Cara basic lajukan laptop

Sebelum ni saya ada berkongsi tentang cara lajukan laptop mengunakan pendrive sebagai RAM. Ramai yang tahu, ramai juga yang tak tahu. Sudah menjadi lumrah, setiap perkara bukan semua tahu selagi tak di cari atau ada orang kongsikan. Walaupun cara tu berkesan tapi anda semua kena ingat dan tidak lupa perkara basic untuk lajukan laptop juga. Jika tidak, anda tidak dapat merasa kelajuan laptop anda dengan sebaik mungkin.

Di sini, saya terus dengan topik kita cara basic lajukan laptop. Tetapi sebelum tu saya nak update sikit tentang lajukan laptop mengunakan pendrive.

Saya dah cuba menggunakan pendrive 8GB dan ianya menjadi tetapi nak cakap makin laju tu saya kurang pasti sebab saya cuba sekejap saja. Laptop saya tak cukup port USB untuk pendrive tu, jadi saya tak guna masa guna broadband. Biasanya laptop saya lag masa tengah berinternet.

Lagi satu, untuk lajukan pendrive menggunakan pendrive, anda mesti menggunaka port USB yang laju. Saya baru beli USB port supaya lebih banyak USB boleh di gunakan tetapi sayang sebab port ni USB 2.0. Jadi kalau nak guna untuk lajukan laptop, jadi la begini.

Cara basic lajukan laptop

Langkah pertama :

Jangan jadi macam begini di laptop anda. Saya baru ja copy movie dari kawan, jadi itulah merah semua ni. Ini melambatkan laptop. Jadi, jangan jadi macam saya kalau nak laptop laju.

Langkah kedua :

Seperti biasa, anda harus buang atau uninstall software yang anda tidak gunakan. Cuba anda buka control panel atau software-software anda, kemungkinan ada software yang dah berkurun tak guna, atau ada yang install ja tapi tak guna-guna pun sampai sekarang. Itu calon-calon software untuk di buang la tu.

Cuba utamakan buang software yang besar-besar tapi tak guna. Dan lagi satu, mana-mana toolbar untuk browser pun, lebih baik buang juga. Buang software yang hampir sama fungsinya. Contohnya macam kita ada gom player, KM player, VLC player dan macam-macam lagi, itu semua sama fungsi, lebih baik pilih salah satu kalau nak lajukan laptop.

Cuba cari alternatif software lain yang lebih baik. Contoh kita biasa guna adobe reader, kalau jarang-jarang buka format pdf atau buka untuk nak tengok dokumen ja, mungkin anda boleh cuba guna software percuma Foxit Reader. Cari alternatif software yang lebih ringan tapi fungsi hampir sama.

Untuk uninstall software, boleh guna Advanced SystemCare atau software uninstaller lain. Dulu saya guna Revo Uninstaller dan mungkin akan gunakan balik sebab Advanced SystemCare tak berapa bagus untuk uninstaller. Kenapa perlu guna software ni? Sebab kebiasaanya, kalau kita uninstall software, tak semua fail dan register di buang. Masih ada fail dan folder yang tertinggal, itu boleh melambatkan laptop juga.

Langkah ketiga :

Cuba scan virus dan malware di laptop anda. Kalau laptop banyak virus, laptop akan jadi lambat juga. Langkah pertama, scan seperti biasa laptop anda. Kalau tiada, cuba guna safe mode untuk scan virus. Kalau tiada juga, scan virus online seperti ESET online scanner. Kalau tiga-tiga tu tiada, tahniah. Laptop anda bersih dari kotoran virus.

Berkaitan antivirus pula, gunakan antivirus dan antimalware yang tak lambatkan laptop anda. Kebiasaanya antivirus memang akan lambatkan laptop tapi anda kena pandai cari yang terbaik. Mungkin lain kali saya akan kongsikan antivirus yang terbaik sebab saya pun nak tukar antivirus. Sekarang saya guna Comodo Internet Security Premium.

Langkah keempat :

Buang software tak guna, maksud saya bukan uninstall tapi terminate process mana-mana software tak guna masa tu. Contoh, anda tengah main game di laptop. Semestinya player, browser dan lain-lain tak guna kan. Jadi tutup software tu. Anda boleh buat langkah ni dari awal sekali lajukan boot time laptop anda. Saya bercadang nak kongsikan tentang lajukan boot time, nanti dah ada masa, saya akan kongsikan.

