Time code - Blog offline semalam

Blog offline semalam?

Sebenarnya nak beritahu semalam lagi blog naziman.com offline. Tapi dek kesibukan dan kepenatan, tak sempat nak update blog ni.

Bagi sesiapa yang sedar, harap minta maaf kerana blog naziman.com ni offline kelmarin dari jam 12 pagi hingga jam 4 tak silap. Saya pun tak sedar, masa nak update blog, mesej dari cloudflare beritahu blog ni tengah offline. Jadi oleh kerana blog saya ada guna cache dari cloudflare, ada juga la terpapar blog saya ni.


Ini mesej dari cloudflare. Mesej ni di tunjuk kat atas blog kalau buka blog naziman.com. Mesej yang besar-besar tu saya lupa pula nak screeshot.

Selama saya blogging ni tak pernah lagi kena macam ni. Jadi ini di kira pengalaman juga bagi saya. Tapi saya berharap juga perkara ni tak berlaku lagi sebab kalau blog offline lama sangat boleh memberi kesan juga rank google. Tambah-tambah lagi kalau offline terlalu lama.

Contoh waktu blog saya terpaksa bermula dari bawah semula. Tapi itu kisah lama, blog ni pun banyak dah berubah, pengajaran pun banyak saya dapat dari pengalaman saya tu.

Kenapa blog saya offline?

Saya tak dapat nak terangkan secara terperinci sebabnya sebab saya sendiri pun tak tahu. Nak kaji lagi dalam, tiada masa. Tapi anda boleh membaca dari laman dynadot tentang kenapa blog saya offline.

Apa perlu di buat kalau blog offline?

Ini pun saya tak berapa pasti. Saya betul-betul sibuk nak urus kenapa blog saya offline dan cara nak online balik. Tapi saya sempat juga membaca di laman cloudflare tetapi sekali imbas saja tentang apa perlu di buat kalau blog offline.

Itu dari cloudflare. Apa pula yang saya buat? saya tak tahu ini mungkin sebab blog saya online balik atau tak. Lepas nak tidur dah tu, dah siap kerja apa semua. Saya terus hubungi support hosting saya. Tapi tak sampai satu minit lepas hantar ticket tu, blog saya online dah. Beberapa minit lepas tu dapat emel, blog saya dah online balik. (orang dah tahu pun).

Jadi mengikut kata akubiomed, kalau blog ada masalah ni, benda pertama kita perlu buat, mesti hubungi hosting kita. Memang betul juga kata aku biomed tu, saya blogger tersepit kalau tiba-tiba takda blog.

Itu saja mungkin tips yang boleh membantu anda jika ada masalah seperti ini. Bagi yang ada tips lain, sila kongsikan ilmu anda bersama saya.


[1] Photo credit : Offline by Michael Coghlan via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution-ShareAlike 2.0 Generic

11 thoughts on “Blog offline semalam?”

  1. Saudara guna Cloudflare berbayar ke? Kalau yang free memang ada masalah macam tu..
    Saya kalau apa-apa hal, terus submit tiket kat hosting je.. hehehe

    1. saya guna yang free ja, tak mampu nak bayar..hehe..saya rasa pun gitu, bagus kalau ada problem apa-apa. hantar ticket dulu, baru cari-cari jalan penyelesaian..

  2. Cloudflare start ada problem pada 22 Mac lepas sebab banyak server diorang kena attack. Aku sendiri pun terjejas. Mula2 ingat hosting aku yg buat hal, tapi bila check.. datang dr cloudflare. Sekarang pun masih lagi ada problem ckit2 ngan CF. Boleh follow status diorang kat sini (Twitter) : https://twitter.com/#!/cloudflaresys

  3. saya sendiri biasanya juga begitu, lebih baik menghubungi pihak provider hosting agar masalah hosting bisa lekas terselesaikan :)

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>