Skrin terbalik 180 degree

Cara betulkan screen monitor terbalik di laptop

Cara betulkan screen monitor terbalik di laptop ni saya dah kongsikan sebelum ni tapi terasa nak kongsikan balik sebab teringat pula, ada peristiwa lawak yang berlaku ketika screen monitor terbalik ni.

Selain cara nak betulkan screen monitor terbalik ni, kalau nak kenakan orang pun boleh. hehe. Kita buat kat laptop kawan, nanti biar dia pening tengok laptop kejap. Tapi jangan amalkan ya.

Lagi, dengan screen monitor terbalik ni, kalau dah bosan tengok laptop. Boleh la, tengok laptop terbalik ni. Takpun kepala tengah pening dengan peperiksaan, bagi pening lagi kepala pun boleh juga.

Screen monitor terbalik ni macam mana ya?

Bawah ni contoh-contoh screen monitor terbalik yang ada. Hanya ada empat jenis screen monitor dalam laptop.

Skrin normal yang kita biasa guna sekarang

Contoh screen monitor terbalik 180 darjah

Contoh screen monitor terbalik 90 darjah

Contoh screen monitor terbalik 270 darjah

Cara betulkan screen monitor terbalik di laptop

Ada tiga cara nak betulkan screen monitor terbalik ni. Cara yang saya tunjukkan ni, untuk window 7. Window lain, OS lain, tak tahu pula. Takda laptop nak di jadikan experiment.

Cara pertama

Yang paling mudah pergi kat desktop. Lepas tu ikut shortcut bawah ni.

CTRL+ALT+UP Normal
CTRL+ALT+LEFT 90 Degree
CTRL+ALT+DOWN 180 Degree
CTRL+ALT+RIGHT 270 Degree

Cara kedua

Cara di atas ada yang tak menjadi. Contoh laptop saya, tak boleh guna cara tu. Kemungkinan juga, setiap laptop berlainan caranya. Jadi alternatif lainnya.

Right Klik > Properties > Graphics Option > Graphic Properties > option ‘rotation’ > Adjust mengikut cita rasa anda.

Atau

Right Klik (kat desktop) > Graphic Properties > Rotation > Adjust mengikut cita rasa anda.

Kalau mengikut laptop saya, lain sikit dari cara di atas. Cara untuk laptop yang seperti saya.

Right Klik (kat desktop) > Graphic Properties > Display Settings > Rotation > Adjust mengikut cita rasa anda.

Atau

Right Klik > Graphics Option > option ‘rotation’ > Adjust mengikut cita rasa anda.

Selamat mencuba. Jangan kenakan orang ya. Kalau nak kenakan pun, jangan la tak betulkan balik.

Sumber cara-cara lain dari forum Putera.com

p/s : Minta maaf guna gambar Metallica pula jadi contoh dalam perkongsian ni. Saya ni peminat Metallica.

12 thoughts on “Cara betulkan screen monitor terbalik di laptop”

    1. haha..betul juga tu..jangan kenakan kawan ya. :)..mungkin ada masalah alexa. takpa, asalkan review tu naik juga, kalau review tu tak nak naik2, memang patut komplen tu..:)

    1. hahaha..memang buat orang pening tu. lepas ni jangan kenakan kawan pula. haha. bagus la dah jadi top commentator. kalau ada gambar baru boleh jadi lelaki kacak. hehe

  1. Thank u awak atas ilmu ini. Laptop saya tetiba dah terbalik bila bangun dari tido. Ingat nak hantar kedai dah. Google jap..dapat ilmu ni.hrheh.hi.

  2. Terima kasih atas info ini..laptop acer saya baru jer jadi macam ni semalam..anak yang usik2 laptop masa dia main game..so hari ni saya nak try buat cara yang awak kongsi ni..

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>