Langkah kelima :

Pastikan anda selalu defrag anda dan bersihan benda tak guna. Anda boleh defrag menggunakan yang sedia ada. Saya defrag mengunakan software Auslogic Disk Defrag atau Advanced SystemCare, tetapi saya lebih biasa menggunakan Auslogic Disk Defrag. Mengikut kata orang juga, software ni lebih baik dari software defrag yang lain.

Untuk bersihkan benda tak guna tu, contoh macam temporary file, register tak guna dan sebagainya, boleh gunakan ccleaner atau software-software lain. Dalam window, kedua-dua fungsi ini memang dah ada. Tetapi itu terpulang nak guna atau tidak. Yang penting, pastikan dua benda ni, selalu di buat, sekurang-kurangnya, sekali seminggu.

Langkah keenam :

Pastikan anda mengunakan kipas di bawah laptop untuk sejukkan laptop anda dan tidak overheat. Pastikan cari kipas yang terbaik untuk di letak di bawah laptop. Lagi satu, pastikan juga jangan tutup tempat angin (tak tahu nak sebut apa) tu keluar, sebab dia akan kumpulkan suhu laptop dan menambahkan suhu laptop anda.

Sebelum ni saya guna kipas juga tapi yang tiada penutup dibawah. Biasanya saya letakkan di atas tilam. Cara ni tak boleh sebenarnya, kipas tak boleh jalan. Lagi satu dia kumpulkan suhu tu. Jadi sekarang saya guna kipas yang ada penutup di bawah dan suhu tu di keluarkan ikut tepi. Sekarang saya boleh letak di mana-mana saya suka.

Langkah ketujuh :

Yang ini ada sakit sikit. Tukar tema anda kepada yang biasa. Kebiasaannya tema menggunakan aero atau tema-tema lain tu memang akan lambatkan laptop. Dulu saya gila tema juga, selalu cari tema yang lawa. Masa tu cakap, biar laptop lambat yang penting laptop lawa. Tapi sekarang, tak boleh. Tukar ayat dah, biar laptop buruk, asal laptop tak lag.

Langkah kelapan :

Yang ini lagi sakit, kalau laptop dah terlalu lama tu, atau tak mampu nak beli ram. Penyelesaiannya, tukar-tukar la Operating System (OS) anda. Mengikut pengalaman orang lain, window vista palin lambat. Window vista saya tak pernah cuba lagi. Mungkin anda boleh cuba guna Mac, Ubuntu atau Window XP. Saya tak tahu OS mana paling laju tapi saya rasa window XP paling laju bagi ram rendah.

Langkah kesembilan :

Ini paling sakit. Macam biasa tambahkan RAM. Tapi berhati-hati ketika membeli RAM sebab kadang-kadang ada RAM yang rosak. Ini mengikut penjual di kedai komputer saya pergi dulu, dia kata walaupun RAM tu 2GB tidak semestinya laju. Ada RAM 1GB yang lagi laju dari RAM 2GB. Saya pun tak pasti betul ka tidak. Kalau betul pun, saya tak tahu kenapa. Sebab masa tu pun cerita kosong-kosong, tak nampak benda depan mata.

Langkah kesepuluh :

Ini cara paling sangat terlalu sakit. Kemungkinan laptop anda dah lama, macam laptop saya dah guna hampir lima tahun. Jadi selama anda gunakan laptop tu, mungkin ada overheat, atau ada hardware yang rosak mungkin akan lambatkan laptop anda. Jadi di sini ada dua penyelesaian, anda cuba check hardware laptop anda, kalau perlu gantilah baru.

Ataupun, beli laptop baru. Anda boleh pilih antara netbook, notebook atau ultrabook. Netbook kebiasaanya memang lambat. Notebook sekarang banyak kelebihan terbaru yang di beri. Semakin lama, semakin baik. Tapi jika anda berkemampuan, anda boleh pilih ultrabook. Saya pun baru tentang kewujudan ultrabook ni. Pendek kata, ultrabook terbaik dan terlaju dari notebook dan netbook. Kalau saya banyak duit, saya nek beli ultrabook.

Saya rasa itu saja cara basic nak lajukan laptop anda. Kalau ada yang saya terlupa atau ada kekurangan, berikan pendapat anda. Jika perlu, saya akan update perkongsian ini atau buat satu lagi perkongsian untuk lajukan laptop. Jadi sebelum gunakan pendrive untuk lajukan laptop, pastikan buat yang basic dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv