang terbaik.

Cara jana pendapatan adfly

Adf.ly ni url shortener seperti bit.ly, goo.gl dan banyak lagi. Bezanya, kita pendekkan url, kita buat duit. Boleh la jana pendapatan online sikit. Selain dari adf.ly, ada dua lagi program paid url shortener yang di percayai legit, Linkbucks. Satu lagi tu saya lupa apa. Tapi ramai orang pilih adf.ly sebab payout rates lebih tinggi di samping banyak tool yang di berikan untuk variasi kita jana pendapatan dari program paid url shortener.

Idea jana pendapatan melalui adf.ly

Ada dua jenis cara boleh di pilih, cara baik atau cara jahat. Untuk cara jahat, saya malas nak cakap panjang. Takut nanti saya pula kena tempias dosa dan saman. Sebelum melangkah dengan tips dan cara, saya bagi tips paling asas. Pastikan anda boleh klik dari United States atau United Kingdom. Sebab payout rates dari negara ni sangat tinggi. Maksudnya, lebih sesuai buat blog english, sertai forum english, follower laman sosial english. Kalau nak bahasa Melayu juga, pastikan boleh dapat klik dari Singapore.

Blog atau website

  1. Buat satu blog atau website sampai trafik tinggi. Kemudian, masukkan skrip page entry. Jadi di sini, setiap kali orang masuk blog kita, dapat income. Makin tinggi trafik, makin masyuk la. Masalah skrip ni, buat pembaca terganggu. Kalau info yang di bagi tu kurang menarik, pembaca tetap atau baru datang, takkan datang lagi. Tambahan pula guna iklan interstitial kena tunggu 5 saat baru buka page sebenar. Bagi sesiapa tetap ingin mencuba, boleh ikut langkah yang mudah ni. Laman adf.ly > Tools > Website entry script > copy dan paste kod tu dalam kod HTML sebelum . Skrip tu boleh tukar ke iklan banner, boleh tukar berapa kali pelawat akan tengok iklan dalam 24 jam dan berapa lama delay dari website loading dan skrip tu muncul.
  2. Full page script. Skrip ni akan tukar semua link dalam website/blog anda ke link adf.ly.
  3. Buat satu software, video, atau gambar, atau apa saja yang menarik untuk di download. Bagi yang ingin berikan download percuma bukan hak milik sendiri, itu tanggungjawab anda sendiri. Kalau nak bagi download software tu mungkin boleh, tapi sebaiknya software yang percuma macam Chrome ka, mozilla, OS ubuntu. Barangan percuma kan.

Forum

  1. Guna signature dengan sebaiknya. Buat anchor teks gempak sikit. Contoh “cara buat duit $9999 sebulan dalam USD dengan mudah”. Naa. Gempak kan. Mesti orang klik. Lepas tu orang tengok cara sign-up ja. Banyak saya tengok begitu. Buat tajuk gempak, rupanya cara sign-up ja. Ini ada annoying sikit.
  2. Kalau nak jana pendapatan melalui forum, kena aktif forum. Kalau aktif ni, baru orang sedar signature tu. Bukan buat signature lepas tu tinggal begitu ja.

Laman sosial

  1. Boleh share link seperti biasa. Mungkin info menarik post di facebook atau twitter supaya orang klik.
  2. Atau guna cara automatik. Tapi jangan spam. Caranya guna twitterfeed. Nasihat di sini, sebaiknya kalau kongsi link blog orang Malaysia sendiri, janganlah guna adf.ly. Caranya guna API Documentation. Caranya di advanced setting twitterfeed tu, tukar shorten link tu custom. Copy paste API adf.ly dan tukar url asal ke %@. Anda boleh tukar dari iklan interstitial ke banner dan boleh tukar domain yang nak di guna selain adf.ly.

Manual

  1. Cara manual ni kita sendiri yang klik. Mudah ja, contoh laman google homepage browser anda, pendekkan url dengan adf.ly. Lepas tu, setting bila buka browser, keluar adf.ly.
  2. Kalau nak lagi advance. Bookmark mana-mana laman yang kita selalu buka. Contoh blog naziman.com. Bookmark. Kalau buka blog ni, buka dari bookmark. Kalau rajin, buat bookmark banyak-banyak.

Referral

  • Ini paling masyuk sebenarnya kalau referral ramai dan aktif sebab kita dapat 20% dari earning referral kita. Jadi salah satu referral setiap bulan dapat $10. Kita setiap bulan dapat $2. Kalau 10 dari 100 referral kita aktif. $2 X 10 = $20 setiap bulan dalam sedar tak sedar. Kalau dorang jana $10, kalau $100?. Bagi sesiapa yang belum daftar boleh daftar guna link referral saya ni. Jangan risau bukan ambil income referral kita. Ni kira komisen.

Itu ja rasa cara jana pendapatan dari adf.ly yang baik. Yang lain semua ada unsur tak baik dan unsur annoying yang melampau. Contoh pop-up/pop-under, klik 1 link keluar banyak page dan banyak lagi. Kalau pembaca ada idea lain jana pendapatan melalui adf.ly yang baik-baik atau paid url shortener yang lain, harap boleh di kongsikan untuk orang lain.

Nanti saya akan buat review saya jana pendapatan dari adf.ly pula. Memuaskan atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv