Blog Popular mudah ada kumpulan – Tip Blogging
Adakah blog popular mesti ada kumpulan? Apa pendapat anda? Awal-awal dah tanya pendapat pula. Tak semestinya kena ada kumpulan terutama bagi blog peribadi. Tapi kalau nak cepat jadi blog popular, saya rasa maksima pun boleh dua orang dalam kumpulan, lain pula dengan blog ada niche tersendiri.
Sebelum tu kenapa saya tiba-tiba nak kongsikan tentang blog popular mesti berkumpulan ni?. Masa awal blogging lagi terfikir cara ni. Saya memang dah lama nak sentuh macam bro jebengotai kata blog sebagai syarikat. Jadi, sambil menyelam minum air, saya ikut contest SEO blog popular dari blog bro anuar.
Lagi, rasa membuak nak kongsi lepas baca ebook rahsia jana pendapatan 210k dalam 30 hari dari pakar pemasaran internet yang popular dengan penjualan ebook, bro Jamal. Banyak langkah yang ada tapi saya tekan satu paling penting kerja berpasukan yang boleh diaplikasikan dalam apa jua bidang. Saya lebih fokus pada blogging.
Saya akan ceritakan pendapat kenapa saya kata popular mesti berkumpulan. Untuk pengetahuan, cara berkumpulan lebih sesuai untuk blog ada niche tapi bagi blog peribadi, boleh aplikasikan kumpulan 2 orang. Mari tengok apa jenis kumpulan yang boleh di bina kalau nak cepat jadi blog popular.
Blog Popular kumpulan dua orang
Sekurang-kurang mesti ada dua orang supaya lebih cepat berjaya. Sesuai di aplikasi untuk blog peribadi juga. Kalau anda tak nampak kumpulan ni, saya bagi contoh mudah. Kita tengok movie dan drama macam Adam dan Hawa, biasanya kita kenal pelakon ja kan? Tanya siapa pelakon dengan pantas boleh jawab siapa berlakon. Kalau pelakon popular, bukan saja cerita tu, siap berlakon cerita lain pun boleh jawab. Tanya siapa sebalik tabir cerita, tak semua orang tahu. Nampak dah?
Sebenarnya blogging kita boleh bahagi dua. Sebahagian jadi pelakon, sebahagian lagi jadi manager. Maksudnya di sini, seorang untuk buat post, komen, blogwalking. Seorang lagi di sebalik tabir jadi webmaster untuk periksa mesra SEO, periksa masalah, tengok statistik. Penulis dah popular, webmaster popular dalam diam. Saya pernah jumpa satu blog popular juga, saya lupa blog mana. Suami jadi webmaster, isteri jadi pelakon.
Blog Popular kumpulan lebih dua orang
Lagi ramai lagi cepat jadi blog popular terutama bagi yang buka kedai perniagaan internet. Tadi saya kata ada dua bahagian kan? Pelakon dan manager. Ok manager biasanya tak perlu banyak, seorang pun dah cukup rasanya. Paling ramai dua orang. Tapi pelakon kita boleh bagi lagi kecil-kecil. Lebih kepada off-page optimization. On-page optimization, kalau penulis tak pandai, webmaster boleh tolong editkan.
Forum
Forum tak perlu ada identiti sendiri, jadi kita boleh letak signature. Saya bukan fokus signature backlink di sini sebab signature saja tidak mendatangkan trafik kalau forumer tidak aktif atau forum anda orang tak rasa menarik nak kenal forumer lebih rapat. Cuba tengok forumer yang aktif dan popular, sampai profile pun di cari. Jadi sini kena ada satu role untuk forumer saja. Role ni boleh di kira bahagian pemasaran di forum.
Laman sosial
Oleh kerana laman sosial salah satu medium trafik juga sumber pendapatan jadi perlu ada satu role untuk facebook, twitter, google+. Laman sosial juga boleh menentukan sejauh mana blog tu popular. Cara ni tak sesuai kalau blog peribadi sebab orang nak lebih kenal blogger tu tapi sesuai dengan blog berniche sebab orang nak lebih tahu topik blog. Berbelit sikit ayat kan.
Contohnya, blogger peribadi yang popular biasa orang tak pandang minat atau niche tapi orang nak kenal, nak lebih rapat dengan blogger tu. Kalau ada blog berniche popular, orang tak pandang sangat blogger tu, lebih berminat dengan produk atau topik blogging. Mungkin tertanya-tanya siapa sebalik tabir blog yang popular tu, tapi taklah la semeriah mencari macam blog peribadi.
Penulis
Penulis paling kurang dua orang. Satu malas update, satu boleh sokong. Kalau ada topik yang khusus satu untuk balas komen, satu lagi blogwalking. Terpulang ikut cara sendiri. Mungkin blogwalking ikut nama sendiri atau nama domain.
Penulis yang saya maksudkan di sini bukannya penulis jemputan tapi memang penulis tetap di blog tersebut. Bagi blog peribadi, sangat sesuai blogwalking dengan jenama sendiri. Bukan apa, nanti popular orang kenal melalui komen kita. Kita juga boleh kenal dengan blogger yang biasa kita blogwalking. Kalau tak nanti ada kekeliruan identiti.
*****
Mungkin kita boleh tambah satu role untuk accounting dan penghantaran kalau perlu. Macam kedai perniagaan internet. Kena ingat kalau buka kedai online, website saja tidak membantu. Kena ada blog bantu website. Banyak sebab kenapa website perlu blog. Mungkin kita boleh gabung role forum dan laman sosial untuk pemasaran.
Banyak lagi role kita boleh bagi kalau nak cepat jadi blog popular. Mungkin seorang buat mailing list, seorang jadi penulis jemputan di blog lain, penulis artikel untuk bina backlink berkualiti, penyebar video, macam-macam lagi boleh buat sebanarnya untuk tingkatkan trafik dan popular blog.
Yang penting bagi role yang perlu masa. Kalau ada satu role untuk update plugin atau tema ja, itu sangat rugi. Saya nak juga role tu kalau share nanti sama macam orang lain.
Faedah kerja berkumpulan
Pertama sekali, pastinya mudah tak perlu buang masa jana trafik cara lain. Setiap orang ada role tersendiri. Setiap cara jana trafik kita buat banyak masa di perlukan. Nak blogwalking, nak aktif forum, aktif lagi di laman sosial, perlukan masa. Perlukan masa dapat follower, perlukan masa dapat kepercayaan.
Kedua, lebih cepat tercapai cepat jadi blog popular. Memang sudah pasti kalau di banding kerja bersendiri. Kalau kerja sendiri perlu 1 tahun dapat jadi popular, tapi kita buat kerja berkumpulan 5 orang. Kita sudah jimat masa 5 kali ganda. Jadi kalau ada kumpulan lebih mudah dan cepat jadi blog popular kalau kena caranya.
Keburukan kerja berkumpulan
Pastinya setiap orang ada perangai tersendiri, bukan semua minat yang sama. Perlukan komunikasi dan sefahaman juga. Kalau nak ikut kepala sendiri, susah juga. Tapi ini sebenarnya boleh di atasi dengan percaya dan dengar pada satu ketua, dan sama-sama berimpian mencapai blog popular dalam tempoh tertentu.
Kedua, kalau jana pendapatan, terpaksa bahagi. Tapi kan, kalau blog sendiri jadi popular dan jana pendapatan RM1000 sebulan. Mestilah berkumpulan ni 5 kali ganda kalau 5 orang kan. Kalau kurang dari kerja sendiri, ada silap la tu. Cuba troubleshoot.
*****
Sebenarnya kena tengok juga apa cara kita jana pendapatan. Adakah melalui iklan seperti nuffnang, adsence, innity? Adakah melalui affiliate? Adakah dengan menjual barang sendiri seperti ebook, baju? Adakah ingin promosi syarikat? Macam-macam lagi sumber pendapatan, jadi kena tengok cara kita jana pendapatan juga, baru tengok jenis kumpulan yang sesuai target cepat popular.
Macam mana impian kita, situ menentukan perancangan kita. Kalau kita cuma nak popular, mungkin boleh berkenal-kenal dengan blogger lain. Tapi kalau blog tu, nak popular, jana pendapatan, nak banyak komen, banyak trafik, banyak artikel di share, banyak orang sebut-sebut, dan nak popular dalam tempoh tertentu mungkin setahun. Itu perlukan perancangan yang berlainan dan berkumpulan salah satu cara untuk cepat jadi blog popular.
Bagi saya pula untuk blog ni, boleh uruskan sendiri. Bukan nak cepat jana pendapatan atau cepat jadi blog popular. Tapi kalau di bagi, saya perlukan penulis update blog bila di perlukan di samping memberi saya lebih banyak masa untuk off-page optimization. Terus terang saya katakan, masa yang saya perlukan buat satu post bukan 1 2 jam. Biasanya 2 jam lebih kadang-kadang 4 jam.
Bagi menepati syarat contest SEO blog popular di sertai, wajib memberi satu perkongsian pilihan yang terbaik dan popular bagi tahun ini tahun 2012. Tak tahu mana pilihan saya. Jadi saya guna plugin Social Metrics untuk mengenal pasti perkongsian paling banyak dikongsikan. Oleh kerana syaratnya kena perkongsian yang banyak share, saya pilih nombor 1 lebih sikit dua untuk backup. hehe
- Tukar Facebook Timeline ke Facebook Asal atau Lama
- Lajukan laptop guna pendrive sebagai RAM – Window 7 dan XP
- Cara mudah edit gambar free online tanpa software
Satu tip terakhir, janganlah di kejar popular dulu, blogging la dengan gembira dan minat menulis, pasti akan popular juga suatu masa. Tapi kalau anda yakin dan teguh dengan impian, takkan berputus asa, boleh teruskan impian jadi blogger yang popular. Sebab saya takut anda tak mampu bersabar, tidak konsisten dan hangat-hangat tahi ayam. Akhirnya impian popular tinggal nama.
Jadi apa pendapat anda? Adakah perlu berkumpulan untuk jadi blog popular? Atau ada cara lain lebih cepat jadi blog popular tanpa berkumpulan?
Contest ini dianjurkan oleh Blog CoretanAnuar.Com ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2 , emasfizikal.com, syaisya.com , percutianku.com
