Blogwalking dan Komen Blog cara yang betul

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca yang dikasihi. Alhamdulillah setelah sekian lama mendalami ilmu dengan kuasa membaca, muhassabah diri dan sebagainya. Akhirnya kini lebih baik dari sebelumnya. Ilmu membaca tersebut akan diteruskan cuma kali ini lebih tersusun dengan jadual blogwalking, komen blog, membaca dengan aktiviti seharian.

Semalam terbaca penulisan bro Eizil di blog Denaihati berkenaan seni penulisan komen. Tertarik dengan artikel tersebut jadi ingin saya kongsikan sedikit berkenaan blogwalking dan komen blog juga.

Seperti yang dikatakan oleh bro Eizil juga, ada sesetengah blogger memberi komen untuk memberitahu dia dah jenguk blog tersebut, ada yang komen blog kerana nak backlink, nak tanya pendapat, nak hadiah dan banyak lagi sebab.

Bagi saya tidak kira apapun sebab blogger tersebut komen di blog ni, saya tak ambil kisah sebenarnya selagi komen tersebut bukan spam semata-mata. Bagi blogger yang ambil kisah pula macam mana?

Rasanya apa pandangan blogger tersebut kepada penulis komen atau blog kita jika bertanya di mana jawapannya sudah tertera di dalam artikel, jika memberi komen tiada kaitan dalam artikel atau memberi komen dengan dua tiga perkataan saja.

Apa kata kalau kita komen bukan saja dapat backlink atau dapat tinggalkan jejak tapi kita juga dapat trafik dari komen tersebut, dapat eratkan silaturrahim antara insan, dapat rakan. Itu lebih baik.

Blogwalking dan Komen blog cara baik

Jadi disini saya akan cuba berikan cara yang saya akan terapkan sendiri dalam dengan cara saya blogwaking dan komen blog pada masa akan datang.

Blogwalking dan Komen Blog

Ceritakan pengalaman

Bagi topik artikel mungkin kita dah tahu, atau topik yang kita tak minat. Elakkan komen seperti ini. “info baru”, “terima kasih kerana berkongsi” dan sebagainya. Tukarkan dengan bercerita pula tentang diri sendiri. Contohnya artikel berkongsi tentang cara komen blog yang betul. Anda ceritakan pengalaman anda mungkin dulu tak suka komen blog tapi sekarang ni komen blog memang menarik.

Sokong dan tambah pendapat

Salah satu teknik yang patut diterapkan juga. Contoh artikel berkenaaan tip cari idea jana pendapatan. Kalau kita setuju tip yang diberikan, katakan kita setuju dan tambahkan pendapat kita sendiri kalau ada.

Bangkang artikel dan beri cadangan lain

Mungkin ada sesetengah artikel kita tidak setuju kita tidak patut juga kata sokong, lebih baik berkata dengan jujur tapi dengan baik. Berikan sebab kenapa tidak setuju kemudian berikan cadangan lain pula. Contohnya, “Sebenarnya saya kurang setuju dengan tip ni sebab saya selalu buat dulu macam tip diatas tapi tiada kesan. Cadangan saya lebih baik begini begini begitu”

Balas komen orang lain

Ini juga patut diterapkan. Kadang-kadang artikel tersebut kita kurang faham dan jawapannya ada dalam komen, jadi kita tak berulang kali bertanya soalan yang sama atau beri pendapat yang sama. Mungkin juga ada komen pertanyaan tanpa jawapan, kita boleh tolong jawabkan.

Komen bila perlu

Jangan paksa diri untuk tinggalkan jejak, nak backlink kalau tak berminat atau kekurangan masa nak membaca sebab ini akan membuatkan kita komen tidak berkualiti. Walaupun kita blogwalking mudah dan cepat tapi kalau komen tak berkualiti, impak yang dapat dari blogwalking tu kurang ataupun lambat.

Berikan ketetapan untuk blogwalking

Blogwalking ni boleh melalaikan kita juga. Jadi kita beri ketetapan kalau nak blogwalking. Dalam tempoh tu kita akan fokus pada blogwalking, komen kita berikan juga akan lebih berkualiti. Contohnya tetapkan masa blogwalking 2 jam sehari atau tetapkan 10 blog setiap hari. Bagi saya lebih baik tetapkan waktu dari blog sebab blog bukan semua setiap hari update.

Gunakan fungsi CTRL + F

Teknik ni kurang sesuai untuk komen blog rakan blogger tapi lebih sesuai untuk mencari maklumat yang kita dapat dari enjin carian dan kekurangan masa atau malas nak baca keseluruhan artikel. Dengan fungsi CTRL + F ni, maklumat yang kita cari lebih fokus pada perenggan atau tempat isi yang kita cari dari keseluruhan artikel. Saya gunakan cara ni biasanya.

Apa kata anda?

Komen Blog

Bagaimana pula dengan anda? anda ada tip lain komen blog dengan komen yang berkualiti supaya dapat trafik dan rakan di samping tinggalkan jejak dengan backlink. Anda setuju dengan tip ini? Berikan komen anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv