Windows 7

Cara buat taskbar program di tengah window 7

Cara buat taskbar program di tengah ni tidak la sesusah mana. Perkongsian ni pun saya dah kongsikan sebelum ni masa blog saya belum bermasalah.

Walaupun benda ni mudah tapi tak semua juga orang tahu. Ada juga pentingnya kita tahu cara buat taskbar program di tengah ni.

Faedah buat taskbar program di tengah window 7

Gambar di atas adalah contoh hasil tutorial ni.

Kebanyakan faedahnya ni lebih kepada peminat tegar menukar tema. Sesetengah tema menyediakan corak yang cool lagi kacaknya. Minta maaf tak bagi contoh yang lawa-lawa. Saya dah lama tak bermain dengan tema sebab nak laptop laju.

Faedah lain, boleh buat kawan-kawan rasa teruja tengok laptop kita. Hahaha. Mengarut sikit tapi betul la, orang yang tak tahu caranya pasti tertanya-tanya caranya.

Itu saja faedahnya saya rasa. Kalau ada faedah lain, boleh beri pendapat melalui ruang komen di bawah.

Cara buat taskbar program di tengah window 7

Caranya mudah saja. Tak perlu guna cmd ka, register ka, atau apa-apa yang lebih complicated.

Mula-mula right klik taskbar > uncheck ‘Lock the taskbar’ > Toolbars > New toolbar…

Di sini kita akan di beri pilihan untuk pilih folder kita nak. Anda boleh pilih folder sedia ada. Atau ikut cara saya. Ini cara saya.

Saya pergi ke folder atau tempat yang memang saya takkan kacau atau jarang buka. Contohnya, Local Disk (c:). Dalam folder tu saya buat satu folder (New folder). Letak la nama apapun.

Lepas dah pilih folder (select folder), akan ada keluar nama folder yang anda pilih tadi. Anda tarik (drag tekan yang ::) ke sebelah kiri sekali sehingga program jadi di sebelah kanan.

Dari sini anda boleh kemas-kemaskan mengikut keselesaan.

Untuk menghilangkan nama folder tu. Right klik sekali lagi di taskbar > uncheck show text > uncheck shot title.

Cara di atas akan menjadikan program tu berat sebelah.

Untuk menjadikan program ni tetap maintain di tengah walaupun banyak program di buka macam contoh di atas sekali tadi. Ulangi langkah di atas dari langkah satu kecuali langkah nombor empat.

Untuk OS lain, seperti biasa la, saya tiada OS lain nak cuba.

Itu saja tutorial saya. Selamat mencuba.

13 thoughts on “Cara buat taskbar program di tengah window 7”

    1. iya boleh. dulu saya suka betul buat ni. tapi sekarang tak main tema kan. malas la pula. tapi tetap menarik di tengah di bandingkan di tepi. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *